Hari ini anak-anak buah dari kampung datang ke rumah. Pagi tadi, adik ipar hantar anak lelakinya yang sedang mencari kerja mengambil peperiksaan secara online SPA di rumah kami. Mudah-mudahan Haziq lulus, dan mendapat tawaran kerja tetap. Tengaharinya pula datang anak-anak buah perempuan pula. Wah! Seronok pula dengar cerita anak buah yang perempuan. Sudah ada anak satu dan sedang menunggu kelahiran anak kedua, tetapi gigih berniaga. Alhamdulillah. Anak-anak buah kami yang perempuan sekarang ligat berniaga. Bukan apa, menunggu tawaran kerja seperti buah tidak jatuh! Jadi sementara itu mereka berniaga. Macam-macam yang diniagakan termasuk barangan penjagaan kesihatan, emas dan alat-alat solek. Amie pun rajin beli barangan jualan mereka sebagai tanda sokongan.
Anak buah perempuan tadi bawa beberapa bungkus Golden Egg Peyek. Katanya kalau di Malaya harganya RM17 untuk paket 50gram. Di Sabah dijual dengan harga RM20. Kita pun belilah 2 paket. Kalau rasa sedap bolehlah nanti beli lagi.
|
Golden Salted Egg Peyek. |
|
2 bungkus Golden Salted Egg Peyek |
Golden Salted Egg Peyek ini memang sedap. Memang cukup rasa, sempurna dari segala segi. Namun begitu Amie kena sediakan air detox .... ahaks! Bukan apa, perisa peyek ini sangat kuat pada lidah Amie. Maklumlah lidah orang dah tak berapa muda...kah! terkejut kot sebab selama ini makan peyek perisa jintan ketumbar, tiba-tiba kali ini kunyah peyek telur masin pula!
Setelah makan peyek berperisa telur masin ini, Amie minum air detox. Campuran pelbagai bahan seperti lemon, timun, limau kasturi dan daun pudina dapat menghilangkan 'perisa' yang melekat pada lidah. Kejap lagi nak masuk bilik kecil.... huhuhuuuu!
|
Air detox : lemon, timun, limau kasturi & pudina. |
Golden Salted Egg ini menjadi rebutan Fairuz & Firdaus.
Tapi sekejap-sekejap, Firdaus dan Fairuz masuk dapur mencari air kosong dan smbung mengunyah peyek.
Akak pun suka apa2 perisa salted egg Amie..tp tu la takleh mkn ikut sedap mulut ja
BalasPadamair detox itu mmg a must :)
BalasPadamalaaaa nampak sedappppppp >.<
BalasPadamnampak cam sedap bimbang sy mkn nnt x bleh stop��
BalasPadamSedapnya. Boleh cari ni. Saya suka snek flavour salted egg
BalasPadamtak pernah cuba lagi..boleh la cuba nanti ni..nampak sedap
BalasPadamSaya ada nampak peyek perasa telor masin, tapi belum sempat beli lagi. Minuman detox tu nampak macam segar je diminum.
BalasPadamSaya dah pernah rasa Golden Salted Egg Peyek ni pemberian orang juga. Lambat nak habiskan satu pek ni. Rasa dia terlalu kuat tu betul. Makan sikit pun kena minum air dan agak masin pada saya. Mungkin tak kena dengan selera.
BalasPadam