Pages

Sabtu, 27 Mac 2021

Ratah Sotong & Ikan Bakar di Senduk Jebat Ikan Bakar Corner Kunak

Kalau ada sesiapa tanya pendapat Amie, tempat makan manakah yang sedap di Kunak? Dengan penuh yakin, Amie akan jawab : SENDUK JEBAT IKAN BAKAR CORNER KUNAK. Tapi kalau lepas makan komplen tak sedap, memang itu bukan masalah Amie... kah! Itu masalah lidah atau selera bukan orang kita... ahaks!

Pekan Kunak jauhnya 75 km dari bandar Lahad Datu. Kalau Encik Suami memandu biasanya 1 jam sudah sampai. Kalau dari arah Tawau ke Lahad Datu, kami suka singgah Kunak untuk mencari ikan. Banyak ikan segar di sini.

Wokey!
Cerita tentang Senduk Jebat Ikan Bakar Corner Kunak ini, sudah tentulah pelanggan akan datang untuk menikmati ikan bakar pelbagai jenis. Semuanya segar belaka. Boleh pilih jenis ikan yang kita suka. Tak ingat dah berapa kali singgah makan tengahari di sini. Biasanya Amie datang berdua dengan Encik Suami sahaja. Hari ini kami datang bertiga bersama Firdaus. Fairuz tak ikut. Katanya masih rasa letih sekembalinya dari Kota Kinabalu. 


Hidangan tengahari kami di Senduk Jebat Ikan Bakar Corner Kunak.


Di sinilah tempat Senduk Jebat bertapa, di Medan Selera Sri Gunung. Warung ikan bakar terletak di bahagian paling hadapan, sebelah kanan pintu masuk. Banyaklah pelanggan yang datang untuk menikmati hidangan ikan bakar di sini.


Firdaus tak sabar nak tunggu ikan bakar, jadi dia minta ayam goreng.


Meratahlah  dia dua ketul ayam goreng.


Hidangan yang kami pesan  sudah sampai ke meja. Kami minta sotong bakar rempah kunyit.


Sotong bakar  datang siap dengan kicap lada dan limau kasturi. Alhamdulillah. Setiap kali makan sotong bakar di sini memang tidak mengecewakan. Rasa sotong bakar lembut, dan tidak liat seperti getah. Sakit hati kan kalau makan sotong liat macam getah!


Encik Suami minta ikan jenahak panggang rempah kunyit.


Jangan lupa perahkan jus limau kasturi sama ada atas ikan atau dalam kicap lada.


Bukan seekor kami minta ikan bakar di sini. Ada lagi seekor, iaitu ikan jebong atau ikan ayam. Ikan ini dibakar dengan sambal berempah.


Ini Amie punya. Ikan pari panggang.
Gambar bawah ini ikan pari yang Amie terbalikkan.


Seperti biasa, ada semangkuk kecil sup kosong dalam hidangan kami.
Sesi ratah-meratah pun bermula, sambil menyuap ke mulut budak Firdaus. Encik Suami suka sangat dengan kicap ladanya. Entah berapa kali asyik kata sedap!
Sedang memilih gambar dari HP, terpandang gambar lama yang tak sempat dijadikan entri sewaktu makan di sini. Selit sekalilah.


Kalau tak silap, ikan panggang yang kami pesan ketika itu ialah ikan siakap Sotong panggang tak tinggal punya. Waktu itu kami minta sotong bakar sambal berempah.


Kadang-kadang kalau tak habis makan, kami tapau lauk bawa pulang. maklumlah, encik Suami kalau order macam untuk makan anak-beranak!


Kali ini kami bawa pulang dua jenis keropok yang dibeli di gerai Senduk Jebat Ikan Bakar Corner. Belum digoreng lagi tapi memang pasti sedap sebab sudah biasa makan keropok ikan dari Terengganu.


Nanti kalau teringin makan ikan bakar dan sotong bakar, bolehlah datang ke sini lagi.


13 ulasan:

  1. ikan bakar dan masakansumber laut segar mmg sedap sgt n terbaik

    BalasPadam
  2. Jamu mata jelah kak Amie. Entah bila akan sampai ke Kunak. Setuju tang sotong bakar tu. Kalau makan yang kiat tu haih sakitnya hati

    BalasPadam
  3. Okay baik, kak amie dah suggest kenalah cuba ye tak?. Nampak menyelerakan, kalau tak kena dengan selera tak tahulah kan. hihi

    BalasPadam
  4. Sedapnya meratah ikan bakar panas2

    BalasPadam
  5. tghari tadi dapat gak lunch ikan bakar yg sedap kat area kajang/bangi

    BalasPadam
  6. Terliur SA tengok menu tu semua...lapar dah perut ni..sabar je la...

    BalasPadam
  7. sedapp ikan bakar, sotong semua. di LD kalau tak dpt makanan laut yg fresh memang tak sah

    BalasPadam
  8. Waduh waduh.. Mengancam sekali sotong dan ikan bakar tu.. sesekali ratah lauk begini memang best..

    BalasPadam
  9. Ye mmg sedap..tp susah nk merasa sejak dh pindah ke kunak..skrg kedai senduk jebat dh tukar lokasi just goggle location nt keluar location baru

    BalasPadam
  10. Nice Post Your substance is extremely moving and liking I truly like it.
    Visit My Site: सट्टा किंग Chart

    BalasPadam
  11. Get the fastest result Online Satta King, Satta Matka, Delhi Satta, Satta, Sattaking, Gali Satta. Sattaking.agency is most reliable and convenient sattaking.
    Delhi Bazar Satta
    Delhi Bazar Satta King

    BalasPadam
  12. Gold Satta is a very profitable game. It had started a long time ago. But no one knew the Gold Satta game before. But for 1-2 years now many people are taking advantage of this game by playing it.

    Gold Satta

    BalasPadam