Kononnya berura-ura nak buat serunding ikan buat bekal Abang Farid balik ke Perak nanti. Amie pun rebuslah ikan alu-alu. Kali ini bukan isinya sahaja tetapi dengan kepalanya sekali. Ada tiga kepala ikan. Setelah angkat isi ikan dari periuk, tinggallah bahagian kepalanya yang sudah rompong-rompong sebab bahagian lehernya pun sudah dikaut isinya. Walaupun hanya tinggal kepalanya sahaja tetapi ada bahagian tertentu yang masih boleh dinikmati terutama mata dan pipinya! Oleh kerana ikan direbus dengan asam keping, jadi tambahkan saja serai dititik, garam dan perasa serta hirisan halia dan bawang putih ketuk. Campakkan sedikit lada putih tumbuk. Pelengkap ikan rebus alu-alu, Amie tambahkan sayur sawi dan beberapa biji tomato kampung.
Amie angkat kepala ikan rebus ke dalam bekas, dan yang tertinggal dalam periuk, Amie masukkan ke dalam mangkuk. Nampak berselera sungguh Encik Suami hirup kuah dan rupanya masih banyak pula isi kepala ikan alu-alu! Abang Farid dan Fuad memang tak mahu makan kepala ikan!
Bahagian ikan yang tertinggal dalam periuk! |
Kepala ikan alu-alu rebus. |
First time dengar nama ikan alu-alu :)
BalasPadamnampak sedaplakamie makan dengan sambal tu dalam sup ikan
BalasPadamNampak menyelerakan, Kak Amie. Mesti asyik hirup kuah ikan tu.
BalasPadamnasib baik pak google membantu hehee
BalasPadamSedap juga tu ikan rebus. cuma belum pernah makan ikan alu-alu. Banyak isinya tu kalau setiap bahagian pun ada isi boleh dimakan. Haa wajib ada sambal :)
BalasPadamAlamak kita nmpk gg ikan...
BalasPadambetul ke tu ? hehhe ikan alu-alu, first time kita dengar ni...
Great post and educational post.it was breathtaking to read, thanks for sharing this great content with my idea. Hajj Packages
BalasPadamDapat hirup time memalam begini...nikmatnyaaaa
BalasPadamSambil belajar sambil makan, nikmatnya Amie hehehe
BalasPadamsedapnya kalau dpt hirup kuah mcm niiii
BalasPadamSA suka masak sup ikan macam ni..rebus2 macam ni..sedap sanagt2..Khamis nak bawak bekal macam ni la...mesti sedap...esok lepas check up nak pi cari isi ikan..ekor ikan ke kan?sedapnyaaaa
BalasPadamTengok pun nampak sedap dah
BalasPadam