Pages

Isnin, 14 September 2020

Jom Layan Selera Kampung!

Kelmarin hari Ahad, jalan-jalan ke Tawau kemudian patah balik ke Tawau Airport. Penerbangan Farid & Fuad dari KLIA pada pukul 12:25 dan dijangka mendarat di Tawau pada pukul 3:20 petang. Pukul 11 pagi kami sudah sampai Tawau. Perut rasa lapar sebab sarapan pagi hanya kuis-kuis sedikit mee hoon goreng saja. Kami singgah di : COMMUNITY CAFE untuk makan tengahari. Apabila ternampak menu ikan bolu goreng, kita pun tak fikir dua kali, tak toleh kiri kanan, terus pesan! Minta maaf ye rakan-rakan maya sebab kalau masuk dapur Amie, asyik cerita ikan bolu saja....ahaks! Jadi, kalau berkesempatan jalan-jalan ke Sabah bolehlah cuba makan ikan bolu @ boulu. Sebelum ini Amie pun dah beberapa kali kongsikan nama ikan bolu yang sewaktu dengannya:

Milkfish (Inggeris), Ikan Susu (Melayu, Ikan Bandeng (Indonesia) Bangos (Filipina) Bolu @ Boulu (Sabah).

Istimewanya, kali ini Amie makan nasi putih dengan ikan boulu goreng tanpa tulang yang rangup bersama keropok bawang, udang goreng, semangkuk sayur bayam dengan labu manis masak bening dan sambal cili padi! Memang betul-betul memenuhi selera kampung!

Sebelum itu kita jalan-jalan di Sekitar bandar Tawau dahulu.

Belanja gambar replika ikan layar pulak!
Memang Tawau sinonim dengan seafood yang segar dari laut!

Jom kita singgah makan tengahari di Community Cafe yang terletak tidak jauh dari Secret Recipe, di Jalan Bantu, Bandar Tawau. Restoran ini terletak di tepi jalan, dan bangunannya berwarna kuning.


Harga yang ditawarkan di sini memang mampu bayar, dan hidangannya pun cepat sampai, segar, sedap dan mengenyangkan!

Set nasi bersama ikan bolu crispy hanya berharga RM9.90 sahaja (RM10.00), manakala set nasi dengan ikan bolu bakar pula berharga RM15.00.


Sedut dulu perlahan-lahan jus epal hijau sementara menunggu hidangan tiba di meja.


Jom makan!
Ratah ikan bolu goreng tu yang paling syiok orang Sabah bilang...ahaks!



Sayur bening bayam dengan labu manis tu memang mengancam selera! Sesuai sangat digandingkan dengan ikan goreng dan sambal cili padi. Encik Suami kata memang pedas sungguh sambalnya tapi sedap! Berpeluh-peluhlah kami menikmati hidangan nasi panas, dengan ikan yang masih panas serta sayur bening yang sungguh enak, ditambah pula dengan kepedasan sambal cili padi! 

Ini set ikan bolu bakar.

Perencah ikan bolu bakar ini pun rasanya sangat sedap!

Tomyam Raja Udang ini pun sodap!
Selepas makan kami jalan-jalan ke Pasar Tanjung. Beli apa yang patut sampai penuh bonet kereta... hiks! Oleh kerana masih ada masa lagi untuk sampai ke Tawau Airport sebelum menjelang 3:20 petang, kami pun singgah ke sebuah restoran untuk basahkan tekak. Pukul 3  di Sabah kira dah petanglah sebab waktu Asar di LD pada pukul 3:07 minit.
Di sinilah tempat kami singgah : RESTORAN IKAN GORENG TNT sebaris dengan Community Cafe dan terletak di bahagian paling hujung.

Basahkan tekak dengan air kelapa pandan yang sejuk.

Makan kuih barongko yang sedap dan sejuk dari peti ais.

Dan ubi kayu goreng cecah sambal.

Kami sempat mencicipi seekor sotong goreng tepung yang enak  di sini. Lain kali boleh singgah lagi untuk menikmati hidangan lain yang nampak segar belaka seperti ikan, udang dan sebagainya. Selepas itu kami bergerak ke Tawau Airport untuk menyambut kepulangan anak-anak bujang kami.

3 ulasan:

  1. teringin betul makan ikan boulu tu, mesti sedap betul sebab akak selalu cerita...
    dana lagi tergoda dengan ikan boulu goreng nampak sedap betul rupa garingnya tu kak oi... bestnya semua nampak fresh je harga pun berpatutan

    BalasPadam
  2. Hehehe sampai saya pun teringin nak makan ikan boulu goreng juga.

    BalasPadam
  3. Pergi ke Sabah memang nak try ikan bolu. Tengok akak amie asyik makan ikan bolu je. Betul betul sedap tu nampaknya. Bolehlah kat mana-mana restaurant yang pernah kak amie makan :)

    BalasPadam