Pages

Khamis, 8 April 2021

Pakalangan Bay - Pantai Warna-Warni di Semporna

 


Jenguk sini sekejap. Nak kongsikan suasana di Pakalangan Bay Semporna. Minggu lepas, tengahari buta dalam perjalanan pulang dari Semporna kami singgah di sini. Dapatlah melihat Pakalangan Bay yang belum banyak pengunjung. Panasnya tak usahlah nak dicerita... ahaks! Maklumlah tepi laut. Jangan lupa pakai topi ya.


Pakalangan Bay ini letaknya di kampung Pakalangan, Semporna.  Kena memandu masuk ke dalam menyusuri jalan tepi pantai dan melewati kebun kelapa sawit.


Bayaran masuk murah sahaja, hanya RM2 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun. Yang seronoknya sebab semua percuma termasuk tempat BBQ dan set meja di pondok santai. Kalau nak berbBQ eloklah datang awal supaya dapat tempat. amie lihat walaupun suasana panas terik, sudah ada beberapa buah keluarga mengusung bekas makanan dan tikar. Seronok pula rasanya kalau kami pun boleh buat begitu!



Ada sebuah kafe di sini. 
Bolehlah basahkan tekak dengan minum air kelapa yang dijual.


Nampak warna-wani dari bawah hingga ke atas.


Waktu begini memang tak ada yang sanggup berpanas!
Tapi kalau ambil gambar memang seronoklah sebab tak perlu berebut atau menunggu giliran.



Kerusi tempat duduk Encik Suami dan Firdaus itu diperbuat daripada tayar.


Duduk-duduklah di sini dulu. 
Nak ke sana ke mari pun kurang selesa sebab masih panas terik.



Di belakangan papan tanda D'Taman Rekreasi Pakalangan bay ini ada tasik berair jernih.


Ada pondok tempat memancing ikan di sediakan di hujung sanun.


Jom kita gerak ke hadapan sedikit.


Firdaus ingin memancing tapi kami tidak bawa joran.


Nampak jernih sungguh air di tasik ini. Memang ada banyak ikan di dalamnya sebab Amie nampak beberapa kali pemancing menaikkan ikan  yang tersangkut dari mata kailnya.


Ada jambatan warna-warni di kawasan pokok bakau dan merentang ke pantai.


Sambil berehat-rehat menikmati angin laut, bolehlah rakam gambar di sini.


Harapnya, bolehlah datang lagi ke sini pada sebelah petang. Teringin berBBQ sambil menikmati semilir angin laut!


Lama juga rasanya tidak menjejak kaki ke gigi air, bermain pasir dan lumpur laut. Tentu Firdaus pun akan rasa seronok dapat mandi laut.



Wokey!
Cukupl;ah sampai di sini dulu. 
Firdaus nak minum air kelapa.
Jom kita singgah di cafe Pakalangan Bay.


Firdaus minum air kelapa blend.


Amie dan Encik Suami minum air kelapa original sambil makan burger dan nugget.

9 ulasan:

  1. Berwarna-warni tempatnya Amie.. teringin pulak nak ke sana tapi entah bila. Dapat pergi Tawau pun cuma sebab landing flight she, hihi.

    Firdaus, comelnya kamu

    BalasPadam
  2. Tempat yang menarik, cat warna warni tu buatkan tempat ni lagi ceria. Ada banyak tempat cantik untuk bergambar. Seronok gak pergi masa tak ramai orang. Panas pun takde hal. Hihi...
    Tengok air kelapa teringin minum air kelapa pulak tiberrr :)

    BalasPadam
  3. Cantik dan bersih ja tempatnya Amie

    BalasPadam
  4. Colorful! Cantik dan bersih je tempatnya.
    Teringin nak pergi sana, tapi musim sekarang agak susah nak travel kannn

    BalasPadam
  5. susah nak cari tempat yang mcm ni. banyak kemudahan yang disediakan utk pengunjung

    BalasPadam
  6. Bestnya kalau dapat memancing sambil"tol" cocnut shake Daus tu skit..hihihihi

    BalasPadam
  7. tinggal firdaus sorg je la kan ,abang2 dah mula busy and ke semenanjung

    BalasPadam
  8. cantiklah kawasan dia... kalau x kerana covid mesti penuh kan kawasan ni

    BalasPadam