Baru berkesempatan membelek gambar-gambar yang diambil sewaktu bercuti baru-baru ini. Di kesempatan ini Amie ingin kongsikan hasil DSSS yang Amie amalkan lebih kurang dua bulan yang lalu. Alhamdulillah, memang ada penurunan berat badan walaupun tidak begitu banyak. Amie sangat seronok sebab Amie berDSSS tanpa menyeksa diri dan tiada rasa penderitaan sedikit pun... ahaks!
Selepas Amie jatuh sakit hujung tahun lepas, berat badan terus menurun dan ketika Amie lihat wajah di cermin, nampak buruk betul dengan muka cengkung dan tulang pipi nampak menonjol. Bentuk wajah pun jadi panjang! Ketika itu Amie tidak fikirkan DSSS lagi sebab yang penting badan kembali sihat bertenaga. Setiap hari Encik Suami belikan makanan, dan Amie makan sahaja tanpa sebarang pantang. Alhamdulillah. Berat badan naik sedikit, dan dari sehari ke sehari terus sihat.
Gambar diambil pada 6 Januari 2021 |
Gambar diambil pada 31 Ogos 2020 |
Ada nampak perbezaan tak? |
Baju yang sama, tarikh yang berbeza.
Gambar atas dan bawah ini pun nampak agak ketara juga bezanya.
Setelah melihat hasilnya, Amie rasa telah memilih diet yang betul. Hanya kurangkan kuantiti sahaja iaitu suku suku separuh. Amie tidak begitu berpantang segala jenis masakan. Setiap hari Amie makan nasi, dan hanya sebelah malam sahaja jarang ambil sebab Amie tukarkan nasi dengan kentang atau roti. Amie juga membuat senaman ringan 3 kali seminggu. Itu sahaja. Tidak ada rahsia lain.
Cuma jangan tanya dulu berapa kilogram Amie turun, sebab Amie tak mahu selalu timbang berat badan...hiks!
Di hati sentiasa rasa bersyukur dan hanya inginkan penurunan berat badan sekitar 1-2 kg sahaja dalam setiap sebulan. Sekurang-kurangnya tahun 2021 dapat pakai baju-baju baru yang belum sempat dipakai sepanjang tahun 2020 kerana PKP, PKPB dan PKPP.... ahaks!
Insyaallah semoga dipermudahkan 😘
BalasPadamcaiyokk..takyah lost berkilo kilo sebulan...1-2kg ok la tu...maintain progress
BalasPadambangganya dengan amie! ok saya nak tiru la DSSS ni! makan tapi kurangkan kuantiti dan jangan tinggal senaman ringan..baek!
BalasPadamALHAMDULILLAH KEMBALI SIHAT SEJAHTERA
BalasPadamAlhamdulillah..Memang tak mengecewakan hasil DSSS kak amie. Kagum dengan kesungguhan dan usaha Kak Amie. Finally nampak perubahan tu. Ketara nampak bezanya :)
BalasPadamSemoga terus maintain dan kekalkan gaya hidup sihat.
Tahniah, Kak Amie. Memang nampak perubahannya. Semoga terus semangat mengamalkan rutin sihat akak.
BalasPadamtake care dan moga always sihat ya kak amie
BalasPadamwahhh tahniah kak!chaiyok chaiyok!!
BalasPadamAlhamdulillah... Tahniah & memang nampak semakin muda la bila berat badan turun. Ish.. Nak kena buat juga ni( janji yang tak pernah saya tepati.. Hihihi)
BalasPadamAlhamdulillah.. tahniah kak!! Diet diet jugak tp kesihatan jaga jugak tau!
BalasPadam