Pages

Khamis, 5 November 2020

Sarapan Pagi Bubur Nasi & Telur Pitan

Selamat pagi dunia! Jom alas perut dahulu sebelum memulakan rutin harian. Tentu pelbagai citarasa dan selera di awal pagi yang dihidangkan di meja makan masing-masing. Kalau singgah di dapur Amie, selain sup sayur kegemaran Encik Suami, Amie sajikan Bubur Nasi & Telur Pitan. Kalau tak biasa dengar nama telur pitan, telur warna hitam ini juga dikenali dengan nama telur pindang Cina, telur seratus tahun, telur seribu tahun, telur seabad, telur sealaf, telur kulit dan telur hitam.

Bubur Nasi Telur Pitan




Boleh tambah aksesori lain selain telur pitan. Amie tambahkan telur masin, hirisan jeruk lobak, daun bawang, ceyenne pepper, granulated garlic & daun ketumbar kering.
Dah kenyang.
Alhamdulillah.
Selamat memulakan hari anda dengan senyuman!

9 ulasan:

  1. slm akk, macam maner rasa telur pitan tu kak?heheh..sy x penah mkn..

    BalasPadam
  2. Ooooo ingat apa telur pitan tu kak...

    BalasPadam
  3. Macamana telur tu jadi hitam ye. Kalau telur pindang disebabkan segala macam daun-daun dan kulit bawang dan direneh sehingga air menjadi hitam. Tapi telur pindang warna coklat jadinya. Telur pitan ni dia campurkan kicap ke.

    BalasPadam
  4. Tak perasan telur pintan tu jadi nampak Sayur eksotik deco cantik.

    BalasPadam
  5. bubur yang masukkan dgn telur masin, sedapppp .. i suka makan

    BalasPadam
  6. Oh itu telur pitan rupanya. Apa rasanya?

    BalasPadam
  7. Saya panggil telur padi. Mungkin sebab disalut dengan tanah dan serkam padi. Sedap kalau makan bersama dengan lauk pauk lemak cili api pedas. Kalau makan dengan bubur kena ada rasa pedas sikit baru sedap untuk tekak saya 😊 Lama tak makan.

    BalasPadam