Pages

Ahad, 11 Oktober 2020

Sembang Pagi : The Little Wuhan , HQE & Kumput / Lansa

Selamat pagi semua warga Malaysia, di Malaya dan Borneo. Moga urusan sepanjang hari ini sentiasa dipermudahkan walaupun kita masih lagi dalam usaha melawan virus yang tidak mengenal ampun ini! Pagi ini kami sembang-sembang di dapur tentang jumlah kes positif Covid-19 yang belum kunjung surut terutamanya di Sabah, termasuk daerah kami yang masih kekal merah. 

Laporan 10 Oktober 2010

Hanya dua sahaja daerah zon hijau di Sabah iaitu Nabawan dan Tongod.



Katanya, daerah Semporna sudah menjadi The Little Wuhan! Allahu Akbar. Tak dapat bayangkan bagaimana virus ini terus merebak di kawasan perkampungan air yang rata-rata rumahnya sangat berdekatan di antara satu sama lain. Rasa sangat simpati kepada para petugas kesihatan yang tidak cukup rehat dan stress dalam menghadapi situasi yang sangat menakutkan ini. Ya Allah! Berilah kekuatan kepada barisan hadapan ini dalam usaha membanteras Covid-19.
KKM juga tidak putus-putus menghantar bantuan pakar perubatan dan tenaga kerja yang diterbangkan dari Malaya untuk turut sama membantu di saat-saat getir seperti ini.
Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, Sabah.

Kelmarin, melalui Sabah Info, dapat khabar sedih dari Kota Kinabalu. Frontliners di Wad ICU, Hospital Queen Elizabeth II kini hampir lumpuh berikutan terdapat kakitangannya dijangkiti Covid-19 dan seramai 40 daripada 66 jururawat di wad tersebut terpaksa dikuarantin.

Sumber : Google

Di Tawau pula, pada pagi Jumaat 9 Oktober 2020, 7 PATI yang sedang menunggu keputusan swab test melarikan diri dari Pusat Tahanan Sementara. Mereka dikatakan sebahagian daripada 14 PATI yang cuba melarikan diri dari sebuah blok kuarantin sementara bagai tahanan yang sedang menunggu keputusan ujian Covid-19. PATI yang berjaya melarikan diri terdii daripada enam pendatang haram warga Filipina dan seorang warga Indonesia.

Sumber : Sabah Info

Kumpit kayu/Lansa dan Aktiviti Barter Trade yang kita suarakan bulan lepas akhirnya digantung serta merta! Kerajaan Negeri Sabah yang baru mengambil keputusan tersebut sebagai langkah mengawal penularan wabak COVID-19.
Hari ini, kita saling menuding jari mencari salah siapa berlakunya gelombang ke-3, namun punca sebenar adalah PATI yang menjadi pembawa COVID-19 masuk melalui jalan tikus (Punca Kluster terbesar - Kluster Benteng LD, dan Kluster laut).
Kebimbangan kita didengari! Satu kemenangan untuk rakyat Sabah, satu pemangkin semangat kepada Frontliners! Terima kasih kerajaan!
Sumber
- Notis Larangan Kemasukan Kapal Bukan Konvensional (Kumpit & Jongkong) Ke Perairan Negeri Sabah Dan Penggantungan Aktiviti Tukar Barangan Dan Transhipment


Sarapan pagi : Roti Nan dan roti pisang.


Pagi ini Abang Farid dan Fairuz gotong rorong cuci pakaian dan kemas rumah. Fuad hantar Encik Suami ke klinik. Kata Encik Suami kakinya bisul. Balik dari klinik, rupanya kakinya terkena jangkitan kuman. Lepas makan ubat,  bawa-bawa berehatlah. 

Fuad pula, sekembalinya dari klinik, terus mengikuti kelas online. Baru teringat! Hari ini hari Ahad. Kata Fuad: Inilah Johor. Ahad pun ada kelas.

Tak apalah anak-anak. Buatlah semampu yang boleh walaupun terpaksa belajar secara online. Terima kasih ringankan kerja Mommy hari ini. 

KITA JAGA KITA!

16 ulasan:

  1. sedapnya breakfast tu, semoga cepat2 pulih sabah!

    BalasPadam
  2. semporna jadi the little wuhan ? sedihnya kenyataan ni.. moga semua cepat sembuh huhuh

    BalasPadam
  3. Terkejut ada gelaran Little Wuhan pula.

    BalasPadam
  4. Syaz,
    pray for Sabah... pray for seluruh negara yang terjangkit covid.

    BalasPadam
  5. Atie,
    ye, betul... sudah digelar The Little Wuhan.

    BalasPadam
  6. NA,
    ye, semua terkejut... tapi itulah kenyataannya.

    BalasPadam
  7. Semoga cepat2 sembuh kes di Sabah ni. Ketua Menteri pun dah masuk wad Hospital Elizabeth positive Covid19.

    BalasPadam
  8. Amie take care ya!
    semakin hari semakin naik..kes ratus2 dah

    kita jaga kita. Patuh SOP.

    BalasPadam
  9. Allahuakbar. Tak dapat bayangkan keadaan di sana. Semoga semuanya terkawal dan kes makin menurun. Aaminnn

    Johor memang tak cuti hari ahad. Kadang balik kampung nak jumpa anak buah hari ahad, lupa dia sekolah.

    BalasPadam
  10. Tukang Kebun,
    makin kritikal dah sekarang... aduhai, negeri Selangor saya, KL & Putrajaya pun sudah diperintahkan PKPB mulai 14-27 Oktober ini.

    BalasPadam
  11. Shida,
    sama-sama KITA JAGA KITA.

    BalasPadam
  12. Warisan Petani,
    Aamiin ya Allah.

    BalasPadam
  13. Azhafizah,
    Mudah-mudahan... kita hanya mampu berusaha yang terbaik dan berdoa. Selebihnya hanya kepada Allah kita serahkan.

    BalasPadam
  14. bila tgk kat kg Bangun-Bangau ms dtg sn hari tu, no wonder ia cpt merebak. kawasannya agak padat... dkt pula dgn hospital...

    BalasPadam
  15. Dear Anies,
    betul tu... bila saya teringat semula bergerak dari jeti bangau-bangau ke Pulau Pom Pom, dan ke Pulau Timbun Mata, seram pulak rasanya.

    BalasPadam