Pages

Rabu, 14 April 2021

Mojito Lemon & Mojito Laici

Walaupun Encik Suami tidak berminat dengan ice cream soda, tapi kelmarin apabila dengar Amie kata nak buat Air Mojito, dibelikannya juga 2 botol. Air Mojito ini sedap dinikmati selepas makan makanan yang berlemak, atau untuk kurangkan rasa muak. 

Mari kita sediakan Air Mojito yang berasal dari Cuba ini, kita buat versi kita pula yang sudah tentunya halal dan tidak bercampur dengan sebarang alkohol sebagaimana resipi asalnya. Dalam cucaca panas terik di negara kita sekarang ini, memang sesuailah kalau kita jadikan minuman musim panas ini sebagai salah satu pilihan minuman untuk berbuka puasa. Kalau minum di restoran, banyak versi Air Mojito yang Amie jumpa. Di dapur sendiri, Amie sediakan Mojito Lemon dan Mojito Laici yang ringkas dan mudah.

Mojito Lemon

Mojito Lemon

  • 1 botol ice cream soda
  • 1 cawan daun pudina - ramas -ramas untuk keluarkan aromanya
  • 2 biji lemon - hiris bulat
  • 2 sudu besar jus limau nipis
  • secubit garam
  • ais batu secukupnya
Cara:
  • Campurkan kesemua bahan di atas.
  • Sedia untuk dinikmati.

Mojito Laici


Mojito Laici
  • 1 botol ice cream soda
  • 1 tin laici - ambil isinya sahaja
  • 7 biji asam boi putih
  • 1 cawan daun pudina - rama-ramas untuk keluarkan aromanya
  • ais batu secukupnya
Cara:
  • Campurkan kesemua bahan di atas.
  • Sedia untuk dinikmati.

16 ulasan:

  1. nampak macam menyegarkan bila minum...

    BalasPadam
  2. sejuk tekak..suka laici ngan asamboi ada tu..mcm kt cafe hotel dh ni airnya

    BalasPadam
  3. Dua dua cukup sedap. Ada letak garam penyedap rasa rupanya. Bila haus ni, secawan tak cukup 😅

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum kak amie.. selamat menyambut ramadan...
    Air ni memang sedap.. ada setengah resepi letak serai kan kak amie..
    Saya ada buat jugak tp guna limau Nipis jer.. kalau lemon tu lagi sedap

    BalasPadam
  5. hahhaa len maciam mojito mojito ni haha..
    pape pun senin baru2 ni sebaldi air ni adik bawa balik dari opis dia.. diorg ada buat makan2 sebelum puasa aritu... jenuh kitrg nak ngabihkan kat rumah ahahahah

    BalasPadam
  6. Sedap ni utk berbuka.
    Terima kasih resepinya :)

    BalasPadam
  7. Nampak sedap .Lebih- lebih lagi tengok time cuaca panas.Menggoda

    BalasPadam
  8. Air mojito ni fav Kita, Amie. Memang segar sampai boleh balun bergelas2

    BalasPadam
  9. Sedapppnyaaaa, ada asam boi lagi sedap. Minum masa berbuka ni memang tak cukup segelas hahahaha

    BalasPadam
  10. Memang sedap . Lgi2 kalau letak daun pudina rasa segar

    BalasPadam
  11. Owh air mojito namanya
    hari ni pun berbuka puasa air macam tu

    BalasPadam
  12. Oh kalau ada ais kerim soda tu mojito lah ye. Cam tu resepi air tembikai aruah mak saya ialah mojito tembikai lah ya. Sebab Aruah suka buah tembikai di hancurkan dan di tambah dengan ais krim soda lepas tu letak ais.

    BalasPadam
  13. refreshing gila ni ! lepas bukak puasa minum... kak amie ! adopt me please eheheh

    BalasPadam
  14. Segar gila kalau dapat minum air ini.. Antara my feveret..

    BalasPadam