Pages

Selasa, 13 Julai 2021

Kad Hari Raya & Hadiah Top Komen 2020 Daripada Blog CikSukaTaip

Selamat Hari Raya Aidil Fitri! Alhamdulillah, seminggu sebelum menjelang Aidil Adha, Amie terima sekeping kad hari raya. Seronoklah rasanya sebab bertahun lamanya tidak pernah menerima sebarang kad raya. Nostalgia lalu menjelma kembali dalam kenangan! Agaknya bolehkah dihidupkan kembali tradisi menghantar dan membalas kad raya? Tentu meriahkan.

Tengahari tadi Amie terima bungkusan Pos Laju. Jauh datangnya, dari Penang merentas Laut China Selatan.

Terima kasih yang tak terhingga buat blogger Nina empunya Blog CikSukaTaip. Amie kalau dapat kiriman begini memang suka simpan buat kenang-kenangan! Seronoknya tak terkata.

Nina turut kirimkan hadiah Top Komen 2020 Blog CikSukaTaip. Amie sebenarnya sudah terlupa nama tersenarai tetapi kalau dah namanya rezeki, memang hadiah akan sampai ke alamat yang betul ...ahaks!


Kad Hari Raya Aidil Fitri


Zaman dahulu, kalau dapat kad raya mesti gantung di dinding atau ikat atas ranting kayu. Kemudian pacak dalam pasu isi pasir. Buat hiasan di ruang tamu. Kalau kawan-kawan datang, siap belek-belek lagi!

Terima kasih Nina, di atas penghargaan sebagai pengomen 'coroooottt' paling bawah nu...hihihiiii! Terharu sangat dapat kiriman pelbagai jenis barang dari Nina.


Tahniah buat semua pengomen Blog CikSitiSukaTaip.


Jom lihat apa yang Nina kirimkan dari jauh untuk Kak Amie.


Nina kirimkan Universal Clip Lens.


Firdauslah orang yang paling sibuk nak tahu apa benda Universal Clip Lens ini. Sukalah hatinya dapat berkenalan dengan:
  • Fish Eye Lens
  • Wide Angle Lens
  • Macro Lens
  • Clips For Lens
  • Mini Pouch

Firdaus masukkan siap-siap Universal 3 in 1 Clip Lens ke dalam kantung kecil yang comel ini.


Rupanya ada bahagian untuk Firdaus. Nina kirimkan juga sebatang pensel dan pembaris Mickey Mouse yang sangat cantik! Firdaus kata: Terima kasih kakak Nina!


Ada Magnetic Bookmark yang boleh dipelbagaikan penggunaannya.


Wah! Ada 2 shacet Nescafe Latte Caramel. 
Tak sabar nak bancuh dengan air panas!
Sudah terbau-bau aromanya!


Ada lagi... sekeping poskad Taiwan yang comel!



Macam Nina Tahu saja kita kehabisan facial mask! Malam ini boleh pakai Honey Moisturizing facial mask yang Nina kirimkan ini.


Nina selitkan keychain comel, baju kebaya nyonya dan juga Mickey Mouse.


Firdaus pandang-pandang saja Mickey Mouse Keychain ini.
Agaknya dalam hatinya berkata : Bila Mommy nak bagi Daus ni?


Dan sekeping fridge magnet bentuk topi yang sangat cantik!


Kak Amie dah lekatkan fridge magnet bersama-sama kawan-kawannya yang lain ye Nina.Terima kasih sekali lagi buat Nina. Kak Amie gembira sangat menerima kiriman dari jauh ini. Moga rezeki Nina sekeluarga tambah berlipat ganda. Mudah-mudahan baby Harraz terus membesar dengan sihat! Cubit sikit pipi baby Harraz untuk Kak Amie ye Nina...ahaks!
Kak Amie suka lepak di rumah Nina sebab banyak perkongsian menarik di sana. Entrinya santai-santai dan menghiburkan. Jom luangkan masa singgah-singgah di rumah Nina di sini: Blog CikSukaTaip.

16 ulasan:

  1. Sama saya sudah letak magnet peti sejuk. Saya pun tidak tahu universal clip lenses itu apa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak kegunaan universal clip lens tu. Kalau suka ambil gambar, hasilnya lebih menarik. Tak sabar saya nak pasang di HP. Nak tengok hasil fish eye dan makro.

      Padam
  2. wahh. byk hadiahnya tu.. mesti firdaus happy sbb ada jgk bahagian dia ya..

    BalasPadam
  3. Wah, alhamdulilah tahniah kak 🥰

    BalasPadam
  4. Tahniah cikgu...
    Benarlah,memberi tak akan mengurang,malah rezeki akan bertambah..

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah..Sampai dengan selamat hadiah untuk Kak Amie. Banyak hadiah comel comel kiriman Nina. Untuk Firdaus pun ada juga. Suka Firdaus dapat hadiah. Semoga murah rezeki Nina. Aaaminn...
    Itulah kan kak Amie, rindu juga zaman kumpul kad raya gantung kad raya tu.

    BalasPadam
  6. Wahhh.. banyaknya hadiah. Bukan main budak kecik tu nak mgendeng mickey mouse tu ya 😍😍😍😍

    Tahniah, Kak Amie

    BalasPadam
  7. Wah banyak hadiah tu boleh simpan kenang kenangan hadiah dari blogger

    BalasPadam
  8. Ya ampunnnn...banyaknya hadiah Kak Amie dapat ni....betul nostalgia sangat bab dapat kad hari raya, nak- nak bila gantung kat ranting ornag yang datang beraya tu duk baca- baca...cari2 kalau2 ada x boyfriend bagi...pas tu kira berapa banyak kad raya dapat...berlumba- lumba sape paling banyak

    BalasPadam
  9. Wahhhh banyaknyaaaa hadiahhhh! Bahagiann firdaus punn ada ya, senang hatilah firdaus dapat pensel, boleh buat pdpr hehehe. Tahniah kak amie! :)

    BalasPadam
  10. amat menarik gifts from Nina.
    bertuah nya. fm tu paling aida suka, cute!

    BalasPadam
  11. Wah, banyaknya hadiah! Menarik hadiah kiriman Nina.
    Mesti Firdaus excited sama.

    BalasPadam
  12. meriah hadiah2 yg dapat tu.. jeles saya

    BalasPadam
  13. Alhamdulillah sampai dengan selamat. Ye nina kirimkan bahagian utk firdaus nanti dia sedih pulak heheh asyik akak dpt byk brg kiriman.

    Lens tu tak pernah guna. Teringat akak suka ambil gambar. Selamat menggunakan.

    Semoga ukhwah berpanjangan

    BalasPadam