Pages

Isnin, 12 Julai 2021

Sandwich Sardin Simple Dimple

Tanpa sinaran matahari, suasana tampak suram. Ambil gambar di senja hari, nampak bayang. Apa pun, jemput makan Sandwich Sardin Simple Dimple kami! Ikutkan selera Firdaus, tak bubuh tomato dan yang sewaktu dengannya. Terfikir juga, bubuh sajalah. Terbayang pula nanti budak kecil itu tak jadi makan, atau keluarkan satu-persatu aksesori dari dalam roti. Malas buat kerja dua kali, ikutkan sajalah seleranya. Kalau bubuh apa juga jenis daun salad, dia akan makan. Jadi bubuhlah salad coral green. Curi-curi bubuh bawang besar cincang halus. Yang bagusnya, Firdaus makan roti wholemeal atau roti tepung gandum penuh!

Sandwich Sardin Simple Dimple.

Hidangan kami hari ini: Sandwich Sardin Simple Dimple, ikan layar panggang, lobak merah dan brokoli celur, lettuce, jambu air madu dan honeydew serta kurma ais. Minuman panas, longan & halwa kundur.

Kurma Ais


Sambil panggang ikan layar, sambil renih seperiuk kecil air longan kering dengan halwa kundur. Tambahkan sehelai daun pandan. Aromanya....! Semerbak di dapur. Minum panas, alangkah nikmatnya! Alhamdulillah.


Ikan layar panggang ini sudah cukup rasa. Makan dengan ulam-ulaman pun sedap. Firdaus minta sambal hijau @ ijo. Budak kecil itu makan ikan layar panggang dengan sambal hijau @ ijo.

Sambal Hijau @ Ijo.

Ulaman : lobak merah dan brokoli celur & lettuce.

Buah jambu air madu & honeydew.

Sandwich Sardin Simple Dimple

Jom lihat resipi Sanwich Sardin Simple Dimple di bawah ini.

Bahan-bahan:
  • 6 keping roti tepung gandum enuh @ roti wholemeal
  • 1 tin kecil Ikan Sardin Ayam Brand
  • 3 sudu besar mayonis
  • 1 sudu kecil jus limau kasturi
  • 1/2 biji bawang Holland - hiris halus
  • salad coral green secukupnya
  • mentega 
Cara:
  1. Panaskan ikan sardin bersama sosnya sebentar sahaja. Cukup setakat mula mendidih. Padamkan api dapur
  2. Pindahkan dalam sebuah bekas lain. Hancurkan ikan sardin.
  3. Tambahkan mayonis dan hirisan bawang Holland serta jus limau kasturi. Gaul sebati.
  4. Ambil sekeping roti wholemeal. Sapukan sedikit mentega.
  5. Letakkan dua helai salad coral green di atasnya.
  6. Sudukan sardin secukupnya.
  7. Tutup dengan sekeping roti lagi.
  8. Potong dua.
  9. Sedia untuk dihidangkan.

20 ulasan:

  1. Suka tengok hidangan Amie, banyak buah & sayuran.

    BalasPadam
  2. Baruuuu buat tadi, sama lah dengan firdaus, tak makan tomato hehehehe

    BalasPadam
  3. kurma ais tu sedap..longan + halwa kundur sedap minum panas2..

    BalasPadam
  4. semua ni sedap sis, terus plan esok nak lunch dgn sandwich tuna dlm tin. hehe kat ofis senang je camtu tapi if kat rumah cfrm memacam accessories ditambah

    BalasPadam
  5. sedapnya sandwich, meriah dan ceria dengan sayuran, anak-anak ni ikut pilihan sayur diorang suka, biasa ibu abah la habiskan sayur tu

    BalasPadam
  6. Selamat beriftar cikgu & keluarga.

    Cemburu tengok makanan sihat & segar.Hihihi

    SK mana Sk...
    Kata nak pakai kebaya..
    Jom...hihihi

    BalasPadam
  7. Sangat-sangat menyelerakan. Kecur dibuatnya.

    BalasPadam
  8. Assalanualaikum Amieku sayang,
    Alhamdulillah masih diizinkn Allah utk kesini. Kalaulh dpt sepriring sandwich alangkh bahagia rasa d hati😊. Tlg doakn saya. Semuga Amie terus bahagia😊

    BalasPadam
  9. Belum pernah lagi letak coral green dalam sandwich.

    BalasPadam
  10. Sedap-sedap belaka, dengan pelbagai warna sayuran & buah-buahan. I like :)

    BalasPadam
  11. dalam banyak2 sardin yang saya pernah cuba, ayam brand la paling sedap

    BalasPadam
  12. Kalau kat rumah sy ni buat sandwich sardin, sy soh isi sendiri intinya sebab Pak Inche dan Iman tak makan sardin yg dah sandwich. Kalau sandwich telur , bru sy siapkan terus dgn tomato dan saladnya.

    BalasPadam
  13. Ikutkan je selera dia makan. Susah juga kalau letak bahan yang dia tak makan. Curi curi letak bawang dia makan juga tanpa curiga. hihi..dah tersuka Firdaus makan sambal ijo.

    BalasPadam
  14. simple. tp sedap dan kenyang paling penting.

    BalasPadam
  15. Sedapnyaaa kak. Da lama xbuat sandwich ni.hehe

    BalasPadam

  16. Sedapnya sandwich sardin ni. Lama tak makan sandwich sardin.

    BalasPadam
  17. sandwich paling mudah, kan. sedap plak tu.
    ni antara inti yg paling kerap saya buat.
    kedua is inti telur mayonis.
    now kan dok rumah, itu yg sarapan semua homemade.
    nak keluar rumah, takot! sesekali, oder delivery nasi lemak / roti canai.

    BalasPadam
  18. Sandwich sardin... sedapnya! Baguslah Firdaus pandai makan roti wholemeal. Selalu budak-budak tak suka.

    BalasPadam
  19. Simple dimple tp membangkitkan selera yg memandangnya

    BalasPadam