Pages

Khamis, 8 April 2021

Makan-makan di Sarina Beach Kunak

Dalam perjalanan pulang dari Pakalangan Bay Semporna, kami singgah seketika di Sarina Beach Kunak. Encik Suami kata, makan sajalah di sini. Sampai rumah nanti tak payah masak.

Memang nyaman sungguh duduk-duduk di tepi pantai ini. Hari beransur petang, dan matahari tidaklah seterik di Pakalangan Bay. Kami memesan makanan di Cafe Seri Dalma. Banyak tempat duduk di tepi Sarina Beach Kunak ini. Pengunjung pun datang tak putus-putus.

Mee Goreng Special.


Selepas makan nanti, bolehlah turun ke pantai dan ambil gambar.



Harap Firdaus rasa gembira dapat jalan-jalan.


Hidangan pertama tiba ialah mee goreng.
Amie memang pesan mee goreng .


Amie pesan Mee Goreng Special. Beginilah rupa mee goreng yang sampai ke meja kami. Apabila diselak, berketul-ketul udang di dalamnya! Bismillah.


Encik Suami pula pesan Nasi Goreng Udang. Banyaknya nasi, tapi tak nampak udang pula!


Oh! Rupanya udang sembunyi dalam nasi goreng... ahaks!



Tidak lama kemudian pelayan kafe datang bersama sepinggan mee goreng.
Mee Goreng Special, katanya.
Aik? Yang saya makan ni mee goreng apa dik?
Itu Mee Goreng Udang, kak.
Macamana boleh datang Mee Goreng Udang? Kakak order Mee Goreng Special.
Tak apalah, nanti bungkuskan saja Mee Goreng Special tu, celah Encik Suami.


Sebelum Mee Goreng Special dibungkus, Encik Suami tanya Firdaus, nak makan mee goreng tak?
Firdaus yang sedang menunggu kentang goreng, segera menjawab: Mau! Mau!
Baru dua kali suap mee goreng dalam mulutnya, kentang goreng pun sampai.
Daus tak mahu makan mee goreng. Daus nak makan kentang goreng, kata budak kecil ini.


Belum pun sempat Firdaus capai kentang goreng, tiba-tiba hujan turun rintik-rintik!
Semua pengunjung yang sedang menikmati hidangan berlari masuk ke kafe bersama pinggan makan masing-masing.
Kami tidak terkecuali!
Ruang kafe penuh sesak!
Setelah menghabiskan makanan, Encik Suami ajak pulang.
Kami meninggalkan kafe meredah hujan lebat menuju ke kereta.
Oh! Tak sempat ambil gambar di Sarina Beach Kunak!

16 ulasan:

  1. Bestnya makan tepi pantai! Makanan semua menyelerakan walau tengok melalui gambar je :D

    BalasPadam
  2. Alamak, tengah enak menjamu selera boleh hujan tetiba. Patutlah panas berdenting masa di Pakalangan bEach tu

    BalasPadam
  3. Sedapnya mee goreng byk udangnya..nyaman sekali mkn ditepi laut..

    BalasPadam
  4. Alahaii silap hantar pulak ye. beza mee goreng udang dengan special udang dan telur.
    Cantik jeti tu memang port ambil gambar :)

    BalasPadam
  5. terliur nengok mee gorengnya kak, walaupun hitam berkilat tapi tersembunyi banyak khazanah, baru betul gini nasi goreng udang tak nampak tapi kat dalam bersembunyi dia hehehhe...
    Daus macam Aiyan kalau dah kata nak makan fries memang itu je ditunggunya, mee goreng pun kadang kalau dia rasa sedap nak juga dia mengendeng kita...

    BalasPadam
  6. best dapat makan tepi pantai mcm ni

    BalasPadam
  7. Alahai..tengah best makan terus hujan plak ye...dapat bayangkan kak amie terkejar masuk dalam cafe bawak pinggan...

    BalasPadam
  8. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  9. tengah2 malam tgk fries ni, lapo pulak tapi smua kedai dah tutup

    BalasPadam
  10. kenapa sy nmpk mi goreng tu sedap sgtttttttt waaaaaa

    BalasPadam
  11. Hadoi.. pandai tukang masaknya sembunyikan udang.. seronok bila dapat makanan macam nie..

    BalasPadam
  12. banyaknya udang dalam timbunan nasi goreng

    BalasPadam