Pages

Jumaat, 15 Januari 2021

Kiriman Pouch Comel daripada Blogger Nur, Kisah Seorang Slow Runner

Alhamdulillah. Persahabatan di alam maya membawa rezeki hingga ke rumah walaupun tak pernah bersua dan bertentang mata. Sekali lagi Abang Farid menghantar mesej mengatakan ada bungkusan tiba di rumah pada 6 Januari 2021. Tak sabar nak tahu datangnya daripada siapa. Rupanya, kiriman Nur blogger KISAH SEORANG SLOW RUNNER  nun dari Perak sana.
Tak sangka sama sekali, nama Amie tersenarai di tempat kelima antara Top Comentators dalam blog tersebut.

Masha Allah! Nur kirimkan sebuah pouch atau kantung yang sangat comel dengan warnanya yang sungguh menarik. Rasa sangat terharu kerana pouch ini dikait sendiri oleh Nur! Tak dapat Amie bayangkan betapa tekunnya Nur menyiapkan pouch comel ini! Terima kasih tidak terhingga buat Nur atas kiriman yang sungguh istimewa ini. Nur juga kirimkan sebuah fridge magnet.

Nur rajin menulis rutin hariannya di dalam blog. Amie suka ikuti perkembangan aktivitinya dalam usaha mengamalkan gaya hidup sihat. Dari situ, Amie pun ikut termotivasi dan menjadikan tulisan Nur sebagai sumber inspirasi. Amie kagum dengan stamina tubuh badan Nur sehingga berjaya berlari berkilometer setiap hari, mendaki bukit dan juga pelbagai aktiviti lain yang berkaitan kesihatan termasuk amalan yoga dan diet IF.

Nur, fridge magnet kiriman Nur sudah Amie lekatkan di dinding peti sejuk. Nanti, setiap kali Amie ke dapur dan buka peti sejuk pasti Amie akan terpandang fridge magnet Teluk Batik kiriman Nur itu. Moga Nur sentiasa sihat dalam menjalani rutin harian bersama keluarga tersayang. Mudah-mudahan juga jalinan persahabatan maya di antara kita akan terus berkekalan. Aamiin.
Jom selalu singgah di blog Kisah Seorang Slow Runner untuk turut serta memeriahkannya!

9 ulasan:

  1. Tahniah cikgu, 2021 dah banyak dapat souvenir daripada rakan-rakan.. Rezeki tidak pernah salah alamat.. Gud luck semuanya..

    BalasPadam
  2. Waaaaa cantiknya kak... lagi spesel hasil tangan akak nur

    BalasPadam
  3. Cantiknya pouch crochet hasil tangan Kak Nur. Saya pula dapat doily chochet. Alhamdulillah..seronok dapat hadiah dari rakan blogger alam maya :)

    BalasPadam
  4. cantiknya..dah la color pink...nice!! tahniah!

    BalasPadam
  5. Wah..cantik dan kemas!
    Tahniah Amie.

    BalasPadam
  6. Mekasih, Amie, kembang lubang idung baca entri ni. :D
    Aminnn, atas doanya.

    BalasPadam
  7. Cantiknya pouch hand made tu!! Pink kaler lagi tu

    BalasPadam