Pages

Jumaat, 6 November 2020

Mangga Udang di Musim PKPB

Jom kita selak-selak daun mangga udang. Mana tahu jumpa sebiji dua buah mangga yang tersisa setelah banyak yang gugur di usia putiknya. Mangga udang musim PKPB ini juga kurang menjadi. Barangkali disebabkan cuaca, dan paling manis bahasanya, sudah tentulah disebabkan stress akibat PKPB... ahaks!

             

Ini antara buah mangga udang yang sedang membesar. Masih muda remaja.

Sebelum Encik Suami terlantar sakit selama 3 minggu yang lalu, banyak jugalah sempat dibungkusnya buah mangga udang. Yang lain terbiar togel begitu saja, siang dipanah matahari, malam sejuk berembun sampai ke pagi. Mangga udang nan satu ini macam pelik rupa dia. Buah ini dalam bungkusan. Bila Amie tarik bungkusannya, di bawah inilah rupa kejadiannya!

Hujan siang, dan hujan malam menyebabkan air hujan bertakung dalam bungkusan plastik! Jadi, buruklah buah mangga udang ini. Bukan sebiji dua, banyak biji jugalah yang berendam dalam air! Kesian kau mangga. Ditakdirkan tuanmu sakit, maka beginilah takdir kejadianmu juga. Kalau sihat, memang setiap hari dijenguknya kamu!

Ada juga buah-buah lain yang elok. 

In shaa Allah, kalau sudah begini rupa buah mangga udang di pokok, seminggu dua lagi bolehlah dituai hasilnya.

Tunggu ya mangga yang togel, nanti tuan kamu datang pakaikan baju.

12 ulasan:

  1. besar2 n panjang2 belaka mangga udang ni. Bila masak pasti sedap dimakan!

    BalasPadam
  2. Wow cantik rupa parasnya....best makan tu, kalau SA dah hari2 buat cicah ngan kicap cili

    BalasPadam
  3. Wah besar juga buahnya. Manis tak rasanya. Tapi bila banyak rosak rasa sayangnya. Kalau tak lagi banyak boleh petik

    BalasPadam
  4. potong kecil2 lepastu letak garam dan gula then masukkan dlm peti ais.. sejuk2 makan sedap ni

    BalasPadam
  5. Mangga jenis ni antara yang susah nak jaga. Pernah kat tempat Pck satu pokok tu blh kira dengan tangan berapa je yang menjadi..yang lain buruk. Tak tahu la apa masalah.

    BalasPadam
  6. tk brp tau sgt jenis2 mangga ni...suka mangga..syok ada pokok mangga bila dh masak bole petik nanti

    BalasPadam
  7. Subhanallah. Besar sungguh bush mangga ni. Buah mangga Fizah tanam tak sempat nak tunggu besar, mesti kena serang dek monyet :)

    BalasPadam
  8. Sayang pula yg buruk tu. Nasib masih ada yh elok lagi. Sedapnyaa

    BalasPadam
  9. Banyak juga yang menjadi tu kak Amie. cepat cepat pakaikan baju. Tak sabar tunggu masa menuai tu :)

    BalasPadam
  10. Mangga pun stress ye. Semoga mangga udang kak Amie menjadi

    BalasPadam