Jumlah positif Covid-19 di negeri Sabah semakin menurun. Kelmarin hanya 3 kes sahaja di LD. Alhamdulillah. Moga penurunan ini akan berterusan di seluruh negara dan juga dunia.
Sehari dua ini, hati bagai direnyuk-renyuk. Rasa sakit dan pedih membayangkan Abang Farid dan Fuad yang sudah tentunya sudah bersedia untuk terbang ke Malaya dalam masa terdekat. Abang Farid ke UTP di Seri Iskandar, Perak dan Fuad ke UTHM, Johor. Pengajian yang tertangguh sejak tahun lepas perlu diteruskan. Dua-duanya berada di LD sejak 13 September 2020.
Entahlah! Hati seorang ibu sangat mudah tersentuh apabila dikaitkan dengan anak-anak. Tapi rasa itu disimpan jauh di lubuk hati yang paling dalam. Air mata pula hanya mampu ditahan agar tidak tumpah walaupun sebenarnya sering kali merembes di tubir mata.
Semoga Allah sentiasa mempermudahkan urusan anak-anak kami dan anak-anak yang lain dalam usaha untuk menuntut ilmu.
Kita cerita tentang menu hidangan tengahari pula. Entri ini merupakan entri tertangguh, masakan beberapa hari yang lepas. Fuad minta Terung Masak Taucu dan seperti biasa, ada ayam goreng untuk Abang Farid. Amie masakkan sup ikan kambing untuk Encik Suami. Tak tahu kenapa namanya ikan kambing. Mungkin sebab sisiknya hitam seperti kulit kambing hitam. Pelengkap rasa, Amie buat sambal mangga.
Terung Masak Taucu |
Ayam Goreng salut Tepung. |
Ikan Kambing Masak Sup. |
Sambal Mangga. |
Hirisan Nanas. |
- 2 biji terung Taiwan saiz besar - belah 2 dan potong 4 setiap sebelah
- 4 sudu besar taucu manis
- 3 sudu besar kicap lemak manis
- 1 cawan air
- minyak
- 3 ulas bawang putih
- 1 labu bawang besar
- 2 biji cili hijau
- 2 biji cili merah
- 2 cm halia
- Goreng terung taiwan hingga masak. angkat dan ketepikan.
- Tinggalkan 3 sudu besar minyak bekas gorengan terung di dalam kuali.
- Tumis bahan hiris hingga layu.
- Kemudian masukkan taucu manis, diikuti dengan air. Biarkan sehingga mendidih.
- Seterusnya masukkan terung goreng dan tuangkan kicap lemak manis.
- Gaul beberapa kali dan padamkan api dapur.
Terung taiwan, pertama kali dengar. Tak pernah makan terung masak taucu. Mungkin saya kurang gemar taucu. Saya suka terung bakar, rasa asli terung :).
BalasPadamSambal tu wajib ada. Tak pedas tak sodap makan :) Kecur pulak tengok buah nanas. Lama tak beli nanas.
BalasPadamCikgu.. Ikan kambing tu sama dengan ika jebong ke(search kat google) Kalau yer,yang tu kami panggil ikan ayam-ayam. Tapi logik juga dipanggil ikan kambing sebab "senyuman" ikan tu memang macam kambing🤣🤣🤣
Kalau la betul ikan tu.. Hihihi
Iman lepas ni akan masuk Sem 4 dan surat telah dikeluarkan bahawa kelas cuma secara online sahaja, pun risau bila2 masa akan dipanggil, hati ibu ni memang kena kering, kan.. utk lepaskan anak2 belajar.. macam tulah dulu hati mak kita agaknya.
BalasPadamApapun, hidangan masakan Amie tidak pernah mengecewakan
sedap nampak menu menu semua.. lapar pulak ni hehe :)
BalasPadamsedapnya terung tu, my favorite tapi takleh makan huhuhuhu gatal :(
BalasPadamsuami balik kang nak kirim beli taucu lah...lama tak makan taucu...
BalasPadamSedap2 belaka
BalasPadamSelamat menjamu selera.
Semoga Allah sentiasa melindungi setiap langkah anak-anak Kak Amie dalam menuntut ilmu.
BalasPadamTerliur saya tengok lauk terung tu, kak. Boleh cuba buat ni.
Uncle peminat nanas tu! hehehe
BalasPadamSaya tak pernah masak terung taucu. Semoga anak-anak Amie selamat dan semua lah, baik-baik belaka. Jauhnya, belajar, faham, hati seorang ibu.
BalasPadamsy tingin nk msk apa2 yg ada taucu tp ntah knpae rs mcm x confident je��
BalasPadamMesti anak-anak kak Amie akan merindui masakan ibu dia juga. Doakan mereka selamat dalam menuntut ilmu walau jauh dari mata.
BalasPadamsemua sedap2
BalasPadamair freight
borong china
beli barang dari china
air freight malaysia
shipping company in malaysia