Apa cerita hari ini? Kita harapkan menjelang hari baru, akan ada cerita yang baik-baik untuk dikongsi bersama. Ya, mudah-mudahan hari ini berlaku penurunan kes positif Covid-19 di Sabah. Kelmarin, Sabah mencatatkan kes tertinggi setakat ini dengan jumlah sebanyak 488 kes! Kluster demi kluster muncul, sampai dah tak boleh ingat apa namanya! Angka kematian pun tidak kurang surutnya. Di daerah kami, PKPD berkuatkuasa mulai 13 - 26 Oktober 2020 dan kawasan terbabit ialah di Taman Khazanah Indah dan PPR Mutiara Kasih.
Sumber : Google |
Pagi ini bangun awal, buatkan Encik Suami mee hoon sup untuk sarapan pagi. Nampaknya kakinya sakit disebabkan bisul di bawah lutut. Bawa-bawa berehatlah Encik Suami. Jangan banyak bergerak, nanti tambah sakit sebab bisul belum pecah. Syukurlah ada klinik yang sudi menerima kedatangan Encik Suami kelmarin. Sekarang ini banyak klinik tutup sebab tidak mahu ambil risiko jangkitan virus si Covid-19. Nak ke hospital pun, keadaan di sana sudah penuh sesak, dan sudah tentu mereka lebih utamakan kes wabak durjana ini.
Anak-anak bersarapan mee goreng.
Lepas sarapan, ajak Farid pergi pasar. Encik Suami suka makan sayuran hijau, jadi kenalah beli sayur sawi dan yang sewaktu dengannya. Farid pula memang setuju ikut ke pasar dengan syarat, dia tak mahu masuk bahagian gerai ikan dan ayam! Isshhh.... kenapalah Abang Farid ni, sampai macam begitu sekali. Dia sanggup bawa bungkusan sayur dan buah-buahan, serta telur tapi tak mahu pegang bungkusan ayam dan ikan!
Balik dari pasar, terpandang pokok-pokok bunga serta tanam-tanaman Encik Suami layu tak disiram! Kita pun ambil masa beberapa minit sapu halaman dan siram bunga. Kemudian kita ke belakang rumah. Ternampak buah anggur pulak. Oh! Sudah berbuah lagi rupanya.
Kalau tak selak daunnya, tak nampaklah buahnya sebab bukan banyak pun dalam gugusan. Adalah beberapa biji.
Tiba-tiba Firdaus yang mengekori kita dari belakang bertanya, kenapa buah anggur tak banyak macam dulu?
Kita jawab: Agaknya anggur merajuk sebab sudah tidak dipeduli.
Kata Firdaus: Ohhh! Pokok pun pandai merajukkah Mommy?
Bla... blaaa... blaaaaa... akhirnya terkeluarlah perkataan living thing.
Firdauskan ada belajar tentang living thing? Kita tanya.
Jawab Firdaus: Ada. Di sekolah tadika ada Daus belajar. Di sekolah rendah pun cikgu Sains ajar juga.
Kita sambung :Haaa... living thing tu, something that is alive and can grow.
Jawab Firdaus lagi : Ada Daus buat latihan Sains. Living things need food, water, and air.
Kita sahut : Pandai anak Mommy.
Tapi budak kecil ini tidak puas hati : Macamana pokok anggur boleh merajuk Mommy? Pokok anggur bukannya ada mulut boleh bercakap. Macamana dia mau bagi tau dia merajuk Mommy? Macamana Mommy tahu pokok anggur ni merajuk?
Aduhai.......
Jomlah dik, kita tengok pokok mangga udang.
Seminggu dua ini cuaca tidak menentu. Kadang hujan semalaman. Kadang lebat, kadang renya-renyai. Mungkinkah turut memberi kesan ke atas pokok mangga udang yang sedang mengeluarkan putik ini? Banyak jugalah putik mangga udang berguguran ke bumi.
Adalah juga yang selamat. Mungkin saiznya lebih besar, jadi dapat bertahan di tangkai.
Ada dua tandan kecil kelapa pandan, dan di belakangnya itu ada kelapa juga, entah kelapa mawar entah kelapa gading! Kita minta tukang buat air, belahkan kelapa pandan dan ambil isinya.
Epal bidara di depan rumah lebat berbuah. Sama halnya dengan mangga udang, sudah kelihatan buah-buah yang sedikit besar mulai buruk disebabkan terlalu banyak serap air. Memang beginilah keadaannya sekiranya berbuah di musim hujan! Banyak yang buruk dari yang elok.
Masuk dapur, Fairuz sudah sediakan setengah jug air kelapa pandan. Kita tanya, berapa biji adik belah kelapa? Katanya : Tak tau berapa biji. Bukannya banyak juga air kelapa dari satu biji.
Jom minum air kelapa pandan yang manis dan wangi! Fairuz campurkan isi kelapa muda...nyaman!
Inilah ceritaku hari ini.
Apa pula ceritamu rakan-rakan blogger?
Ceritanya risau dengan covid, dan sseluruh selangor dah start nak pkpb start 14hb, kluster tropicana pula hanya sebelah blok dengan tempat kediaman kami.
BalasPadamNasa,
Padamaduhai... Selangorku negeriku! Moga baik-baik saja hendaknya.
mangga klu potong then salut garam gula, sedap!
BalasPadamAtie,
Padamterus kecur liur membayangkannya.
Besarnya mangga udang tu Kak. Makan sebiji pun dah puas.
BalasPadamterliur tengok anggur
BalasPadamTukang Kebun,
BalasPadammemang jenis mangga besar tu.
Syaz,
BalasPadamseronok-seronok tanam anggur.
Covid makin mengancam nampaknya
BalasPadamSubhanaallah amie, seronok nya ada pokok anggur di rumah berbuah pulak tu, sini pun hujan petang-petang nak berkebun pun terbantut lagi ni :)
BalasPadamPutik mangga boleh buat gulai masak lemak campur daging atau ikan. Tak pon best buat kerabu hiris Dan campur kelapa yg macam buat urap..sedap...
BalasPadamKat sini mangga camtu lisut pun Jual..laku...
skrg kami tgh tggu keputusan HR sama ada kena dtg opis or wfh mulai esok...
BalasPadambesarnya manggaaaaa
Warisan Petani,
BalasPadamdia sudah masuk dalam komuniti Wak.
Ana,
BalasPadamagaknya dah nak masuk penghujung tahun, dah nak mula musim tengkujuh kot.
G,
BalasPadamterima kasih, kalau begitu taklah membazir putih mangga yang gugur, boleh kutip.
Dear Anies,
BalasPadamharap baik-baik sajalah ye.
Pertambahan angka makin merisaukan. Boleh stress tengok angka makin bertambah. Bijaknya firdaus tu, rajin ikut mommy dia. Dialah peneman kemana juga nampaknya.
BalasPadamSedap tu air kelapa dengan isinya sekali
Azhafizah,
BalasPadammudah-mudahan petang ini dapatlah khabar yang lebih baik tentang covid-19 tu.