Petang tadi, sementara menunggu sambungan kolokium maya pada pukul 3 petang, kita berehat dahulu di dalam bilik. Amie suruh Firdaus siapkan tugasan sekolahnya kerana dia pun ikut masuk bilik dengan membawa buku. Sewaktu Amie tidur, Firdaus asyik bercerita tanpa henti. Tak dapatlah Amie tidur. Kerja sekolah tidak dibuat pula! Amie suruh Firdaus turun di bawah bersama Encik Suami kerana Amie ingin lelapkan mata seketika.
Tidak lama kemudian Firdaus ketuk pintu bilik dan masuk membawa bungkusan. Dalam mamai-mamai mata tertutup separuh, Amie sambut bungkusan itu dan letakkan di bucu katil. Mungkin bungkusan berisi belacan Siam sebab beberapa hari lepas Amie minta Abang Farid belikan belacan Siam dan gula Siam dari Shopee. Amie sambung tidur.
Dalam tidur boleh pula terfikir kenapa bungkusan tadi tak ada bau belacan! Amie bingkas bangun, dan terus buka.
Rupanya bungkusan berisi Mellow Crunch kiriman blogger ATIQAH NAJIHAH. Amie tersenarai sebagai salah seorang di antara 3 pemenang Mellow Crunch Giveaway by Atiqah Najihah.
Apabila terpandang sudah pukul 3:15 di skrin telefon, Amie bergegas turun ke bawah! Alamak! Kolokium maya bersambung pada pukul 3 petang! Terlewat daftar masuk pula.
Amie gunakan HP untuk ikuti kolokium dan buka PC untuk paparkan tugas PDPR Firdaus. Amie tunjukkan Firdaus Mellow Crunch di tangan Amie. Firdaus nak makan tapi Amie beri syarat supaya siapkan dahulu tugasan yang guru subjek beri pada petang ini.
Mellow Crunch Giveaway by Atiqah Najihah. |
Mata memandang tugasan, hati dan perasaan membayangkan Mellow Crunch. |
Mellow Crunch |
Alhamdulillah sampai dengan selamat. Semangat firdaus nak siapkan kerja dapat upah Mello Crunch. Senyap senyap repeat makan kat dapur. Hihi...
BalasPadamSenang jew nak beli jiwa anak-anak ye Fizah heheheee.
PadamHehe kena umpan dengan Mellow Crunch.
BalasPadamAlhamdulillah selamat sampai pada tuannya.
Nampak umpan, laju jew dia buat kerja.
PadamTahniah. Nampak best sangat tu.
BalasPadamSedap. Anak-anak suka, orang tua pun suka!
Padamtahniahhh
BalasPadammakan puas2
Terima kasih.
PadamPuas makan!
tahniahhh
BalasPadamTerima kasih.
Padamalhamdulillah rezki firdaus n amie terbag dari malaya siap landing ataih pokok lagi
BalasPadamHahaaaa... sementara tunggu Firdaus siap buat kerja, cari idea nak tangkap gambar akhirnya landing dia kat atas pokok hihihiii!
Padamtahniah..adik aritu ada beli juga
BalasPadamYy, dapat upah ya, Firdaus... Tahniah, Kak Amie memang Mellow Crunch, kita pun ada sebalang tu, tapi beli sendiri, hihi
BalasPadamTerima kasih SK. Sedapkan MC tu.
PadamAlhamdulillah rezeki tu..
BalasPadamAlhamdulillah.
PadamComelnya Firdaus. Semangat ye siapkan tugasan demi nak cepat makan Mellow Crunch.
BalasPadamAnak-anak hatinya masih lembut....senang nak pancing hehehee.
PadamAlhamdulillah selamat sampai jugakkkkk, ingatkan kak amie tak dapat lagi sebab tengok dalam tracking shopee, dia cakap tak berjaya hantar sebab penerima tak ada di rumah ehh tup tup kak amie up entri. Apa apa punn selamat menjamu Mellow Crunch kak amie dan firdaus :)
BalasPadamAlhamdulillah. Terima kasih banyak Atiqah. Jauhnya MC menyeberang, selamat sampai ke LD. Kadang-kadang tak betul tu kenyataan dalam tracking. Nanti buat aiveaway lagi ye.
Padamalhamdulilah tahniah kak. nampakkkkk sedapppp nyaaa
BalasPadamTerima kasih Nadya. Memang sedap!
PadamKudapan sedap ni time BDR...Tahniah cikgu!
BalasPadamTerima kasih! Sedap sangat. Makan dengan sudu, tak kotor meja BDR.
Padamnampak sedap betul tu..
BalasPadamSedap. Firdaus makan ulang-ulang.
PadamTerliur plak tengok Mellow Crunch u ha...nampak sedap...
BalasPadamSedap ni SA. Susah nak berhenti kunyah.
Padamsedapnya nmpk mellow crunch tu. msti firdaus suka
BalasPadamSuka sangat tu.
PadamWow.. Sampai atas pokok coklat tu.. hehe. Seni tu.
BalasPadamAlhamdulillah sampai dgn selamat hehe
BalasPadam