Entri terlajak hari. Sepatutnya publish malam tadi, tapi tertidur awal, lena sampai ke pagi. Hidangan petang kelmarin, sempat masak lemak labu manis dengan ikan masin, dan lauk lain untuk anak-anak. Kalau Amie dengan Encik Suami, sudah cukuplah lauk labu manis masak lemak ikan masin, dan sambal belacan tempoyak. Tapi segala raja ayam, raja ikan dan raja telur tak mahu makan kecuali ambil kuahnya saja. Raja kambing, mana-mana lauk boleh masuk perut. Untuk raja ayam, Amie panggangkan sayap ayam gunakan air fryer. Untuk raja ikan, gorengkan sahaja seekor ikan belais.
Labu Manis Masak Lemak Ikan Masin ini Amie tak bubuh cili padi sebab sudah sedia digandingkan dengan sambal belacan tempoyak. Ikan masinnya pula, tak tahu namanya.... ahaks!
Labu Manis Masak Lemak Ikan Masin |
Sayap Ayam Panggang Air Fryer |
Ikan belais goreng, telur masin & sambal belacan tempoyak. |
Ikan masin yang Amie masak bersama labu manis ini tidaklah masin sangat. Isinya cantik, dan putih. Kalau tak silap, kami beli di pasar Kunak. Agak lama juga tersimpan kemas, dibungkus kertas dan plastik dalam peti sejuk. Nak cepat masak, tak sempat kisar kelapa parut, jadi gunakan santan kotak sahaja. Amie gunakan serbuk kunyit, dan bukannya kunyit hidup. Entah mana pergi kunyit hidup...huuurrrmmm kalau dah kelam kabut nak masak, kadang-kadang benda depan mata pun tak nampak. Dah siap masak, daun kunyit dan kunyit hidup ada jew tercongok duduk sebelah sinki!
300 gram labu manis - kupas kulit - buang biji dan potong ikut citarasa
7 keping ikan masin
3 batang kacang panjang - patahkan 3 cm
1 kotak santan
3 cawan air
1 batang serai - diketuk
1 keping asam gelugor
1 sudu kecil serbuk kunyit
garam / gula / perasa pilihan
Bahan tumbuk:
2 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
garam / gula / perasa pilihan
Bahan tumbuk:
2 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
Cara memasak:
1. Dalam periuk, masukkan air bersama labu,serai dan bahan tumbuk.
2. Masak di atas api perlahan dan sentiasa kacau.
3. Setelah labu mulai empuk, masukkan ikan masin dan kacang panjang dan asam gelugor..
4. Tuangkan santan.
5. Perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.
6. Kacau perlahan sehingga sehingga kuah mendidih.
7. Keluarkan asam gelugor.
8. Padamkan api dapur.
1. Dalam periuk, masukkan air bersama labu,serai dan bahan tumbuk.
2. Masak di atas api perlahan dan sentiasa kacau.
3. Setelah labu mulai empuk, masukkan ikan masin dan kacang panjang dan asam gelugor..
4. Tuangkan santan.
5. Perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.
6. Kacau perlahan sehingga sehingga kuah mendidih.
7. Keluarkan asam gelugor.
8. Padamkan api dapur.
Sayap Ayam Panggang Air Fryer ini Amie hanya perap dengan serbuk kunyit, serbuk lada sulah, Maggi Cukup Rasa, kicap manis, asam jawa dan minyak bijan. Tak sempat nak kupas bawang, halia bagai. Perap jew togel-togel begitu. Hasilnya tetap sedap, dan licin sekelip mata!
Amboi..sedapnya la lauk kak amie...
BalasPadamKalau sy dapat lauk macam ni, sy akan jadi raja segala raja lah, hihi
BalasPadamayam panggang..sedapnya..
BalasPadamYa Allah, semua nampak sedap kak amie :)
BalasPadamsemua nye nampak menyelerakan
BalasPadamSaya pun baru je masak lauk sayur labu semalam Tapi tak letak ikan masin. Masak biasa je. Tetiba teringin pulak makan sayur labu. Sedap tu makan dengan sambal. Masing-masing ada lauk sendiri ye :)
BalasPadamAgaknya kunyit tu menyorok kot, takut dikerjakan hihi...
BalasPadamKalut-kalut pun sedap nampaknya lauk pauk tu kak amie. Paling terpesona dgn ikan goreng tu 😋
Set ikan gorwng tu saya punya..!!!!! 🤗🤗🤗
BalasPadamhehe ingtakan masak lemak tu jugak dlm air fryer :D
BalasPadamayam je rupanya..iena pn suka masak ayam dalam air fryer :)
panas panas ni, terliur tgk gambar tembikai tu
BalasPadamHaha mcm2 raja ada ya..raja ayam,raja kambing..
BalasPadam