Pages

Sabtu, 13 Februari 2021

Nasi Ayam Geprek

Selamat bersungkai (buka puasa) kepada yang berpuasa sunat bulan Rejab pada hari ini. Moga setiap amalan, zikir dan doa di bulan nan mulia ini mendapat berkat dan diangkat ke tempat yang tinggi oleh-Nya.

Hari ini Amie sediakan Nasi Ayam Geprek untuk seisi keluarga. Ini merupakan percubaan kali pertama Amie masak di dapur sendiri. Kalau makan di luar, Fairuz selalu minta nasi ayam penyet atau nasi ayam geprek, tapi Amie jarang makan di luar sebab takut dengan kepedasan sambal penyet dan sambal geprek! Bukan apa, apabila perut terkejut dengan pedas yang melampau (biasanya sambal penyet dan sambal geprek memang pedas), memang tiada maaf baginya! Isi perut akan meronta-ronta! Parah jadinya nanti. Kalau perut meronta-ronta di rumah sendiri, lain ceritanya kan.

Nasi Ayam Geprek & the Gang

Sambal Geprek

Amie terbaca sepintas lalu tentang resipi sambal geprek di FB (Juwita Afifah), dan bahan yang sangat menarik ialah penggunaan kacang gajus. Terima kasih Juwita Afifah, di atas perkongsian resipi sambal geprek yang sangat sedap ini.
Tidak banyak bahan yang digunakan, hanya cili padi, bawang putih, kacang gajus dan bahan perasa. Setelah kesemua bahan ditumbuk, tuangkan minyak panas ke dalam bekas berisi sambal tadi. Amie memang sudah siap tumbuk sambal dan masukkan dalam mangkuk. Ketika menggoreng ayam, Amie ambil dua senduk dan tuang ke atas sambal tadi.
Hasil kejadiannya boleh lihat gambar di atas.
Rasanya?
Memang pedas, tapi hanya meraung perlahan-lahan saja di hujung lidah! Anak-anak sepakat kata memang sedap. Firdaus berkali-kali menambah sambal geprek, dan akhirnya setelah minum berkali-kali juga, Firdaus terus masuk bilik air dan mandi. Katanya, pedas sangat jadi nak hilangkan pedas dia mandi.
Nasi Ayam Geprek ini Amie lengkapkan dengan sambal geprek, tauhu dan tempe goreng serta ulam-ulaman seperti daun salad, hirisan timun, baby carrot celur dan kobis celur.

Ayam Geprek  & Sambal Geprek.

Tempe goreng.

Tauhu goreng.

Daun salad, hirisan timun, baby carrot & kobis celur.


Amie tambahkan keropok untuk meriahkan hidangan. Amie tidak kongsikan resipi ayam geprek disebabkan belum mendalami masakan ini. Amie ingin mencari asal-usul resepinya dahulu. Katanya, ayam geprek ini resipi moden ala barat kerana menggunakan ayam tanpa tulang dan disalut dengan tepung sebelum digoreng. Amie gunakan tepung Bestari dan goreng ayam tanpa tulang, tetapi Amie dapati resepi asal yang dipercayai dari Jogjakarta menggunakan bahan ramuan tertentu.

Sepatutnya ayam goreng digeprek  sampai bercerai berai, dan tipis. Maknanya kita belum berapa lulus lagi selok-belok ayam geprek!




Ayam geprek ialah ialah ayam goreng tepung yang digiling atau dilumatkan bersama sambal bajak. Kini ayam geprek telah menjadi hidangan terkenal yang dapat ditemukan di hampir semua bandar besar di Indonesia. Ayam geprek berasal daripada kota Jogjakarta.

Geprek merupakan istilah dalam Bahasa Jawa yang bermaksud "dipukul", "ditekan", atau "dilumatkan", dan ini membawa makna ayam yang dipukul. Masakan ini hampir sama dengan masakan Jawa tradisional ayam penyet,  kerana kedua-duanya adalah sama-sama ayam goreng yang dipukul dan ditekan menggunakan penggiling dan dicampur dengan sambal.

Perbezaannya adalah, ayam penyet ayam goreng tradisional Jawa yang diperap dengan bumbu kuning, kemudian digoreng  dalam minyak yang panas. Sementara ayam geprek lebih sama dengan ayam goreng gaya barat , iaitu ayam goreng tepung yang rangup yang dilapisi dengan adunan tepung sebelum digoreng.

Ayam geprek menjadi fenomena terkenal, seiring dengan banyaknya gerai yang menyajikan makanan ini di Indonesia pada tahun 2017. Asal mula ayam geprek bermula di Yogyakarta, hasil ciptaan Ruminah atau dikenal sebagai Bu Rum. Pada tahun 2003, Bu Rum diminta oleh pelanggannya untuk menambahkan sambal ulek (sambal giling) di atas ayam goreng tepung. Masakan ayam goreng tepung yang dilumat bercampur sambal terus menjadi terkenal.

Ayam geprek biasanya hanya disajikan dengan sambal dan nasi putih.  Akan tetapi kini terdapat variasi yang baharu dengan menambahkan keju mozarela  dan kubis yang di goreng.

Sumber : WIKIPEDIA

10 ulasan:

  1. kesedapannya pd sambal geprek
    mula2 sy pelik juga namanya tu tp bila rasa sedappp

    BalasPadam
  2. Suka gak ayam geprek tapi tak tahan bab kepedasan sambalnya

    BalasPadam
  3. @Atie Zieya Kalau di Sabah, memang semua hidangan ada semangkuk sup.

    BalasPadam
  4. Pelik pulak taruk mozarella. Harap lepas ni kak Amie dapat resepi ayam geprek goreng macam yang biasa dibuat orang Jogjakarta. Saya pun kalau makan ambil sambal hujung jari je. Teringin tapi tak tahan pedas. Haha

    BalasPadam
  5. masakan org indonesia!! betul2 sedap mkn dgn sambalnya

    BalasPadam
  6. Sedap ayam geprek dan ayam penyet pun. Sambal kena power pedas baru sedap kalau saya. Buat sendiri ni banyak accesories boleh tambah dan puas hati makan. Baru tahu sambal letak kacang gajus. Menarik juga tu. ada crunchy sikit.

    BalasPadam