Pages

Selasa, 2 Mac 2021

2 Mac 2021 : Mencuri @ Mencari Waktu

Jumpa lagi. Baru ada kesempatan jenguk dapur maya. Kalau ikutkan hati memang akan berpanjanganlah tak tulis entri. Namun, menyedari akan berterusan dari sehari membawa ke dua hari, dan seterusnya menjadi malas untuk menulis, usahakan jugalah buat entri sebelum tidur. Curi-curi masa, atau cari masa? 

Hari ini bertugas di tempat kerja. Sebelum keluar rumah, pesan dengan Abang Farid supaya masak nasi dan gorengkan ayam untuk bekal Firdaus ke sekolah. Balik rumah, ada nasi dalam periuk tapi Abang Farid hanya gorengkan ayam untuk bekal Firdaus sahaja. Fairuz yang baru pulang dari sekolah sudah kelaparan!

Cuaca sangat panas.  Amie suruh Fairuz sediakan air buah sementara Amie capai bahan yang ada di depan mata untuk lauk makan nasi. Apabila Fairuz hulurkan satu gelas air buah ketika Amie sedang goreng telur dadar, nikmatnya hanya kita saja yang tahu betapa nyamannya air buah melepasi anak tekak di kala panas terik begini! Alhamdulillah. 

Air buah hasil air tangan Fairuz.


Amie bersilat di dapur seorang diri, mengalahkan lipas kudung.... ahaks! Terhidanglah lauk sardin, telur dadar, dan sayur sup bening kobis campur lobak dan kacang buncis. Tuangkan dalam mangkuk kecil sambal garing ikan bilis untuk lengkapkan rasa pedas dalam hidangan. Alhamdulillah! Memang sardin dan telur sentiasa menjadi penyelamat keadaan. Dapatlah kami sekeluarga makan tengahari yang lewat sebab hampir waktu Asar.


Menjelang petang, Abang Farid beli sate. Tidak lama kemudian Firdaus pulang dari sekolah dan kami makan sate bersama-sama. Fairuz dan Fuad tidak mahu makan kerana mereka berdua sediakan 'perut' untuk makan malam di rumah kakak ipar. Encik Suami pesan, bersiap untuk keluar sebelum pukul 7:30 malam sebab ada majlis hari jadi anak buah.
Firdaus banyak makan sate. Katanya, dia tak boleh makan ayam yang Abang Farid gorengkan. Amie pesan dengan Abang Farid supaya potong kecil-kecil, tetapi Abang Farid potong besar, siap ada tulang lagi.


Seperti biasa, banyaklah celoteh Firdaus sebaik sahaja masuk ke dapur. Selepas solat Maghrib dan bersiap untuk keluar, sambil tunggu Amie bersiap sempat lagi pasang telinga dengar Firdaus bercerita. Sepanjang perjalanan menuju ke rumah kakak ipar, Firdaus sambung ceritanya sampailah kami tiba di depan pintu pagar rumah kakak ipar.

Wajahnya nampak layu disebabkan keletihan pulang dari sekolah.


Hasrat untuk meneruskan pembacaan Ustazah Basikal Siri 2 malam ini terpaksa ditunda. Kena penuhi undangan ke majlis sambutan ulang tahun anak buah. Teringat-ingat ayat yang diulang-ulang oleh penulis Ustazah Basikal: Rezeki jangan ditolak. Orang ajak makan, kita terima dengan ikhlas. Rezeki itu Allah yang bagi. Kalau kita tolak rezeki, nanti Allah jauhkan rezeki dari kita. Undangan ini satu rezeki, kerana dapat makan dan dapat eratkan silaturrahim. Alhamdulillah. Dapat belajar serba sedikit dari penulis Kembara Mencari Hikmah ini.

Petang tadi selepas solat Asar, sempat baca sedikit tetapi kemudian terlelap seketika! Maklumlah dari pukul 4 pagi belum berehat langsung!

Selamat ulang tahun ke 37 buat anak buah, Abang Aznan. Moga sihat selalu dan gembira bersama keluarga tersayang.


Hidangan yang disediakan seolah-olah dalam suasana hari raya. Apa tidaknya. Ada lemang, ada daging masak sambal kacang, ayam masak merah, ayam goreng dan acar timun & nanas.








Sedap sungguh nasi minyak ini. Pandai Rini, anak buah  masak.

Menyegarkan sungguh minuman ala-ala mojito ini!


Alhamdulillah. Pukul 9:30 malam kami sampai di rumah.
Dapatlah tulis entri untuk hari ini sebelum tidur dan sebelum tarikh & hari bertukar.
In shaa Allah. Jumpa lagi.

12 ulasan:

  1. sanah helwah meriahnya hidangan hari jadi sedap semua

    BalasPadam
  2. perghhhh macam-macam ado!!
    meriah gila...
    rindu nya nak makan-makan besar juga...

    BalasPadam
  3. lauk pauknya mcm kenduri kahwin ;-) meriah betul

    BalasPadam
  4. Memang berbaloi bujang 2 org tu 'simpan perut', makanannya nampak meriah dan menyelerakan semua tu. Rindu nak je majlis makan-makan sebegini.

    BalasPadam
  5. Semua sedap nampak makanan tu terutama air2 sedap tu memang kecur lah...cuaca kat luar tu panas sngat bampak pulak gambar air...perghh.

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum amie... wah, meriah betul dan banyak agendanya ya...

    BalasPadam
  7. bestnyaaa... sekali sekala ada majlis makan makan mcm ni kan... huhuhuhuhu

    BalasPadam
  8. wahhhh meriahnya juadah! ehhh suka tengok konsep talam tu rustic nya hehe

    BalasPadam
  9. Kadang kadang dah penat, rasa nak rehat je. tapi serba tak kena kalau tak update kan. kena juga curi masa. Mommy penat, abg farid pengganti mommy. Adik adik komplen pulak ye abg farid masak. hihi

    betul tu, sardin dan telur dadar penyelamat keadaan. Sedap lauk hidangan majlis. Lauk raya tu yang buat lagi meriah tu. Happy 37th birthday untuk anak buah kak amie :)

    BalasPadam
  10. Seronoknya nampak hubungam saudara mara yang rapat & saling meraikan

    BalasPadam
  11. betul serba tak kena kalau blog tak berupdate dh jd habit seorang blogger kot. hehehe
    meriah betul sambutan hari lahir mcm buat kenduri hari raya. semua terliur!

    BalasPadam