Pages

Sabtu, 23 Januari 2021

Sedapnya Ayam Goreng Garam Kunyit!

Ketika hujan turun di tengahari, rasa malas betul untuk melangkah masuk ke dapur. Rasanya nak melingkar saja depan televisyen macam ular sawa kekenyangan.... ahaks! Bukan kita tonton televisyen, tapi televisyen yang tonton kita.... kah! Kebetulan pula pagi tadi tak buat sarapan pagi kerana Abang Farid beli online, dan Encik Suami pun beli sarapan pagi dari luar. Alangkah seronoknya kalau dapat melayan mata hingga ke petang dalam cuaca sejuk begini!
Mengenangkan anak-anak yang lapar akan ulang-alik ke dapur mencari makan, kita pun bingkas bangun masuk dapur.
Bersilat sendiri di dapur, siaplah terhidang Ayam Goreng Garam Kunyit, ikan kutambak goreng, tempe dan tahu goreng serta ulam dan sambal tempoyak. Belum siap masak Encik Suami sudah pulang dari tempat kerja. Katanya, ada kawannya bagi pucuk ubi masak lemak. Ada lagi kawannya bagi kunyit hidup dan kelapa. Alhamdulillah. Rezeki jangan ditolak. Orang beri dengan ikhlas kita terima dengan rasa syukur. 
Amie gunakan bahagian dada ayam untuk diolah menjadi Ayam Goreng garam Kunyit. Bahagian tulang dan lehernya Amie masak sup dengan labu air dan beberapa bahan ain untuk dijadikan sup ringan. Sup ringan yang Amie maksudkan ialah kuah sup tanpa rempah-rempahan melainkan hirisan halia, bawang putih dan bawang merah sahaja.

Ayam Goreng Garam Kunyit.

Sup tulang ayam campur cendawan shiitake, lobak merah, kurma merah, labu air, white fungus dan  goji berry.

Sambal tempoyak, tauhu dan tempe goreng, hirisan timun, tomato dan daun salad.

Ikan kutambak goreng garam kunyit.

Pucuk ubi masak lemak pemberian kawan Encik Suami.

Hirisan limau Sunskist dan persimmon

Kelmarin Encik Suami kata sambal tempoyak sedap tapi pedas sangat. Hari ini Amie buat lagi sambal tempoyak dan kurangkan penggunaan cili padi.
Kali ini Amie kongsikan resipi Ayam Goreng Garam Kunyit. Walaupun pernah kongsikan beberapa kali, tapi dalam setiap perkongsian itu mungkin ada penambahan dari segi bahan yang digunakan. Ame tambahkan kentang goreng, kacang buncis (biasanya kacang panjang) dan juga lobak merah. Ayamnya pula Amie perap dengan bahan tambahan seperti tepung jagung, serbuk kari dan serbuk cili. Amie gunakan serbuk Kari dan serbuk cili sedikit sahaja. Jom kita lihat resepinya di bawah ini.

Bahan-bahan:

  • 800 gram dada ayam - potong dadu / potong kecil 
  • 3 biji ubi kentang - potong dadu - goreng hingga masak - toskan
  • 15 batang kacang buncis - potong 3 cm
  • 1 batang lobak merah - kupas kulit - hiris bulat nipis
  • 1 labu bawang besar - kupas kulit - potos wedges
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu kecil serbuk kari
  • 1 sudu kecil serbuk cili
  • 1 sudu kecil lada putih - tumbuk
  • 1 sudu besar sos tiram
  • garam /  perasa pilihan secukupnya
  • 1/2 cawan minyak
Cara memasak:
  1. Gaul sebati dada ayam bersama serbuk kunyit, tepung jagung, serbuk kari, serbuk cili, lada putih dan sos tiram serta garam /  perasa pilihan secukupnya. Perap selama 15 minit.
  2. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga masak. Balik-balikkan supaya ayam masak sekata dan tidak hangus.
  3. Masukkan lobak merah dan kacang buncis. Gaul rata. Biarkan masak sehingga kacang buncis berubah warna.
  4. Akhir sekali taburkan bawang besar. Kacau beberapa kali dan padamkan api dapur.

6 ulasan:

  1. sambal tempoyak. nice, Amie.
    ayam goreng kunyit tu, improvise.
    aida selalu letak kacang panjang je.
    kentang - lenkali boleh try :)

    BalasPadam
  2. Ingatkan ayam kunyit tu guna kunyit hidup pemberian tu.. Hihihi. Kalau goreng ikan guna kunyit hidup,harum dia lain macam kan cikgu. Apapun set tauhu tempe tu mancing selera sungguh

    BalasPadam
  3. @adianiez AIDA Ya, biasanya orang letak kacang panjang, tapi tak ada kacang panjang pulak. Lebih sedap kacang panjang sebab rasanya manis.

    BalasPadam
  4. @namakucella Nanti nak cuba goreng ikan guna kunyit hidup. Teringat mak, dulu guna kunyit hidup dengan garam kasar.

    BalasPadam
  5. Suka juga masak ayam goreng kunyit campur kacang panjang. letak kacang buncis pun sedap juga kak amie. Hari ni saya belajar ikan kutambak pulak :)

    BalasPadam
  6. Kalau ayam kunyit ni, Cik TK letak je dengan sayur apa pun jumpa dalam peti. Biasa memang dengan kacang panjang. Tapi, kadang letak bunga kubis la, carrot la.

    Ikan kutambak ni pertama kali dengar.

    BalasPadam