Pages

Selasa, 13 Oktober 2020

Sarapan Pagi di Rasa Sayang Cafe Semporna : JF Chinese Muslim Corner

Hari itu, Isnin bersamaan 31 Ogos 2020 iaitu hari ulang tahun kemerdekaan negara kita yang ke 63. Kami daftar keluar hotel seawal pukul 7 pagi, tetapi kami meminta kebenaran menyimpan beg masing-masing di hotel tersebut, Champs Elysees. Kemudian kami bergerak menuju ke mana-mana restoran atau kafe yang berhampiran bandar Semporna. Kami 12 orang, sepakat untuk bersarapan di Rasa Sayang Cafe, sebuah restoran halal milik Puan Jamilah Ang.

Sebenarnya restoran tersebut belum dibuka! Puan Jamilah memberitahu mereka belum menyiapkan masakan, dan dijangka setengah jam kemudian barulah menerima pelanggan!

                       
Pintu restoran baru dibuka separuh, dan para pekerja sedang bersiap-siap memulakan tugas. Bagaimana pun kata Puan Jamilah, kami boleh saja bersarapan di sini tetapi hanya memesan apa yang ada di dapur restoran sahaja. Kami bersetuju, dan bukanlah kami tergesa-gesa pada pagi itu.

Banyak menu yang ditawarkan di sini. Kalau berkesempatan datang ke Semporna lagi, Amie akan singgah di sini sama ada untuk bersarapan, makan tengahari atau minum petang! Pemilik restoran sangat peramah!





Melihat susunan bungkusan nasi lemak, hati rasa lega kerana ada hidangan sarapan pagi yang boleh dinikmati! Ada juga beberapa jenis kuih.

Pelbagai jenis biskut turut dijual.


Amie dan Kam sarapan nasi lemak bungkus. Sebungkus nasi lemak berharga RM3.50 sen.
Kawan yang lain di meja masing-masing dengan pesanan sarapan mereka.
Tak boleh duduk dekat-dekat, kena patuhi SOP, jarakkan fizikal.

Akmi memilih roti panggang dan telur separuh masak.

Amie tambah dua ketul kuih.  Kuih angku dan kuih pasung. Seketul kuih berharga RM0.80 sen. 

Ini kuih kegemaran Kam.

Pelanggan masuk tak putus-putus walaupun restoran belum dibuka sepenuhnya! Dengarnya, mereka ini dari Malaya, dan akan ke pulau. Entah pulau apa tak tahulah, sebab banyak pulau yang boleh dikunjungi di daerah Semporna! 
Walaupun tak dapat merasa masakan di sini, tapi kami sangat puas hati dengan layanan yang diberi.

Selesai bersarapan kami berlegar-legar di hadapan Hotel Mutiara, menunggu grab datang. Pagi 31 Ogos 2020, mesti nampak semangat untuk menyambut ulang tahun kemerdekaan tanahair tercinta!

Tema kemerdekaan tahun 2020 : Malaysia Prihatin!

Akhirnya kami sampai ke Jeti Pelancongan Bangau-Bangau!
Aik? Ke jeti ini lagi? Bukankah kelmarin baru saja mendarat dati Pulau Pom Pom?

Pssstttt!
Pagi ini kami akan jelajah pulau lain pulak!

Keadaan di jeti tidak seperti kelmarin dulu yang lengang dan sunyi. Hari ini banyak pula bot bersusun di jeti. Orang ramai pula kelihatan penuh sesak! Betullah kata pem,andu grab malam tadi yang menghantar kami ke Scuba Tiger Holiday Resort, bahawa pekan Semporna penuh dengan orang ramai!


Kami segera menuju ke bot yang akan membawa kami belayar sekali lagi membelah laut Semporna!


Belayar ke pulau mana pula?

Ikut sajalah.... ahaks!

Jom mengalai (menari) di atas lepa-lepa, tarian Pakiring mengikut rentak lagu Bajau : Daling Daling.

14 ulasan:

  1. seronoknya bercut meronda pulau2 indah Semporna

    BalasPadam
    Balasan
    1. Paridah,
      banyak lagi pulau yang belum sempat diteroka.

      Padam
  2. nampak sedaplah pula nasi lemak tu...

    amboiiii sedondon sedondeng gituuu ;-)

    BalasPadam
  3. Classmate saya masa di uni pula Puan Jamilah..beliau dan keluarga ada resort di Pulau Mabul..Uncle Chang ,,😀

    BalasPadam
    Balasan
    1. Zahratul,
      Oo ya, pernah ke Pulau Mabul ikut pakej Uncle Chang dua tahun lepas.

      Padam
  4. ingatkan terus balik ld, rupanya teruskan meronda pulau ya kak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nasa Mulia,
      kasi panjang sikit kaki tu pigi memulau.

      Padam
  5. Nasi lemak bungkus tu nampak sedap :)

    BalasPadam
  6. Betull Iena..shida pun ter fokus pada Nasi Lemak tu..nmpak sdap :)

    BalasPadam
  7. Iena,
    lama tak makan nasi lemak bungkus.

    BalasPadam
  8. Shida,
    memang sedap, buat alas perut sebelum ke pulau.

    BalasPadam
  9. Sedap tu dapat menikmati sarapan nasi lemak bungkus daun pisang. Boleh tahan juga harga di sana. Takpe, janji perut terisi. Kuih pun ada bermacam-macam jenis dan ada yang tak pernah nampak macam kuih pasung tu. Seronok perut kenyang sambung jalan jalan pulau lagi.

    BalasPadam
  10. Azhafizah,
    awal sangat kami sampai kafe tu, agaknya kalau ikut waktunya banyak menu boleh dicuba.

    BalasPadam