Pages

Sabtu, 30 Januari 2021

Sarapan Pagi dengan Makanan Tradisi Masyarakat Bugis

Hari ini  cuaca mendung, dan sesungguhnya matahari asyik berlindung di balik awan. Kita jalan-jalan dengan Encik Suami mencari sarapan pagi. Balik ke rumah, penuhlah meja dengan hidangan sarapan pagi makanan tradisi masyarakat Bugis.

Ada buras @ burasak nasi dan pulut. Ada sokko. Ada ayam palekko, sambal ikan bilis dan serunding kelapa. Tidak ketinggalan kuih tradisi Bugis iaitu beppa janda dan sawalla. Oleh kerana masakan masyarakat Bugis, kenalah tulis nama dalam bahasa mereka juga. Jadi, selain kaya dengan bertambahnya pengetahuan tentang makanan tradisi Bugis, kita pun mewah dengan pelbagai kosa kata.

Buras@burasak nasi & pulut, sambal ikan bilis, ayam palekko, serunding kelapa & sokko.

Ayam palekko, sambal ikan bilis dan serunding kelapa merupakan lauk-pauk untuk dimakan bersama buras dan sokko yang mudah ditemui di mana-mana warung Bugis. Biasanya buras @ burasak hanya dijual dengan lauk serunding kelapa dan sambal ikan bilis. Kami beli buras di tempat lain, dan beli ayam palekko di tempat lain pula. Kadang-kadang ada juga lauk nasu likku atau ayam masak lengkuas. Nasu likku agak jarang dijual. Kalau nak makan, tunggu hari raya. Jiran selalu bagi...ahaks!

Buras nasi & pulut.

Sokko & the gang.

Sokko yang kami beli ini berlaukkan ayam palekko. Kalau beli di pasar tadi, boleh pilih lauk sendiri untuk dimakan bersama sokko. Biasanya sokko yang dijual dibungkus dalam dalam daun pisang dan dibubuh sambal ikan bilis. Banyak kali jugalah Encik Suami bawa pulang sokko dan buras lauk sambal ikan bilis dan serunding kelapa. Kadang-kadang Amie terjumpa ikan bilis dan kacang tanah dalam serunding kelapa.

Ayam palekko


Ayam palekko ini rasanya pedas kerana dimasak dengan cili padi. Kadang-kadang Amie terjumpa ayam palekko yang sangat pedas! Mungkin banyak cili padi yang digunakan. Ayam dipotong kecil-kecil dan bahan prencah ditumis terlebih dahulu sebelum masukkan ayam. 

Serunding kelapa


Biasanya serunding kelapa yang Amie jumpa untuk lauk buras berwarna kuning, dan kelapanya agak halus. Sesekali terjumpa ikan bilis kecil dan juga kacang tanah. Ada juga serunding kelapa yang kosong begitu sahaja, hanya berwarna kuning.

Sambal ikan bilis.


Sambal ikan bilis ini biasanya mempunyai rasa manis sedikit. Ikan bilis yang digunakan ialah ikan bilis yang masih ada kepala, dan berbeza dari ikan bilis yang biasa kita gunakan. Rasa ini memang sedap dengan ikan bilisnya yang garing. 

Beppa janda.

Sawalla.

Kuih sawalla ini kalau melihat bahan yang digunakan, ia lebih kurang seperti kuih getas.

Sarapan pagi kami turut dilengkapi dengan dua jenis kuih tradisi masyarakat Bugis iaitu beppa janda dan sawalla. Jemput minum!

10 ulasan:

  1. Amie..semuanya nampak sedap..beppa janda tu guna pisang apa ya..nampak menyelerakan

    BalasPadam
  2. @Kamsiah yusoff Saya makan tadi, macam rasa pisang raja.

    BalasPadam
  3. Menyelerakan sungguh hidangan sarapan kak amie. Banyak gandingan dengan pulut tu. Semua sedap sedap.

    BalasPadam
  4. Kak AMie, bleh tak ajar macam mana nak buat sambal ikan bilis kering- kering macam tu...sedapnyaaa..selalu refer kat blog kak amie ni...ajarkan eh...

    BalasPadam
  5. lamanya tak makan pulut , nmpk mcm lemang pula dibalut mcm tu

    BalasPadam
  6. Beppa janda tu unik.. mcm nagasari ke kak?

    BalasPadam
  7. Sedap2 nya nampak semua makanan tu. Teringinnya burasak tu.. Harum & lemak tapi di KL saya belum pernah jumpa orang jual. Kalau jumpa memang beli nih

    BalasPadam
  8. Aduh kak, beliur ini tengok sokko sama palekko, kena cari ayam tua juga ini buat pelekko.
    Ciri khas palekko kena pdas kak, memang ada yang tahap pedas nak m**p*s,
    Kak tanbah kosa kata, serunding kelapa tu panggilannya Bejabu. bejabu sedap guna kelapa yg agak muda bersama isi ikan bakar... guna isi ikan nemo sedap atau ikan yang bersisik, panggang dulu ikan tu...

    BalasPadam
  9. Beppe janda..tp bkn janda yg buat kan..

    BalasPadam