Pages

Ahad, 13 Jun 2021

Pisang Goreng Train to Hatyai

Selamat berhujung minggu buat semua pengunjung setia Amie's Little Kitchen. Terima kasih dan selamat datang untuk followers baru yang menambah ceriakan dapur maya ini. 

Apa cerita pagi ini? Sudah sarapan? Sudah jemur pakaian? Sudah siram pokok bunga? Sudah bersedia  masuk dapur kali kedua pada hari ini untuk masak tengahari?

Pagi ini Amie sediakan sarapan pisang goreng dan mee hoon goreng. Tengahari nanti tak perlu terburu-buru masak sebab perut masih kenyang dengan pisang goreng. Mee hoon goreng pun masih banyak dan boleh dijadikan alas perut tengahari nanti.

Kali ini Amie nak kongsikan cerita tentang Pisang Goreng Train to Hatyai.

Pisang Goreng Train to Hatyai.

Baki pisang nipah masih ada sesikat lagi. Pisang nipah yang bersaiz kecil comel ini sudah masak. Sebelum Encik Suami tegur, kenapa dibiarkan saja pisang itu baiklah Amie 'habiskan' dulu. 

Amie teringat pisang goreng yang Amie makan sewaktu dalam perjalanan menaiki keretapi dari Golok ke Hatyai di sini: TRAIN TO HATYAI Pada mulanya Amie tidak mahu beli sebab perut sudah penuh dengan pelbagai makanan yang disumbat! Maklum sajalah rasa teruja sangat kerana pertama kali naik keretapi di Thailand dan banyak pulalah peniaga makanan berulang-alik  dari satu gerabak ke satu gerabak, naik dan turun di satu-satu stesen. Kalau boleh nak beli semua. Kalau boleh nak rasa semua!

Penjual pisang goreng tadi suruh Amie rasa sekeping pisang goreng. Ada beza rasa dengan pisang goreng yang biasa Amie makan. Amie pun beli sebungkus dengan harga 30 BAHT. Itu pun ditambah lagi beberapa keping oleh penjual tadi. Walaupun pisang goreng itu sudah kurang 'panas' tapi apabila dimakan masih rasa rangup, dan tepungnya terasa manis.

Sesekali Amie tanya Pak Google, mencari resipi pisang goreng tersebut. Amie jumpa resipi pisang goreng Siam atau pisang goreng Thailand tetapi apabila Amie cuba buat, kurang menepati pula rasanya seperti yang Amie makan di dalam keretapi itu.

Ada satu kali, Amie tertonton you tube tentang cara menggoreng pisang yang agak berbeza. Sayangnya Amie tonton sekali imbas saja. Tak tahulah you tube dari negara mana. Apa yang Amie ingat, adunannya terdiri daripada pisang yang dilenyek! Bahan lain Amie tidak ingat. Banyak kali juga Amie cari semula you tube tersebut tapi tak jumpa-jumpa. 

Hari ini Amie cuba gabungkan cara lenyek pisang (entah dari negara mana) dengan adunan tepung pisang goreng Siam yang dibubuh santan dan tambah bijan. Amie namakan Pisang Goreng Train to Hatyai.


Gambar atas: Pisang goreng cara Amie.
Gambar bawah : Pisang goreng dalam keretapi Golok ke Hatyai.


Terima kasih Amie ucapkan kepada pemilik you tube pisang goreng yang gunakan pisang lenyek bersama tepung dan bahan lain untuk dijadikan bater untuk celup pisang. Amie kongsikan resipi Pisang Goreng Train to Hatyai di bawah ini:

Bahan-bahan:
  • 12 biji  pisang nipah saiz kecil yang masak - kupas kulit - belah 2
  • minyak
Bahan bater / adunan tepung:
  • 5 biji pisang nipah - kupas -potong 2cm
  • 200 ml santan kotak
  • 1/ 3 sudu kecil kapur - bancuh dengan 3/4 cawan air
  • 2 sudu besar gula perang
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 1/2 sudu kecil garam / secukup rasa
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 2 sudu besar bijan putih
Cara:
  1. Kisar pisang nipah bersama santan dan gula perang. Lenyek pun boleh. Mungkin lebih sedap sebab pisang tak hancur sangat seperti dikisar.
  2. Dalam sebuah bekas, masukkan tepung gandum, tepung beras, baking powder dan garam. 
  3. Tuangkan bahan kisar dan tuangkan sedikit demi sedikit air bancuhan kapur. Gaul hingga sebati.
  4. Akhir sekali masukkan bijan putih. Gaul beberapa kali.
  5. Celupkan pisang ke dalam adunan dan goreng tenggelam di dalam minyak panas.
  6. Setelah pisang goreng kelihatan kuning keemasn, angkat dan toskan.
Sedapnya ya ampuuunnn!
Habis licin sekali hadap!
Rangup, manis.... sedaplah nak senang cerita....hihihiiii!


Sedap sangat makan Pisang Goreng Train to Hatyai, sampai Mee Hoon Goreng Bayam Brazil tak diusik! Tak apa, jangan kecil hati ye mee hoon. Tengahari ini tak payah masak nasi. Kami pulun kamu saja.... ahaks!

18 ulasan:

  1. menariknya. Tak pernah tahu pula Siam campur pisang lenyek dalam adunan tepung

    BalasPadam
  2. Wah menariknYaa. Da lme xmkn pisang goreng.. last mkn masa bulan puasa ibu buat..hmm

    BalasPadam
  3. Nampak sama pic pisang goreng cikgu dengan pic pisang goreng train to hadyai tu.Menarik perhatian untuk dicuba nih...Mana nak cari pisanggg...!

    BalasPadam
  4. terus dapat resepi baru eh kak amie...sedap dan nampak cantik kejadiannya tu...takpe bihun bawak makan ke tengahari...

    BalasPadam
  5. Kalau pisang goreng, saya suka yang lembik².. Manis..

    BalasPadam
  6. Mesti sedap tu k.amie sbb ada kelainan

    BalasPadam
  7. wahh nampak macam sedap tu kalau crispy mmg lagi sedap la tu

    BalasPadam
  8. Wah... terliur la, Amie. Pisang goreng memang sedap! Lain resepi yang Amie share tu. Boleh cuba lain kali. :)

    BalasPadam
  9. Ingat train to busan tadi rupanya train to hatyai hahaha. Sedapppp nampak pisang goreng kak amie, dah lama tak makan, kalau dulu selalu beli petang petang tapi sekarang susah dah nak jumpa orang menjual hehehe

    BalasPadam
  10. Thanks share kak Amie. Tak dapat gi Hatyai, dapat makan ala-ala kat Hatyai pun jadilah

    BalasPadam
  11. sedap kak Amie..pisang grg tabur bijan :)

    BalasPadam
  12. Haah unik pula pisang lenyek dimasukkan dalam adunan tepung. Pertama kali tahu. Hehe ini sesuai kalau orang banyak pisang tidak tahu buat apa jadi letak sekali dalam tepung salutan.

    BalasPadam
  13. Sy pun ada pengalaman makan pisang goreng yang sedap ketika ke Riau. Menariknya pisang tu dibelah-belah tanpa putus dan dibentuk seperti kipas. Sedap betul pulak batter yg digunakan untuk menggoreng. Bila dah balik Johor, berangan jugak nak tiru tapi sampai ke sudahhh.. hihi

    BalasPadam
  14. wah pisang nipah memang suka pisang nipah goreng tapi batter campur pisang lenyek emm tak pernah tau pun. Cecah dengan sambal kicap....yummy

    BalasPadam
  15. pernah sampai Hatyai tapi tak rasa pulak pisang gorengnye. next time lah nampaknya bile tersesat sekali lagi ke hatyai

    BalasPadam
  16. Pernah nampak juga pisang lenyek kemudian masukkan dalam adunan tepung. rasa betul dah tu dari Thailand. Saya tengok dia buat guna papan lenyek atas plastik senang nak masukkan dalam adunan dan masukkan dalam minyak. Pernah cuba buat tapi guna pisang terlebih masak jadi bentuk dia lari sikit. Tapi serius memang sedap rasa dia. Alahaii, sian meehun dipandang sepi. Pulun habis untuk lunch :)

    BalasPadam