Pages

Khamis, 29 Julai 2021

Pagi Khamis Yang Redup & Nyaman!

Di luar nampak redup saja. Matahari pun tak nampak sinarnya. Jeling jam rupanya sudah pukul 12 tengahari. Sebentar lagi akan masuk waktu Zohor.  Berhenti rehat dahulu dari BDR. Selepas hantar laporan nanti barulah turun ke dapur untuk masak nasi. Fairuz dah tanya, Mommy masak apa?

Amie belum lagi masak tengahari  Perut masih kenyang. Sarapan pagi tadi beli di luar. Ada mee hoon goreng putih, mee goreng, gulungan kulit tauhu & the gang, kocong inti kacang tanah dan minuman panas putih bunga ros.


Mee Goreng.

Mee Hoon Goreng.

Gulungan Kulit Tahu (inti ayam & udang) & The Gang.

Tauhu, Cili Merah & Capsicum Sumbat Ikan.

Air Lada.

Cili Jeruk

Kocong Inti Kacang Tanah.

Teh putik bunga ros.

Firdaus tegur:
Kenapa muka Mommy keluar air (peluh)?
Daus lap muka Mommy ya?
Diambilnya sehelai tisu. Dilap muka kita yang berpeluh dengan tisu.
Tapi peluh terus mengalir!
Hairan pula. Di luar masih redup tapi di dalam rumah panas berbahang. Rasa seperti duduk dalam sauna. Nanti tiba-tiba hujan pula!


22 ulasan:

  1. perghh meriah nya bkfs kak amie sekeluarga hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehee... hidangan dari luar bawa masuk dapur sendiri.

      Padam
  2. Haah selalu macam itu berbahang panas walaupun redup.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Entah fenomena apa pula kali ini. Jarang dah ikuti perkembangan kaji cuaca.

      Padam
  3. Kalau saya Sarapan mcm tu kenyang sampai ke petang

    BalasPadam
  4. Suka bertandang rumah kak amie hari- hari..ada je menu istimewa dan lain dari yang lain

    BalasPadam
    Balasan
    1. Menu lebih kurang sama SA, cuma tokok tambah.

      Padam
  5. Prihatin sungguh Daus tengok mommy berpeluh, anak yang baik. Cepat besar nt bleh tolong mommy masak ya sayang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah tak ada benda lain nak tengok dalam tempk berkurung ni, muka Mommy sajalah jadi sasaran hahahahaa.

      Padam
  6. Meriah hidangan pagi, menyelerakan.. Bagus anak tolong lap wajah ibu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dia hairan tengok peluh meleleh-leleh di muka.

      Padam
  7. Kulit tauhu goreng tu menarik..mesti sedap

    BalasPadam
  8. minggu ni panas sangat, tapi akhirnya pagi tadi hujan lebat, sekejap je sejuknya. lepas tu panas balik..lepas mandi pun peluh bercerau-cerau..

    BalasPadam
  9. Semua menu nampak menyelerakan . Sedap pulak tea putik bunga rose tu .sambil minum sambil relax2 je

    BalasPadam
  10. Mi goreng tu nampak sedap. Kosong tapi sedap. Dah lama tak rasa mi goreng kosong macam tu. Ada Fairuz kat rumah ada lah teman Firdaus. Sweetnya Daus lap peluh mommy. Ye lah kak, panas bahang tu agaknya.

    BalasPadam
  11. macam di KL juga cuacanya. redup, tapi tak hujan, jadi bahang mataharinya masih terasa

    BalasPadam
  12. Bagus firdaus, prihatin sungguh dengan mommy dia.

    BalasPadam