Pages

Rabu, 30 Jun 2021

Kerabu Kacang Botol

Bulan Jun sudah tiba di penghujungnya! Julai akan mengantikannya. Terima kasih kerana masih setia menemani dan  melayan celoteh di dapur Amie yang tak sepertinya ini. Bukan apa. Resipi yang disajikan adalah resipi biasa-biasa sahaja, jauh sekali paparan menu yang luar biasa. Dapur maya ini sekadar dijadikan tempat meluah rasa, melepas rindu pada kenangan lalu terutama berkaitan dengan air tangan ibu dan yang sewaktu dengannya.

Benarlah kata orang. Apabila berjauhan segala kenangan lalu menjadi buah rindu. Ketika itu hanya mampu mengutip sisa-sisa kenangan silam yang masih terakam dalam memori hati.

Hari ini segala yang dirancang berjalan lancar. Alhamdulillah. Dapat ikuti google meet pada pukul 9 pagi, dan dapat menyiapkan laporan PDPR menjelang pukul 4 petang. Pukul 2:30 ada google meet lagi tetapi ditangguh pula ke pukul 3:00 petang. Firdaus pula tidak banyak buat hal. Elok saja patuh arahan menyiapkan tugasan PDPR. Semua hasil kerjanya Amie sempat hantar kepada guru-guru mata pelajarannya. Cuma, dari malam tadi entah berapa puluh kali Firdaus mengingatkan supaya dapat mandikan kucingnya. Jadi, sebaik sahaja selesai google meet petang tadi, Amie terus ajak Firdaus mandikan kucingnya dan kemudian kami sama-sama siram pokok bunga dan cuci lantai halaman.

Tengahari tadi Amie sempat menyelit ke dapur menyediakan hidangan tengahari. Kali ini Amie buat kerabu kacang botol. Amie masak singgang kepala ikan tuna. Oleh kerana hanya bahagian kepala dan matanya sahaja yang boleh dijamah, Amie tambahkan ikan bawal putih goreng. Seperti biasa, ulam-ulaman juga yang akan Encik Suami cari. Jadi sediakan juga ulam daun salad, hirisan timun dan juga petai. Ada telur masin. Ada sambal tempoyak. Ada buah honeydew. Cukuplah. Lengkap dengan sumber karbohidrat, protein dan fiber.

Kerabu Kacang Botol

Hidangan makan tengahari. Nasi putih dengan lauk-pauk kampung.

Ikan Bawal Putih Goreng.

Ulam-ulaman daun salad, timun, petai & telur masin.

Sambal Tempoyak.

Singgang Kepala Ikan Tuna dengan Kacang Bendi.

Honeydew.


Kerabu Kacang Botol

Kerabu Kacang Botol ini habis licin ketika kami makan tengahari. Leka mengunyah kacang botol muda yang rangup. Resepinya di bawah ini.

Bahan-bahan:
  • 7 batang kacang botol - cuci bersih - hiris nipis
  • 1 cawan kelapa parut - sangat sehingga kuning keemasan
  • 5 biji tomato ceri - belah 4
  • 2 batang serai - ambil isinya yang putih - hiris halus
  • 1 labu bawang besar- mayang
  • 1 sudu besar udang kering - rendam hingga lembut - tumbuk kasar
  • 7 tangkai cili padi - tumbuk
  • garam / gula / perasa pilihan
  • 3 biji limau kastri - perah jusnya
Cara:
  1. Campurkan kesemua bahan dari hirisan kacang botol hingga cili padi tumbuk.
  2. Taburkan gharam / gula / perasa pilihan secukupnya. Gaul rata.
  3. Akhir sekali perahkan jus limau kasturi. 
  4. Gaul sekali lagi dan sedia untuk dihidangkan.
Rasa agak letih kerana seharian dari bangun pagi belum sempat berehat. Memang selepas ini letak kepala atas bantal, terus belayar ke Newfoundland dan tanah besar Labrador di pantai Atlantik Kanada!
Jumpa lagi esok di bulan Julai. Selamat malam & sweet dream!

16 ulasan:

  1. Kacang botol, fav arwah abah kita ni....
    hari2 mesti wajib ada ulam kacang botol ni...
    arghh rindu plak tetiba kat arwah abah..

    BalasPadam
  2. Walaupun sibuk, Puan Amie boleh dan sempat sediakan pelbagai hidangan.

    BalasPadam
  3. wowww. sedapnyaaaa kacang botol. da lamaaa xmakan nii :)

    BalasPadam
  4. Dalam kesibukan, syukur sempat juga siapkan hidangan makan tengahari dan teman Firdaus mandikan kucing. Risau dia kucing tak mandi ye. Ulam ulaman dan sambal tu wajib ada.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada kerabu kacang botor style kak amie ni pun dah kira cukup dah pada saya.

      Padam
  5. Meriah betul lauk pauk lunch cikgu.Lama tak mengkerabu.terliur pulak tengok

    BalasPadam
  6. nak buat jugalah kerabu ni nanti

    BalasPadam
  7. Sedapnya singgang...SA suka...kalau ada budu lagi best..lupa plak pi zemart hari tu x beli budu...hehehe....

    BalasPadam
  8. Sedappyna kerabu kacang botol! Tengok masakan kak amie, rinduu pulak masakan kakak kedua saya hehehe.

    BalasPadam
  9. masyaa allah menu aimie paling sedap dah tu, rindu masakan kampung ulam kacang botol dan tempoyak..

    BalasPadam
  10. ulaman n sambal menambat selera

    BalasPadam
  11. ikan bawal goreng dengan sambal tempoyak tu yang menyelerakan bagi saya

    BalasPadam
  12. Sedapnya.. Pelbagai pilihan makanan.

    BalasPadam
  13. Meriah hari kak Amie dan Firdaus. Sedap kan kerabu kacang botol kalau rangup. Ratah gitu je

    BalasPadam
  14. Sedang menikmati kerabu pegaga dan pucuk ubi..hasil beli di cafe opis...hehehehe

    BalasPadam
  15. Alahai teringat kerabu kacang botol ni mak rajin buat. Bila lah nk habis pkp ni.

    BalasPadam