Pages

Ahad, 6 Disember 2020

Mulakan Hari Anda dengan Harapan & Jangan Lupa Ambil Sarapan

Assalamualaikum dan selamat pagi. Selamat berhujung minggu. Moga ceria-ceria sahaja hari ini. Semua sudah maklum dengan pengumuman yang disampaikan oleh Menteri Kanan Keselamatan kelmarin. PKPB ditamatkan kecuali Selangor, Kuala Lumpur dan Sabah dilanjutkan selama 14 hari, bermula 7-20 Disember. Rancangan kami untuk balik Malaya terpaksa ditunda, dan tiket penerbangan juga perlu diubah tetapi tidak tahu bila tarikh yang benar-benar sesuai untuk terbang. Setakat ini hanya mampu berdoa dan berharap ada kesempatan untuk menziarahi Bonda dan ahli keluarga di Selangor.

Sarapan apa pagi ini? Jangan lupa alas perut sebelum meneruskan rutin mingguan. Pagi ini Amie tak masak sarapan pagi. Sudah ada bungkusan makanan di atas meja dapur tersedia untuk dinikmati. Encik Suami suruh Fuad beli di warung. Ada nasi kuning, mee hoon dan mee goreng.

Jom sembang-sembang di dapur. Antara menu yang Amie sediakan buat seisi keluarga minggu ini termasuklah lempeng dan nasi goreng. Abang Farid suka makan lempeng. Banyaklah keping yang didadar, nipis dan kecil-kecil. Biasanya Amie hidangkan dengan sambal tumis. Kelmarin, Amie gandingkan lempeng dengan sambal tumis telur hancur.


Lempeng & Sambal Tumis Telur Hancur



Minggu ini adik ipar dan kakak ipar buat kenduri tahlil. Balik kenduri, dibekalkan dengan nasi dan lauk-pauk. Jadi, banyak kali jugalah buat nasi goreng sebagai sarapan pagi. Ada nasi goreng campur isi ikan. Nasi goreng kencur dengan ikan masin, dan nasi goreng udang.

Nasi Goreng Ikan


Nasi Goreng Kencur & Ikan Masin



Nasi Goreng Udang


Sarapan pagi ini beli di warung.


9 ulasan:

  1. Assalam, memang kenyang mata kalau masuk blog Amie ni tau..

    Semoga Amie dapat balik Tanah Malaya

    BalasPadam
  2. Syukur jugalah walaupun PKPB tapi masih boleh rentas daerah/negeri juga.Cuma PKPD je tak boleh nak keluar.

    Sedapnya pelbagai hidangan nasi goreng ada. Lempeng tu cantik pulak tengok berwarna.

    BalasPadam
  3. Bila masuk sini, terhibur mata melihat hidangan amie, walaupun mungkin resepi biasa2, tapi bila diserve cantik2 tu lebih mengujakan org yg nak makan, betul tak

    BalasPadam
  4. bertuahnya cik abang kak amie sebab dapat isteri rajin ke dapur :)

    BalasPadam
  5. nasi goreng semua nampak menyelerakan

    BalasPadam
  6. Can we cook Siamese fighting fish in desi ghee? My husband always prefers desi ghee over cooking oil which is why I have to be careful in cooking. Assignment Writing Service

    BalasPadam