Pages

Khamis, 10 Disember 2020

Secawan Teh Hijau & Kek Lapis Legit

Setelah selesai menghantar laporan berBDR, kononnya masuk dapur nak hirup secawan teh hijau panas. Seronok pula kalau selepas minum teh hijau panas, berpeluh-peluh kalau buat kerja dapur. Badan pun terasa ringan.  Terpandang bungkusan kek lapis di atas meja. Encik Suami menyindir kita ke... sebab dah lama sangat tak buat kek lapis.... ahaks! Amie pun tak sempat melihat barang-barang yang dibelinya, cuma dengar katanya beli beras pulut, beli baldi lagi nak tanam pokok ati-ati. 

Tujuan nak minum secawan teh hijau bertukar kepada memotong kek lapis pulak! Rasanya macam kek lapis legit. Keluar dari dapur, bertembung dengan Encik Suami di pintu. Katanya: Dah tanam pokok ati-ati. Termasuk ati-ati yang ditanam 10 pasu hari tu, semuanya ada 23 jenis.

Haaa.... 23 jenis?

Ya, setakat ni sudah ada 23 jenis. Semuanya ada 25 pasu. Dua pasu lagi tanam jenis ati-ati yang sama. Pergilah tengok.

Kita pun meluru keluar, dan tersusun 10 pasu warna merah, 15 pasu warna biru! Ada 25 pasu kesemuanya. Minggu lepas tanam 10 pasu, hari ini tambah 15 pasu. Eh.... salah! Bukan pasu! Baldi! Tanam dalam baldi merah dan baldi biru.... hahahahahahaaa! Nanti kalau  dah tumbuh subur, Amie kongsikan gambar 23 jenis ati-ati itu ya. Mana tahu esok lusa dapat kumpul versi ati-ati yang lain pula.

Jom minum petang dengan secawan teh hijau dan kek lapis legit. 



Secawan teh hijau panas.

Kek Lapis Legit

Peminat green tea, mari jemput minum!

20 ulasan:

  1. Kombinasi yang ngam ni..kek (manis) dan green tea (tawar).

    Wah...gitu banyak ya jenis pokok ati-ati. Sampai 23 jenis!

    BalasPadam
  2. Cantiknya awak ambik gambar. Menarik kombinasi warna pinggan dan set cawan tu..

    Wah meriah laaa keluarga pokok ati-ati tu.. :) Mesti cantik.

    BalasPadam
  3. Legit tu apa, Amie? Banyaknya pokok ati-ati yang ditanam, rajin suami Amie.

    BalasPadam
  4. Aah amie, legit tu apa? Cantik betul gambar yg amie amik, suka tengok. Tak sabar nak tengok koleksi ati2 amie, tak sangka ati2 ada sampai 23 jenis banyak betul kan.

    BalasPadam
  5. @Ujie Othman Rasanya ada banyak lagi versi ati-ati, bukan setakat 23 jenis jew.

    BalasPadam
  6. @Eza boom boom Terima kasih. In shaa Allah. Mudah-mudahan ati-ati hidup subur.

    BalasPadam
  7. @iamaSlowRunner Kalau ikut bahasa Sunda, legit maksudnya manis atau sedap.

    BalasPadam
  8. @Nor Azimah Ali Legit tu manis atau sedap, ikut maksud dari bahasa Sunda. Banyak lagi versi ati-ati tu kata Encik Suami hehehee.

    BalasPadam
  9. Salam kunjungan kak.. cantik menarik tengok kek lapis dengan green tea tu..

    BalasPadam
  10. minum teh dengan kek lapis ,sedapnya.
    Akak dulu ada juga tanam berbagai ati2 tapi tak bertahan lama sbb bila dah tua kena tanam semula.

    BalasPadam
  11. Wahh makin banyaklah koleksi pokok ati ati kak amie. Jangan lupa share nanti ye kak amie. Sedapnya menjamu selera kek lapis dan green tea. Terasa panas badan terus kalau minum air teh panas ni.

    BalasPadam
  12. sini hari2 hujan, sedap minum panas2 ni kan :)

    BalasPadam
  13. kek lapis legit tu camne kak? memang sedap layan teh o panas nih...
    wahhhh seronoknya kak sampai 25 poko ati-ati, rajin berkebun betul suami akak... happy isterinya

    BalasPadam
  14. SEKEPING KEK SECAWAN TEH PANAS SEDAP TU

    BalasPadam
  15. mcm lama pulak x mkn kek lapis ni.. hehehe

    BalasPadam
  16. Dulu..masa adik bongsu belajar kat Unimas Sarawak, SA selalu pergi Sarawak...suka makanan kat sana especially kek lapis...lama plak rasanya tak pergi Sarawak..

    BalasPadam
  17. sedapnya minum petang ni .. klu duduk satu rumah ngn kak amie, habis atie berkg2

    BalasPadam
  18. Uii banyaknya jenis pokok ati-ati!

    Lama tak makan kek lapis. Syok bila makan kek lapis minum teh panas.

    BalasPadam
  19. lama tak mkn kek lapis.. sedap tgk akak mkn

    BalasPadam