Pages

Ahad, 22 November 2020

Garlic-Parmesan Croutons & The Gang

Selamat pagi dan selamat berhujung minggu. Mari ceria-ceriakan pagi ini dengan melakukan rutin harian  agar badan sentiasa sihat, tidak letih dan tidak lesu sepanjang hari. Kita alas perut terlebih dahulu. Pagi ini Amie sediakan sarapan pagi ala-ala western food, kononnyalah. Amie panggang french loaf untuk dijadikan crouton. Selalu tengok chef-chef barat buat crouton  dalam program masak-masak di televisyen. Macam-macamlah cara dan bahan yang digunakan dan tidaklah susah sangat. Jadi, Amie pun buat ikut bahan yang ada di dapur. Mula-mula potong bentuk dadu roti yang hendak kita panggang. Bahan untuk melumur roti potong dadu termasuklah mentega cair (jika tidak ada boleh gantikan dengan minyak zaitun), serbuk bawang putih, tambahkan oregano kering dan juga tyhme jika suka. Amie hanya gaul roti dadu dengan minyak zaitun, serbuk bawang putih dan keju parmesan sahaja. Kemudian bakar atau panggang dalam oven. Amie panggang dalam air fryer selama 12 minit, suhu 180'.

Jika suka, boleh sediakan salad untuk dinikmati bersama croutons. Salad yang Amie sediakan pun mudah saja, hanya perlu potong-potong, tambahkan minyak zaitun, taburkan serbuk black pepper, serta sedikit sedikit garam. Jangan lupa perahkan sedikit jus lemon. Siap! Oh ya, lupa! Bahan yang Amie gunakan untuk salad ialah mini lettuce, kobis ungu, avocado, tomato ceri dan limau China Sha Tong Kit.

Garlic-Parmesan Croutons & The Gang



Amie sediakan sup cendawan untuk Abang Farid. Sukalah hatinya dapat makan croutons celup sup cendawan. Katanya, dia tak suka makan roti keras.... ahaks! Gigi masih elok penuh tersusun, tak digunakan untuk mengunyah croutons garing, rugilah!


Allah berfirman dalam Surah Ibrahim (14:7) yang bermaksud:

Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti kami akan menambah (nikmat) kepadamu. Dan jika kami mengingkari (nikmat-Ku), sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.

Sudahkah anda bersyukur hari ini?

9 ulasan:

  1. bersyukur and nak sentiasa belajar bersyukur...

    BalasPadam
  2. insyaallah, mari kita bersyukur ehehe

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah......
    Masih terlalu banyak nikmat Allah untuk kita

    BalasPadam
  4. Sedapnya mushroom soup dengan croutons tu kak amie.
    Alhamdulillah :)

    BalasPadam
  5. InsyaAllah
    Resepi yang mudah dan menyihatkan.

    BalasPadam
  6. Syukur Alhamdulillah keliling ada je benda boleh jadi bahan makanan.

    BalasPadam
  7. uiiiisshhh yang dengan mushroom soup tu very inviting kak !!
    rumah kat mana kak ? nak pi ketuk2 la hahaha..

    BalasPadam
  8. @Siti Yang Menaip Siti duduk mana? Kak Amie di Lahad Datu. Meh sini kakak tunggu di Teluk Darvel, tak boleh naik kapal terbang, Sii berenang jew lintas Laut China Selatan... heheheheeh!

    BalasPadam
  9. nice nyer sup cendawan.
    suka juga aida.
    tak pernah buat sendiri, amie.
    do beli yg segera dlm tin aje :) ha ha ah ha...
    cepat dan mudah.

    BalasPadam