Pages

Sabtu, 3 Julai 2021

Kari Daging dengan Umbut Kelapa

Jumpa lagi. Seharian mencari ilmu secara maya. Ingin tambah dan timba ilmu yang semakin berkurang dalam diri. Jadual sudah disusun cantik 3 minggu lalu,  pada hari ini akan ikut bengkel melalui GOOGLE MEET 8:30 - 11:30 pagi, sambung 2:30-5:30 petang.

5 hari lepas dapat emel. Satu lagi bengkel yang ditunggu-tunggu akan dibuat secara maya melalui aplikasi ZOOM diadakan pada hari ini juga dari pukul 2:30 - 6:30 petang. 

Tiga hari lepas dapat peringatan, tiba-tiba satu lagi GOOGLE MEET yang akan diadakan pada 10 Julai, ditarik ke petang tadi dari pukul 5:00 - 6:30 petang!

Petang tadi terpaksa buka 3 peranti! Mr PC, Mr Lappy & HP.  Tidak rugi jugalah buka semua peranti. Akhirnya ketiga-tiganya Amie perolehi walaupun keadaannya kurang sempurna. Alhamdulillah. Amie boleh tonton rakaman, dan baca semua modul yang diberi.

Bengkel XX - 8:30-11:30 -dapat ikuti sepenuhnya tetapi 2:30-5:30 terpaksa tinggalkan.

Bengkel YY - 2:30 - 6:30 - dapat ikuti sehingga pukul 5 petang (tapi terus ikuti hingga akhir dengan telinga sebelah).

Bengkel ZZ - 5:00-6-30 - dapat ikuti sepenuhnya.

Kesimpulannya: Pertemuan alam maya / bengkel / mesyuarat dan sebagainya boleh berubah mengikut masa / keadaan!

Waktu rehat 11:30-2:30 petang Amie gunakan untuk masak, mandi dan solat. Walaupun sudah mandi waktu pagi, tetapi selepas masak di dapur, terpaksa mandi lagi sekali. Tak selesa rasanya mengadap PC, laptop dan HP dalam keadaan bau bawang, bau belacan.... ahaks!

Ketika sedang sibuk memotong daging untuk dimasak kari (kelmarin daging sudah direbus empuk), Encik Suami pulang dari kerja. Katanya ada orang bagi umbut kelapa, tapi dia tak mahu ambil kerana katanya Amie tak suka makan umbut kelapa.

Issshhh! Buat sakit telinga saja dengar ceritanya! Baik tak payah bagi tahu. Sekian lama kita mengidam nak makan umbut kelapa, tiba-tiba dapat rezeki ditolak begitu saja!

Heheheee.... ada tu umbut kelapa dalam kereta. Marilah tengok, pilih nak yang mana. Nak bagi kakak sikit, kata Encik Suami.

Dikeluarkannya 3 batang umbut kelapa. Amie ambil sebatang, dan dua batang lagi Encik Suami akan hantar ke rumah kakaknya.

Jadi, hari ini dapatlah makan nasi lauk Kari Daging dengan Umbut Kelapa. Tak sempat nak buat acar timun, Amie gantikan dengan ulam-ulaman dan sambal belacan. Tak sabar nak makan sambal gunakan belacan dari Siam. Firdaus minta gorengkan ikan bawal putih. 

Kari Daging dengan Umbut Kelapa.

Hidangan nasi dan lauk-pauk.

Ikan Bawal Putih Goreng.

Ulam-ulaman daun salad, kacang panjang, timun & petai.

Sambal Belacan Siam.

Papadom.


Tepat pukul 2:20 petang, Amie sudah bersedia menghadap segala peranti! Terpaksalah tinggalkan Encik Suami dan Firdaus makan di dapur. Encik Suami  tak sabar nak makan Kari Daging dengan Umbut Kelapa. Sesungguhnya tersangatlah sedap....umbut kelapa tu!

Jom kita lihat resipinya di bawah ini. Seperti biasa, kalau ikut gaya masakan MIL diakhir masakan akan disudahi dengan perahan jus limau nipis.

Bahan-bahan:
  • 400 gram hirisan daging yang sudah direbus empuk
  • 500 gram umbut kelapa - potong ikut saiz yang disukai
  • 750 ml santan cair
  • 250ml santan pekat
  • 4 sudu besar serbuk kari daging
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 biji limau nipis - ambil jusnya
  • 4 sudu besar minyak
  • garam / gula / perasa pilihan
Bahan tumbuk / kisar:
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 2 cm halia
Bahan penumis:
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 pelepah daun kari - dilurut
  • 2 ulas bawang putih - hiris 
  • 1 labu bawang besar - hiris
Cara memasak:
  1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bahan penumis dan tumis sehingga terbit aroma.
  2. Kemudian masukkan bahan tumbuk, diikuti dengan serbuk kari daging dan serbuk cili.  Perlahankan api dapur. Jika terlalu kering, tambahkan sedikit santan cair. 
  3. Masukkan daging bersama umbut kelapa. 
  4. Tuangkan santan cair. Masak sehingga umbut kelapa lembut.
  5. Kemudian masukkan santan pekat.
  6. Taburkan dengan garam / gula / perasa pilihan.
  7. Biarkan masak seketika lagi.
  8. Tuangkan jus limau nipis. Kacau beberapa kali dan padamkan api dapur.

12 ulasan:

  1. Sedap umbut kelapa.. lama tak makan.

    BalasPadam
  2. Rindu bayangan kita, patutlah tak nampak Kak Amie hari ni lepas makan sarapan terus hilang, hihi.

    Tak pernah makan kari ada umbut kelapa, tapi umbut kelapa kita pernah makan gitu2 aje masa kecik2 dulu

    BalasPadam
  3. Saya pun tak selesa lepas masak nak buat kerja. Kena juga mandi baru segar dan selesa. Sedapnya umbut. Lama tak makan umbut. Rezeki datang tepat masanya. Dapat juga kak Amie makan umbut.

    BalasPadam
  4. Kalau balik kelantan ja jumpa menu ni..tu pun kat kenduri..selain umbut kelapa..umbut kelapa sawit jugak sedap Amie..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah 3 bengkel sekaligus. Kuat tumpuan Puan Amie untuk ikuti secara berturut-turut.
      Siap sempat masak dan mandi semula. Memang terisi betul masa.
      Tiba-tiba teringin hendak rasa kari daging dengan umbut.

      Padam
  5. Umbut kelapa pulak dah...
    Semua bikin anak tekak menari-nari ni...masak kari,lemak putih & rebus buat kerabu letak santan kerisik...ya Allah terliur ni

    BalasPadam
  6. dulu2 nk mkn masakan umbut kelapa masa ada kenduri kendara kat kampung ja

    BalasPadam
  7. Papadom tu memang gabungan serasi masakkari daging tu kan..best tu kari daging campur umbut kelapa..sedap....

    BalasPadam
  8. Sama kak amie, saya punn akan mandi kalau siap masak (walaupun jarang memasak hehehe) sebab tak selesa. Macam macam bau ada melekat di badann kannn.

    BalasPadam
  9. Sedapnyaaa kari daging 😋

    BalasPadam
  10. Tu dia berderet-deret bengkel. Takpelah kan, demi ilmu.

    BalasPadam
  11. mesti sedap kari daging. walaupun sibuk, sempat jgk kak amie msk sedap2.

    BalasPadam