Pages

Khamis, 14 Januari 2021

Lempeng Tepung Gandum VS Lempeng Kelapa


Kusangka nanas atas permatang,
Rupanya durian tajam berduri,
Kusangka panas hingga ke petang,
Rupanya hujan di tengahari.

Bagaimana cuaca di tempat rakan-rakan blogger? Di LD, cuaca mendung dari pagi hinggalah sepanjang petang. Sekejap-sekejap hujan gerimis. Rasa macam nak tarik selimut jew, tidur sepanjang hari... ahaks! Walaupun suasana agak gelap dan kelam, tapi gagahkan diri juga masuk dapur sebab teringat lebihan kuah kari ayam kerisek yang Amie makan tengahari tadi. Seperti yang diduga, memanglah isinya habis, dan yang tinggal hanyalah kuah dengan beberapa ketul ubi kentang. 

Abang Farid mahu makan lempeng tepung gandum cecah kuah kari ayam kerisek. Oleh kerana ayam sudah yillek, Amie gantikan dengan udang. Untuk Amie dan Encik Suami, kami berdua makan lempeng kelapa cecah kuah kari kerisek sahaja. Itu pun dah rasa sedap sangat!

Lempeng Tepung Gandum, Lempeng Kelapa & Kuah Kari Kerisek

Lempeng Tepung gandum versi hijau.

Lempeng Kelapa

Lempeng Kelapa & Kuah Kari Kerisek & Teh Lemon Panas.


8 ulasan:

  1. Sedapnya lempeng cicah kari. :)

    BalasPadam
  2. Mendung juga kat Seremban ni kak amie. Panas sekejap je.
    Dua dua pun sedap. Lempeng tepung gandum dan Lempeng kelapa. Dapat cicah dengan kuah kari ayem kerisik, mahu berkeping keping makan lempeng. Satu tak cukup :p

    BalasPadam
  3. Macam nk jadi menu sarapan saya esok nih... Kari ayam ada berbaki tu.. Pun terliurHihihi

    BalasPadam
  4. kuah kari kerisek tu menggoda sangat amie...

    BalasPadam
  5. Matahari di sini sembunyi balik awan.
    Wah, siap ada dua versi lempengnya!

    BalasPadam
  6. selamat menjamu selera di waktu petang :)

    BalasPadam
  7. memula igt yg hijau tu kuih ketayap hehe

    BalasPadam
  8. Rajinnya kak gulung lempeng.. kalo sy x sempat gulung semua dh terkam.. haha

    BalasPadam