Pages

Rabu, 24 Mac 2021

Kudapan & Merarau

Jom tambah perbendaharaan kata. Pernah dengar perkataan 'merarau', 'cicipan' dan 'gabi'?  Perkataan 'merarau',  'cicipan' dan 'gabi' bukanlah istilah baharu untuk menunjukkan waktu makan. Perkataan-perkataan tersebut sudah lama digunakan malah sejak tahun 1990-an sudah terdapat dalam Kamus Dewan. 

  • Minum pagi = Sarapan
  • Minum rehat pagi = Kudapan
  • Makan tengah hari = Merarau
  • Minum petang = Cicipan
  • Makan malam = Makan malam
  • Minum malam = Gabi
Tengahari ini tak masuk dapur... ahaks! Jadi, buat entri bukan hasil masakan sendiri. Amie kongsikan hidangan waktu kudapan dan merarau semasa bertugas luar daerah pada minggu lepas. Kami bersarapan pagi di hotel, kudapan atau minum rehat pagi di tempat mesyuarat. Kadang-kadang kami kudapan di bilik mesyuarat, kadang-kadang sambung minum di bengkel kemahiran hidup.  Waktu merarau pula, kami duduk bersama di bengkel. Sebelah petangnya, sebelum pulang ke hotel kami duduk lagi di bengkel menikmati cicipan. Kemudian kami mencari makan malam di restoran berhampiran hotel. Kami tidak minum malam atau gabi.

Kudapan : Teh susu dan kuih-muih.





Banyak kuih-muih yang disediakan ketika waktu kudapan dan untuk cicipan. Kadang-kadang tak tahu apa namanya. Yang pastinya, semua sedap belaka. Ada popia, sandwich, penyaram, yang hijau ada mata hitam tu tak pasti kuih apa, begitu juga kek di bawahnya itu.

Ada bingka ubi. Yang bungkus daun pisang dan di atasnya warna hitam itu Amie tidak tahu kuih apa, sebab Amie tak ambil makan. Amil gambar jew...ahaks!



Yang warna merah ada daun pisang bawahnya itu mungkin kuih angku, pulut merah inti kacang. Amie tak ambil. Di bawahnya itu mungkin kuih rangin, cuma diwarnakan hijau. Biasanya kuih rangin warna putih, inti kelapa gula merah. Dan sebelahnya yang warna coklat disalut bijan, Amie tak tahu kuih apa. Tanya kawan-kawan, semua tak tahu. Kawan-kawan pun kebanyakannya dari daerah lain, dan suku kaum lain. Memang bezalah sedikit budayanya. 

Yang ini Amie tahu semua namanya. Atas tu apam pisang, di sebelahnya popia sira pedas. Di bawahnya itu pisang tallemek.


Pisang tallemek ini merupakan kuih tradisional masyarakat Bugis. 
Dan di bawah ini ialah penyaram, kuih tradisi masyarakat Bajau.


Sedap betul kuih penyaram ini.

Sempat sembang dengan kawan-kawan dan masing-masing mengakui betapa sukarnya untuk membentuk kuih penyaram ini. Dalam sembang-sembang itu ada juga yang bagi petua, tapi tak ingatlah pula bila tulis entri ini. Amie makan dua ketul! 

Minum teh susu di bengkel kemahiran hidup.


Bubur kacang hijau.

Tak cukup minuman panas dan bubur kacang hijau, yang sejuk-sejuk pun dihidangkan juga!


Macam-macam jenis buah dalam hidangan koktel ini.

Antara lauk-pauk yang disajikan ketika merarau.

Merarau  1 : Nasi beraroma, ayam goreng, telur masak kari, acar mentah dan udang goreng salut tepung. Ada sambal belacan disediakan.


Merarau 2 : Nasi putih, telur masin, isi ikan masak masam manis, ayam goreng, sambal belacan & terung berlada.

Merarau 3 : Nasi putih, ayam masak merah, ikan masak kicap dengan suhun, sayur campur, sambal belacan & sambal tempe.

 

12 ulasan:

  1. Banyaknya menu Amie. Terliur tengok.

    Kuih penyaram tu saya panggil cucur jawa. Kuih feberet saya tapi tak reti nak buat hehehe. Selalu bila balik kampung, mak mesti buat kuih ini.

    BalasPadam
  2. Tak tahu kewujudan perkataan-perkataan seperti merarau & gabi tu...

    Kuih penyaram tu kami panggil cucur jawa. Kepakaran arwah bonda :(

    BalasPadam
  3. Semua pernah dengar, kecuali Gabi.
    Banyaknya kuih yang saya tak kenal.

    BalasPadam
  4. Bnayaknya makanan...sedap2 nampaknya tu...

    BalasPadam
  5. nampak sagt x tau pasal word cicipan, merarau, gabi...
    tq share...

    BalasPadam
  6. first time dgr perkataan merarau & gabi...sedap2 kuih-muih semuanya..

    BalasPadam
  7. wahhh ada kuih penyaram// kalauuu kat sinii nama kuih tuu mcm lain..tp lupa namanya.hahaha

    BalasPadam
  8. Meriah sungguh menunya.kuih-muih semua menarik.Yang hijau mata hitam tu macam apam solo versi hijau..kalau saya ,memang layan ni semua kuih muih tu...sugar lover🤣

    BalasPadam
  9. Seronoknya singgah diblog ini..
    makanan yang tak pernah Sha tengok ada..
    belajar perkataan baru lagi.. Baru tahu pasal merarau', 'cicipan' dan 'gabi'..

    BalasPadam
  10. menggoda sungguh kuih muihnyaaaa laa haiii

    BalasPadam
  11. Kudapan, merarau dan cicipan menu yang sedap sedap. betul tu, kadang tak tahu pun apa namanya.

    BalasPadam