Nasi Sardin? Ya Nasi Sardin. Bukan Nasi Goreng Sardin ya! Boleh klik resipi dalam entri yang lalu di sini:
Petikan dari entri lama (12 April 2012):
Semalam Encik Suami teringin makan Nasi Sardin. Katanya, semasa mengikuti perkhemahan pengakap zaman persekolahannya dahulu, dia pernah masak Nasi Sardin bersama rakan sekumpulannya. Katanya lagi, sedap sangat rasa Nasi Sardin yang mereka masak. Sardin dalam tin dicampur bersama dengan beras yang ditanak. Amie tidak dapat bayangkan bagaimana rupa paras Nasi Sardin yang dimaksudkannya. Amie jumpa Encik Google, tapi katanya hanya resepi Nasi Goreng Sardin yang boleh dikongsi bersama Amie. Entah macamana, semasa mengemas buku-buku masakan yang sudah kembang kerana sewaktu banjir beberapa bulan lepas, buku tersebut terendam dalam air yang masuk ke perpustakaan kecil kami yang terletak di tingkat bawah, Amie terjumpa buku resepi Aneka Hidangan Nasi. Ahamdulillah, semasa membelek-belek buku resepi yang terlekat-lekat di antara satu helai dengan yang lain, Amie terbaca resepi Nasi Sardin.
Resepi : Nasi SardinSumber : Buku Resepi Aneka Hidangan Nasi (Sa'adiah Mohamad)
Nasi Sardin |
Petang tadi sempat buatkan Firdaus pengat labu manis. Dia minta pengat pisang tapi yang ada hanya labu manis sahaja. Sukalah hati Amie sebab budak kecik satu ini selalu menunjukkan minat untuk makan masakan tradisional. Agaknya sekarang ini tidak ada pengaruh daripada abang-abangnya, jadi dia pun makan sahaja apa yang kami makan. Kadang-kadang seleranya berubah juga. Dia tidak mahu makan ikan sardin sebaliknya minta telur dadar. Alamak! Telur ayam sudah habis. Oleh kerana sudah lewat petang, Amie carilah bahan yang cepat dinyahbeku. Jumpalah beberapa ekor udang galah. Amie lumur garam kunyit dan terus panggang dalam kuali ajaib.
Udang galah ini nampak saja besar tetapi yang besar sebenarnya hanya kepalanya sahaja...ahaks! Firdaus kalau jumpa udang galah memang terus lupa nasi. Tapi apabila nampak Nasi Sardin, dia makan pula sampai menambah dua tiga kali!
Kurma Safia |
Limau Sunkist & Strawberi. |
Sos ikan sardin Amie masak bersama nasi. Ikan sardinnya pula Amie olah menjadi Ikan Sardin Masak Kari. Tambahkan kentang dan tomato. Sedap!
Udang Galah Panggang. |
Ulaman, lettuce, hirisan timun Jepun & tomato ceri merah & kuning. |
Sambal Belacan Siam |
Encik Suami suka cari sambal untuk cecah ulam-ulaman. Jadi Amie sediakan sambal belacan Siam. Ada tambahan bawang besar dan tomato di dalamnya.
Amie ubahsuai resipi mengikut bahan yang ada sahaja. Ikut resepi asal, apabila nasi hampir masak, lubangkan dan masukkan ikan sardin. Barangkali itulah resipi yang Encik Suami maksudkan. Amie masak ikan sardin secara berasingan. Sos ikan sardin Amie gunakan untuk masak nasi. Sebelum ini Amie tambahkan puri tomato. Hasilnya warna nasi sangat cantik. Hari ini Amie tidak bubuh tomato puri sebab tidak ada dalam simpanan. Amie tambahkan isi jagung dan hirisan lobak merah.
Bahan-bahan:
- 2 pot rice beras bashmati - rendam 20 minit - bilas - toskan
- 2 pot rice air
- 1 tin ikan sardin besar - Amie gunakan 2 tin ikan sardin Ayam Brand yang kecil - ambil sos ikan sardin - ketepikan ikan sardin
- 1 cawan isi jagung
- 1 batang lobak merah saiz kecil - potong nipis bulat
- 3 ulas bawang merah - tumbuk
- 2 ulas bawang putih - tumbuk
- 2 cm halia - hiris halus
- 2 sudu besar tomato puri - sepatutnya ada
- 2 sudu besar sos cili
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu kecil serbuk lada sulah
- garam perasa pilihan
- minyak / marjerin / butter - Amie gunakan 3 sudu besar minyak zaitun
Jika suka, sediakan badam & bawang goreng untuk ditabur atas nasi ketika menghidang.
Cara memasak:
- Panaskan minyak zaitun / atau minyak kegemaran ke dalam periuk nasi / rice cooker.
- Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga terbit aroma.
- Masukkan tomato puri (jika ada), sos cili, sos ikan sardin dan sos tiram. Kacau dan biarkan mendidih seketika.
- Masukkan beras, jagung, lobak merah dan air secukupnya. kalau beras bashmati yang sudah direndam airnya ialah 1:1.
- Tambahkan lada sulah, garam / perasa pilihan secukupnya.
- Kacau beberapa kali dan tutup periuk nasi.
- Biarkan sehingga nasi masak.
Sedap2 juadahnya
BalasPadamMenarik..
BalasPadamSeronoknya mengenang perkhemahan zaman sekolah.Zaman yang banyak kenangan manis & cerita-cerita bersama "monyet"..hahaha
Nasi goreng sardin sedp tp klu lagi pedas lg kawww!!
BalasPadamsedapnya..ulam2an pun banyak, dgn sambal belacan siam..
BalasPadamWAh tergoda dengan juadah yang sangat colourful ni...
BalasPadamFirdaus, kat rumah aunty ada pengat pisang ni, datanglah ambil, hihi.
BalasPadamSebagai peminat sardin, telan ailio sy tngok menu Kak Amie 😆
menu lengkap selalu nsedap
BalasPadamMasyaAllah, memang menyelerakan...
BalasPadamsentiasa lengkap menu Kak Amie. Sedap pula tu
BalasPadamMenarik juga nasi sardin masak macam ni Kak Amie. Sos buat masak nasi, ikan buat masak kari. Firdaus pun dah suka makan masakan tradisional dah. Senang kerja mommy nak masak untuk Firdaus. Favourite saya udang galah tu, betul isi dia sikit je. Kepala je besar.
BalasPadamMcm best mcm sedapp nasi sardin tu
BalasPadamAda juga resipi nasi sardin. Letak sardin pada nasi yang dimasak.
BalasPadamTapi tengok macam nasi tomato sebab warna.
Udang galah panggang tu memanggil2 Amie..
BalasPadamSemua sedap sedap
BalasPadamUdang tuu menarikkk perhatian saya la hahaha, nampakkk besar tapi macam kak amie cakap, kepala aje yang besar hahaha
BalasPadamSaya melihat makanan ni sambil menelan air liur.
BalasPadammenarik resepi nasi sardin ni.
BalasPadamtak pernah aida buat. pernah buat sekali nasi goreng sardin :)
sedap nmpk nasi sardin ni..
BalasPadamFirst time dengar. Rezeki pulak terjumpa resepi ye. Teringat memori camping zaman sekolah dulu. Memang best
BalasPadamudang galah tu mengancam banget...
BalasPadam