Pages

Sabtu, 12 September 2020

Jalan-Jalan Cari Makan di Western Art Food Lahad Datu

Shared joy is double joy, shared sorrow is half sorrow. Orang kata kalau kita kongsi kegembiraan, perasan itu akan menjadi berganda, dan kalau kita kongsi kesedihan, maka akan berkuranglah separuh dari kesedihan kita!

Hari ini sempat keluar bersama rakan-rakan sekerja untuk menikmati hidangan di Western Art Food by Chef Rizal di I Peak Lahad Datu. Dapatlah bertemu dan bergembira buat seketika setelah rasa lelah menghadapi rutin tugasan di tempat kerja sampai tak sempat untuk bercerita dan duduk semeja makan bersama!

Pelbagai menu western yang ditawarkan di sini. Kami merupakan pengunjung terawal pada pagi ini. Restoran dibuka pada pukul 11 pagi sehingga 11 malam. Kam ambil Amie di rumah, dan ada sedikit kesesakan jalan raya sebab hari ini hari penamaan calon di LD. Kami tiba di Western Art Food pada pukul 11:06 pagi, dan pintu restoran baru dibuka separuh. Teman-teman yang lain belum tiba.

Ada di antara kami yang pernah makan di sini, tapi ini merupakan kali pertama sebahagian besar daripada kami yang berkesempatan untuk mencuba menu western yang diviralkan di FB : WESTERN ART FOOD LD.


Tidak lama kemudian sampailah Jus dan Kemi.

Masing-masing sibuk memilih menu yang disukai. Dar, Sue, Nano dan Kavy belum sampai. Maklumlah masing-masing dari tempat yang berbeza, ada yang jauh dan ada yang dekat dengan restoran ini.


Minuman avocado kegemaran Kam sudah tiba di meja.

Diikuti dengan jus tembikai. Huurrmmm... sebenarnya teringat-ingat jus tembikai Nano 2 hari lepas sewaktu kami makan tengahari di SR sempena ulang tahun Jus.

Antara menu yang kami pesan : Ini Kam punya.

Chicken Chop dengan Pasta.

Ini Amie punya, grill lamb burger.

Nano dengan Chicken Chop Nasi Goreng.

Chicken Chop Pasta Bolognese kegemaran Kavvy.




Fish and Chips, Sue punya.

Masing-masing nak cuba cendol! Lama tak menyendol!

Selamat menikmati hidangan tengahari dengan menu kegemaran masing-masing!

Bismillah.


Kenyang makan dan kenyang minum! Semuanya sedap dengan sos yang melimpah!
Alhamdulillah.

Lain kali boleh datang lagi untukcuba menu yang lain pula.
Moga Western Art Food by Chef  Rizal terus maju.

6 ulasan:

  1. nasib saya tgh tgk gambaq makanan ni tp perut dah kenyang..kalau dak keroncong jdnya..menu western..ermm yummies kak amie..

    BalasPadam
  2. Makanan dihiasi dengan bunga telang lagi nampak menarik persembahannya..menu pun semua menyelerakan..

    BalasPadam
  3. bkn main besar lagi jug utk hidang air tu

    BalasPadam
  4. Cantik cafe ni. Food platting dia pun menarik.

    BalasPadam