Kata orang kayangan, Covid-19 di daerah kami terkawal. Katanya lagi hanya banduan yang terlibat, dan orang awam selamat. Banduan itu ada hubungannya dengan polis dan pegawai penjara. Polis itu dan pegawai penjara itu ada anak yang bersekolah, ada isteri yang menjadi guru, dan tinggal bersama keluarga. Apabila murid-murid positif Covid-19, keadaan pun masih terkawal juga, katanyalah. Bagaimana boleh begitu cepat merebaknya Covid-19 ke sekolah? Terfikir tak Covid-19 pun ikut ke sekolah naik bas sekolah. Anak-anak murid menderita kena cucuk hidung, guru stress dan ketakuan bukan sahaja terpaksa suakan hidung untuk dicucuk, tetapi juga setiap hari asyik terpandang-pandang Covid-19 yang sedang melambai-lambai kami setiap saat di pintu pagar sekolah. Hari demi hari, minggu demi minggu kami hanya mampu mengikuti perkembangan kemunculan kluster-kluster baharu!
Setelah rayuan demi rayuan dilaksanakan lockdown di zon merah tidak dipedulikan, setelah kami menunaikan hak dan tanggungjawab mengundi dalam PRN dalam ketakutan jangkitan Covid-19 pada 26 September 2020 lalu, setelah berpuluh-puluh guru dan anak murid di daerah kami positif Covid-19, setelah Covid-19 dibawa ke merata negeri di Malaya oleh pengembara yang baru pulang dari Sabah, dan setelah diumumkan Ketua Menteri baharu , (dalam penantian ini kami sudah tidak peduli dari parti mana yang akan diangkat menjadi Ketua Menteri, kerana kami sedang tercungap-cungap!) akhirya:
MENGENAI PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DIPERKETATKAN BERSASAR (PKPDB) SECARA PENTADBIRAN DI DAERAH LAHAD DATU, TAWAU, KUNAK DAN SEMPORNA.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesahkan terdapat 1,195 kes positif jangkitan COVID-19 di daerah Lahad Datu, Tawau, Kunak dan Semporna dalam tempoh 1 hingga 27 September 2020.
Daripada jumlah itu Lahad Datu merekodkan 241 kes, Tawau (634 kes), Kunak (65 kes) dan Semporna (255 kes).
Mengambil kira jumlah kes tersebut, kerajaan atas nasihat Menteri Kesihatan telah memutuskan untuk melaksanakan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) secara pentadbiran di kawasan-kawasan ini.
PKPDB secara pentadbiran ini akan berkuatkuasa mulai 12.01 tengah malam ini, 29 September 2020 sehingga 12 Oktober 2020 dan akan melibatkan seramai 962,661 orang penduduk.
Pelaksanaan PKPDB ini bagi membendung jangkitan dan penularan COVID-19 dalam daerah tersebut serta membolehkan aktiviti pengesanan kes secara bersasar dilaksanakan sepanjang tempoh 14 hari.
Dengan pelaksanaan perintah ini :
•Semua penduduk tidak dibenarkan keluar dari kawasan PKPDB sepanjang tempoh perintah dikuatkuasakan.
•Bukan penduduk dan pelawat tidak dibenarkan masuk ke empat daerah terlibat sepanjang tempoh perintah dikuatkuasakan.
•Semua aktiviti perniagaan dihentikan kecuali premis barangan keperluan dan perkhidmatan (essentials) di empat daerah terlibat.
•Pengkalan Perubatan (Medical Base) akan dibuka di kawasan PKPDB.
•Semua laluan keluar masuk kawasan PKPDB ditutup.
Bagi memastikan pematuhan perintah ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Pihak Berkuasa Tempatan dan pegawai yang diberi kuasa, akan mengawal seluruh kawasan terlibat.
Bagi pelaksanaan perintah ini, semua penduduk diminta untuk bertenang dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada petugas-petugas dari KKM serta mematuhi semua arahan pihak berkuasa.
Penduduk yang memerlukan bantuan atau mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian khas Ibu Pejabat Polis Daerah seperti berikut :
Lahad Datu : 089-881255
Tawau : 089-752222
Kunak : 089-851222
Semporna : 089-782020
YB DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB
Menteri Kanan (Keselamatan)
Menteri Pertahanan Malaysia
28 September 2020
Kelmarin, 17 orang guru di sekolah Fairuz disahkan positif Covid-19 termasuk guru kelasnya. 3 orang murid di sekolah Firdaus juga disahkan positif. Pada kami, sudah tidak perlu rahsia dan sembunyikan siapa yang terkena jangkitan wabak merbahaya ini, kerana sudah tidak terkira banyaknya penduduk Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau yang menjadi mangsa. Apa yang penting, apabila kami tahu mangsanya, kami sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku. Alasan tidak dihebahkan kerana akan panik sudah tidak rasional. Virus itu kita tak nampak! Kalau kita tidak tahu perjalanan virus itu, bagaimana kita hendak bertindak seterusnya?
Pengumuman PKPDB ini kelihatannya sudah terlambat! Tapi syukurlah dilaksanakan juga. Kita usaha banteras wabak jahat ini seberapa daya.
Mohon doakan kami rakyat marhaen ini selamat di zon merah Lahad Datu - Kunak - Semporna - Tawau.
Apapun nanti jaga diri. Memang tinggi kes di Sabah.
BalasPadamsemoga keadaan terkawal di sana...sama2 kita jaga diri..semoga Allah lindungi kita semua..amiin..
BalasPadamsemoga sama2 dapat mengawal penularan Covid 19 ni. stay safe yea
BalasPadamTadi petang bila tau berita ni, terus teringat kat Amie.
BalasPadamSampai hati sungguh pemimpin gadaikan nyawa rakyat demi berebut jawatan.
KKM mesti dah bagi nasihat awal lagi, tapi pemimpin tak ambil peduli.
Harap2 wabak ini dapat dikawal terutama di Sabah
BalasPadamðŸ˜
BalasPadamSemoga selamat semuanya...dan semoga virus terkawal
BalasPadamkami di Semenanjung turut risau
Semoga akk dengan keluarga selamat daripada covit jahat itu, saya juga terpaksa merelakan hidung di cucuk dan berkuarantin sekarang.
BalasPadamNA,
BalasPadamya... pengalaman PKP yang lalu membuatkan kami lebih berhati-hati walaupun perintah sudah terlewat!
Nohas,
BalasPadamitulah yang kita harapkan walaupun sekarang ini sudah mencanak naik bilangan kes dari hari ke hari.
Shirvem,
BalasPadamya kita jaga kita, mudah-mudahan covid cepat berlalu.
Ujie,
BalasPadamsekarang wabak sudah merebak ke Malaya, orang kata terlajak perahu boleh diundur, terlajak bawa wabak, merebaklah jadinya. Moga akan segera berakhir.
Warisan Petani,
BalasPadammudah-mudahan Wak, cuma sekarang wabak sudah merata di Malaya.
Siti Nadira,
BalasPadammudah-mudahan di Malaya, wabak ini dapat dikawal dengan cepat, jangan lambat seperti keadaan di Sabah, akhirnya terus tak terkawal!
Nasa Mulia,
BalasPadamkena banyak bersabar dan berdoa moga covid cepat hilang.
Kelmarin Firdaus swab test hidung untuk kali kedua. Masih lagi pakai gelang tangan.
Risau kes baru dan kluster makin banyak. semoga semuanya akan kembali pulih dan terkawal. stay safe kak amie di sana.
BalasPadamAshafizah,
PadamDari sehari ke sehari kes bertambah, muncul kluster pelbagai nama.... Kita jaga kita ya!