Pages

Sabtu, 23 Januari 2021

Pantai Bak-Bak Yang Sepi!

Kudat memiliki banyak pantai yang cantik, bersih  dan tidak tercemar. Air lautnya jernih dan membiru. Banyak hidupan laut boleh dilihat dari permukaan airnya yang lut sinar. Pemandang terindah sudah tentulah di kala senja hampir menjelma, dengan warna lembayung tatkala matahari hampir terbenam.  Jika anda berada di  Kudat,  banyak pantai yang menarik boleh dikunjungi seperti:

  • Tanjung Simpang Mengayau
  • Pantai Tindakon Dazang
  • Pantai Kelambu
  • Pantai Bak-Bak
  • Pantai Bavang Jamal
  • Pantai Kalampunian
  • Pantai Tanjung Bangau
  • Pantai Kimihang
  • Pantai Loro Kecil
  • Pantai Kamihing
  • Pulau Tigabu
  • Pulau Balambangan

Santai di atas buaian menikmati semilir angin laut di Pantai Bak-Bak.

Sebaik sahaja kami keluar dari jalan kecil Tanjung Simpang Mengayau, kami  terus menuju ke Pantai Bak-bak. Sempat rakam gambar sawah padi di bawah pokok kelapa. Sayangnya gambar tidak jelas kerana 'menembak' dari dalam kereta yang sedang bergerak. 

Langit tidak menjanjikan akan cerah sepanjang hari. Setibanya kami di Pantai Bak-Bak, rintik-rintik hujan gerimis mula turun. Pemandangan di sekitar sangat tenang tetapi sungi sepi tanpa kehadiran sesiapa. Warung makan ditutup. Pondok-pondok berteduh di tepi pantai kosong dan lengang. Beginilah ceritanya setelah negara mengalami musibah merebaknya wabak Covid-19 hampir setahun lamanya. 

Selamat Datang. Terima Kasih.

Pantai Bak-Bak yang bersih.
                           

Pantainya berbatu, air lautnya sangat jernih dan cetek.


Banyak hidupan kerang-kerangan laut boleh dilihat di sini. Firdaus kutip seekor siput laut dan bawa masukk kereta!

Sekejap panas, sekejap hujan gerimis. Baiklah pakai topi.

Padang rumput yang menghijau, kelihatan dijaga rapi dan tidak tumbuh meninggi.

Nun di hujung sanun, awan mula berubah warna. Tidak lama lagi, angin akan membawa tempias hujan ke arah kami.

Sempat rakam beberapa pemandangan sebelum kami meninggalkan tempat ini.





Ada taman permainan di pintu masuk Pantai Bak-Bak.

Tempat ini memang sesuai untuk perkelahan keluarga. Boleh berBBQ dan makan-makan di sini.

Budak kecil ini memang seronok sangat baring di atas buaian di taman tepi pantai!

4 ulasan:

  1. Cantik betul Pantai Bak Bak ni. Kalau bukan kerana Covid mesti dah ramai orang kat sini. Wah Firdaus, seronok dia bersantai tepi pantai baring di buaian. Ke mama yang suruh posing sambil tersenyum tu. hihi :) comel dia

    BalasPadam
  2. indah nya sabah.
    aida belum pernah jejaki sabah, amie.
    ditambah plak dgn pkp yg tak tahu bila tamatnya :(
    teringin nak ke kaki gunung kinabalu.
    ke pasar filipina. ke pantai sabah nan indah...

    BalasPadam
  3. @Azhafizah MN Mommy suruh posing, senyum tu dia sendiri heheheee.

    BalasPadam
  4. @adianiez AIDA In shaa Allah akan sampai juga ke Sabah suatu hari nanti.

    BalasPadam