Awal pagi tadi ikut Encik Suami hantar Fairuz ke sekolah. Kemudian kami singgah di pasar , dan dalam perjalanan pulang kami berhenti di hadapan sekolah Firdaus. Pagi ini ibu bapa kena hadir ke sekolah untuk mengembalikan buku teks tahun lepas dan menerima buku teks untuk tahun ini. sudah berkira-kira, sampai rumah nanti boleh berBDR. Rupa-rupanya waktu kembalikan buku teks pada pukul 9 pagi, dan kami sampai awal satu jam.
Huuurrmmm! Inilah akibatnya kalau WhatsAap dipenuhi dengan beratus mesej! Dah tak terlayan, dan tak terbaca mana satu yang penting. Rupanya mesej sudah Amie padam!
Kata Encik Suami, baiklah kita sarapan dulu. Nanti patah balik ke sekolah.
Ada pun kita berBDR dari dalam kereta! Mujur jugalah talian lancar. Jadi, 'bekeja dari kereta' pun berjalan lancar! Balik rumah nanti boleh sambung. Barulah nanti sempurna yang namanya BDR!
Kami bersarapan di tempat yang paling hampir dengan sekolah Firdaus, iaitu tempat yang sama kami kunjungi kelmarin untuk makan tengahari. Kali ini Amie makan Mee Hoon Sup Ikan Kerapu, dan Encik Suami makan Mee Hoon Goreng Ikan Keratang Rangup.
Atas: Mee Hoon Goreng Ikan Keratang Rangup Bawah : Mee Hoon Sup Ikan Kerapu |
Mee Hoon Sup Ikan Kerapu sudah tiba di meja.
Ikan kerapu dimasak sup bersama mee hoon.
Memang puas hatilah dengan hidangan sarapan pagi ini.
Isi ikan kerapu nampak segar dan cantik!
Kali ini Amie makan tanpa sambal.
Takut perut terkejut di pagi hari.
Memang isi ikan dahulu yang habis sebelum mee hoon!
Nampak tak hirisan halia muda dalam mangkuk mee hoon sup itu?
Encik Suami kata, makan sajalah halia tu. Bagus untuk kesihatan, katanya.
Mee Hoon Goreng Ikan Keratang Rangup Encik Suami datang bersama semangkuk sup kosong. Nampaknya mee hoon diselimuti dengan ikan keratang goreng rangup! Oh...ya! Kelmarin ada yang kata first time dengar nama ikan keratang. Ikan keratang ialah sejenis ikan kerapu saiz besar. Waktu kecil dipanggil kerapu, bila membesar menjadi kerapu gergasi dipanggil keratang. Beratnya boleh mencapai ratusan kilogram seekor!
Geram sangat tengok ikan keratang goreng rangup duduk telangkup atas mee hoon goreng Encik Suami! Kita pun cukailah sekeping! Dapatlah meratah ikan keratang goreng rangup panas.
Bila sudah kena cukai sekeping ikan, maka terbukalah tirai. Nampaklah wajah mee hoon goreng yang sedap itu!
Eh! Nampaknya tak sengaja sudah dua hari termakan ikan di restoran yang sama... ahaks!
Tak pernah jumpa lagi kt sini menu mcm tu,mengoda betul tgk ikan keratang garing tu
BalasPadamOh, ikan kerapu tu bila tua namanya keratang
BalasPadamsupnya nampak sedappp
BalasPadamkak nampak sedap betul menu ni, memang tak pernah jumpa lagi kak, teringin pula makan mihun dengan ikan kerapu tu
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamWaduhhhh menggodanya akak menu tu, dana xpnh mkn mehun sup dengan ikan betul...biasa fish ball je
BalasPadamMESTI BESAR SGT IKAN KRATANG NI SAMPAI BOLEH DIPOTONG BERKEPING N DIGORENG
BalasPadamBesar jugak ikan tu sampai menutupi mihun,tu kalau diratah macamtu jew memang sedap,betul bila whatsapp dah penuh kdg mana yg penting jadi terlepas pandang..sy pun mcmtu.
BalasPadamtak pernah lagi makan bihun soup dgn ikan... tak dpt imagine mcm mna rasa dia
BalasPadamMacam menarik la mihun goreng ikan tu. Semalam bz tak sempat jengah. Kalau tak boleh try ada mihun d ada stok ikan dory.. Mihun sup ikan pun nampak segar
BalasPadamMusim berBDR ni dan PDPR ni memang meriah group whatsapp. Terlepas pandang pula ye Amie. Takpe, hikmahnya dapat makan di tempat yang sama dengan hidangan sup dan ikan goreng sedap tu. Tak sah kalau tak cukai. Nak jugak merasa, kan :)
BalasPadam