Pages

Khamis, 10 Disember 2020

Firdaus dengan Sarapan Berkhasiat Yang Kreatif

Hari ini tunaikan janji untuk bantu Firdaus siapkan tugasan sekolah rendah: Sediakan satu contoh sarapan berkhasiat. Hiaskan secara kreatif. Hasil tugasan perlu dihantar kepada guru mata pelajaran Pendidikan Kesihatan. Tempoh masa yang diberi selama satu minggu.

Ikut citarasa Firdaus, dia inginkan sarapan dalam bentuk lebah. Inilah hasil kreativiti murid Tahun Satu. Amie bantu sediakan bahan dan pandangan, serta mencari idea berdasarkan gambar-gambar dari internet.

Sarapan Berkhasiat Yang Kreatif


Sebelum itu Firdaus perlu menyiapkan tugasnya menjawab pentaksiran dua mata pelajaran sekolah agamanya iaitu Fekah dan Akhlak. Hari ini merupakan hari terakhir Firdaus menjawab pentaksiran akhir tahun 2020. Bermula dari hari Selasa dengan mata pelajaran Bahasa Arab dan Imlak. Diikuti hari Rabu dengan menjawab pentaksiran Tauhid, Jawi dan Khat. Selesailah tugas Firdaus menyelesaikan tanggungjawabnya menjawab 7 mata pelajaran  dalam tempoh 3 hari

Firdaus sedang menjawab soalan Feqah.

Selesai menyiapkan kerjanya, Firdaus tidak sabar-sabar untuk menyiapkan tugas menyediakan sarapan berkhasiat yang kreatif untuk sekolah rendahnya pula. Gambar di atas diberikan oleh guru mata pelajaran Pendidikan Kesihatan sebagai contoh dan panduan.

Tersenyum saja Firdaus pagi ini. Gembira sangat dengan hasil sarapannya itu. 

Sarapan bentuk lebahnya terdiri daripada roti wholemeal, telur dadar, dihias dengan hirisan lobak dan kepalanya daripada limau sunkist. Matanya pula dihias dengan hirisan pisang dan mata hitamnya daripada lada hitam. Sesungutnya pula daripada hirisan lobak merah dan anggur. Mulutnya pula tampal hirisan epal merah, sementara ekornya daripada hirisan lobak merah.

Rasanya sesuailah dengan tahap pemikiran dan kreativitinya. Tidaklah terlalu berlebihan dalam hiasan, dan tidaklah pula terlalu ringkas. Itu pun ambil masa juga untuk menyusunnya, maklumlah bukan biasa hasilkan bentuk sarapan yang kreatif begini. 

Setelah ambil gambar, tak sabar-sabar Firdaus nak makan hasilnya.
Dia baca doa sebelum makan.


11 ulasan:

  1. Kalo susun cantik cenggini bukan daus je yang teruja nak makan, acik pun teringin nak makan ni, hehe

    BalasPadam
  2. aduhhh..sayang nya nak makan klu decoration mcm ni !!!

    BalasPadam
  3. comelnya, tahniah ya dapat siapkan tugasan yang cikgu bagi, bab nak makan tu yang paling seronok tengok ;)

    BalasPadam
  4. senyum dia..sarapan kreatif dia menjadi

    BalasPadam
  5. comel keletah firdaus.. seronok bkn main dpt siapkan lebahnya

    BalasPadam
  6. Eehh..bukan Firdaus aje suka tau..aunty pun senyum tengok hasil kreativiti Firdaus tu..comel sanagt lebah tu

    BalasPadam
  7. Comelnyaa hiasan sarapan Firdaus tu. Comel lepas tu sangat kemas.

    BalasPadam
  8. Comelnya breakfast firdaus. Ye kak amie, sesuai dengan tahap umur Firdaus buat kreativiti food macam ni. Firdaus pun comel nau eh jadi model mommy :)

    BalasPadam
  9. Comel deco firdaus tu... mesti dia bangga kan kak? hehehe.. budak selalu mcm tu

    BalasPadam