Jom kita melawat ke Mushroom In Semporna. Mana tahu suatu hari nanti teringin bermalam di sini. Setelah kenyang menjamu selera di McDonalds, kami menaiki grab ke Lorong Avenur 3, Taman Sutera, Semporna. Sampai di pintu pagar Mushroom In, kami dikenakan sedikit bayaran sekiranya ingin bergambar. Tak berapa ingat, entah Rm2 atau RM3.
Inilah rupa penginapan bentuk cendawan!
Comel pulak rumah cendawan ini.
Di sebelah belakang sana, ada rumah cat hijau. Juga tempat penginapan.
Melihat-lihat apa yang ada di sekitar Mushromm In.
Kalau bawa anak kecil, tentu seronok mereka berada di sini.
Wokey.
Masa untuk beredar.
Grab yang ditempah tidak juga muncul tiba.
Agak lama juga kami menunggu, dari matahari mula tenggelam sehinggalah matahari betul-betul tenggelam... ahaks!
Akhirnya tiba juga grab yang dinanti.
Menurut pemandu grab, pekan Semporna pada hari ini penuh sesak dengan kedatangan pelancong dari Malaya! Lalu lintas tidak selancar di waktu pagi. Kenapa ramai sangat pelancong yang datang? Kata pemndu grab tadi, esok 31 Ogos, jadi ramai yang nak sambut merdeka di pulau-pulau!
Oh! Begitu kisahnya.
Pemandu grab turunkan kami di Scuba Tiger Semporna Holiday Resort.
Kami nak dinner di sini.
Malangnya, restoran tutup!
Jadi kami pun berjalan ke sebelah, ke Restoran Warisan Kampung Tampi-Tampi. Kononnya nak makan malam sambil menikmati bayu laut.
Seperti biasa, kalau dah sampai sini sudah tentulah nak makan berasaskan seafood. Kami order udang butter basah, sotong goreng telur masin, sayur campur, ketam masak kam heong, ikan putih masak sos dan tom yam campur.
Oleh kerana perut sudah penuh dengan bergelas-gelas air, jadi tak ada ruangan untuk menyimpan nasi serta lauk-pauknya! Amie jamah sedikit saja, sebagai syarat agar waktu malam perut tidak berkeroncong!
Comelnya bilik penginapan bentuk cendawan. Mesti ceria je kalau menginap di sini :)
BalasPadamUjie,
PadamAnak-anak kecil mesti suka ni.
cute nya chalet! berapa semalam ya?
BalasPadamSyaz,
Padamkami tanya, katanya RM250.00
Comelnya..kreatif ownernya..
BalasPadamCendawan itu mengingatkan kartun Smurf.
BalasPadamsuper mario tu! waaahhh kreative betul
BalasPadammemang cute lah kak cendawan tuh...
BalasPadamdana ingatkan dalam tu ada kot tanaman cendawan ke hapa heheheheh
alaa comel plak yang bentuk cendawan tuuu.. banyak tempat menarik kat sana.
BalasPadamsuka pula sy tgk rumah cendawan tu mcm dlm cite The Smurfs hehehe
BalasPadamNohas,
BalasPadamkan... tu pasal kami beriya nak datang tengok.
NA,
BalasPadamcomel jew kan.
Atie,
BalasPadamseronok dapat tengok benda kreatif ni.
Norhidana,
BalasPadamcendawan gergasi tu hihihii.
Wani,
BalasPadambetul tu, kalau rajin teroka memang akan jumpa macam-macam.
Dear Anies,
BalasPadamcomel jew kan.
Masa kami pergi Restoran Warisan tu tak banyak pilihan seafood dia macam jenis ikan dan shellfish. Mcdonald pun last pergi Semporna masih tengah furnishings. Tengok rumah cendawan teringat cerita smurf kartun zaman kanak-kanak ruang. La la la la la ada dendang dia.
BalasPadamTukang Kebun,
BalasPadammenu dan masakannya biasa-biasa saja di situ. Bestkan kartun smurf. Dulu tak byk cerita animasi macam sekarang.
Comelnya rumah cendawan. Tengok Mario tu teringat dulu zaman kanak kanak suka main game mario tu.
BalasPadamAzhafizah,
BalasPadamcomelkan... tu pasal kami nak sangat ke sini, nak tengok rupa sebenar!