Pages

Jumaat, 15 Januari 2021

Asam Pedas Ikan Kembung

Hujan yang turun bagaikan mutiara, berkilau bersinar berkerdipan. Subur menghijau bumi terbentang, dan bayu berpuput lembut. Teringat alunan lagu Allahyarham penyanyi Sudirman Haji Arshad. Maklumlah sekarang pun sedang hujan. Dari pagi sehingga petang, dingin dan kelam tanpa pancaran cahaya matahari.

Hari ini Amie masak Asam Pedas Ikan Kembung. Buat pertama kalinya Amie gunakan daun kesum hasil tanaman sendiri. Maklumlah, sebelum ini kalau tanam pokok kesum memang tak pernah menjadi! jadi, memang terujalah dapat petik tangkai pokok kesum. Bila rasa seronok, asam pedas pun jadi lebih sedap...kah!

Asam Pedas Ikan Kembung

Daun kesum dari belakang rumah.

Inilah dia pokok kesum yang kami tanam sebulan yang lalu. Nampak subur betulkan? Padahal sebelum ini tak pernahlah hidup. Setiap0 kali tanam, setiap kali itu jugalah tak hidup. Hasil jalan-jalan ke rumah abang ipar, kami bawa pulang beberapa batang pokok kesum. Biras Amie pesan, tanam pokok kesum dalam besen atau bekas yang tak berlupang. Bubuh tanah, dan biarkan air bergenang dalam bekas tersebut.

Encik Suami tanam dalam baldi, dan tak sangka memang pokok kesum terus hidup subur! Alhamdulillah!

Air sentiasa bergenang di bawah pokok kesum.
Inilah perkongsian cara tanam pokok kesum dari kami. Bagi sesiapa yang tanam pokok kesum tapi tak juga hidup, cubalah cara begini. Maklumlah, tidak ada tanah lembab, jadi tanam sajalah cara begini. Terima kasih biras Amie yang kongsi petua tanam pokok kesum.

Wokey, kita sambung cerita main masak-masak pula. Selain Asam Pedas Ikan Kembung, Amie panggangkan bahagian dada itik atas permintaan Fuad. Mendengar Amie akan panggang dada itik, mulalah Abang Farid sibuk nak beli makanan di luar. Abang Farid tak suka makan itik! Jadi Amie pun gorengkan  sayap ayam.


Asam Pedas Ikan Kembung


Dada Itik Panggang Sos Plum


Sayam Ayam Goreng Garam Kunyit


Ulam Daun Dill, Kacang Botol & Jantung Pisang

Sambal Belacan


Hirisan Nanas


Masakan asam pedas memang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas. Walaupun selalu memasaknya tetapi tak pernah rasa jemu untuk menikmatinya. Lebihan kuahnya pula kalau dipanaskan kembali, terasa lebih enak. Boleh cecah dengan lempeng atau jemput-jemput buat minum petang atau sarapan pagi.

Amie kongsikan masakan asam pedas ikan kembung di bawah ini. Amie bubuh separuh daripada tomato di awal masakan, dan renih sehingga tomato hancur. Kena ambil masa jugalah untuk menyiapkan masakan ini. Gunakan api perlahan sahaja sehingga kuah betul-betul masak sekata dan pecah minyak.

Bahan-bahan:
3 ekor ikan kembung saiz besar - bersihkan dan potong 2
3 biji tomato - belah 4
10 biji kacang bendi - cuci dan toskan hingga kering - buang tampuk dan ekor
7 tangkai pokok kesum
1 kuntum bunga kantan - belah 2
2 batang serai - diketuk
1 sudu kecil pati asam jawa
4 cawan air
4 sudu besar minyak
1 sudu kecil gula Melaka
garam  / perasa pilihan secukupnya

Bahan kisar:
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
10  tangkai cili kering
1/2 sudu kecil belacan
1/2 sudu kecil lada hitam
2 cm kunyit hidup
1 cm halia

Cara memasak:
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar serta serai hingga terbit minyak. Gunakan api sederhana.
  2. Masukkan separuh daripada tomato yang dihiris, diikuti dengan pati asam jawa, gula Melaka dan air.
  3. Biarkan masak mendidih sehingga tomato hancur.
  4. Masukkan ikan dan kacang bendi. 
  5. Setelah ikan masak, masukkan lebihan hirisan tomato serta perasakan dengan garam / perasa pilihan secukupnya.
  6. Kacau sekali dua, biarkan seketika dan kemudian padamkan api dapur.

5 ulasan:

  1. Cantik-cantik gambar Amie ni... suka tengok! Mesti PRO ni kan...?

    BalasPadam
  2. itik panggang sedapnyaa! lama tak makan

    BalasPadam
  3. Sedapnya ikan kembung masak asam pedas. bendi tu sedap diratah begitu. Untung subur menjadi daun kesum. Senang buat masak masak. Setakat ni belum pernah tanam daun kesum sebab jarang guna. Nak masak asam pedas pun tak pandai acane. hihi

    jantung pisang pun lama tak makan. Terbaik cicah dengan sambal belacan tu

    BalasPadam
  4. Thank you, Amie, share tips camana nak bagi daun kesum hidup. Sedapnya asam pedas. Saya suka cicah roti kuah asam pedas. :) Itik panggang pun nampak sedap!

    BalasPadam
  5. Di sabah senang2 je dpt sumber itik fresh kan? Makcik sy yg lama dok tawau pn dh pro masak itik.. kalau kami kt sini mmg jarang2 mkn itik

    BalasPadam