Farid dan Fuad berbelah bahagi memilih tarikh untuk terbang pulang ke Malaya. Akhirnya terpaksa menjalani PKPD Secara Pentadbiran bermulai pada pukul 12.01 malam ini bersamaan 29 September 2020 sehingga 12 Oktober 2020. Fairuz (mula kuarantin pada 17 September 2020), Firdaus (mula kuarantin pada 19 September 2020 selepas menjalani swab test, dan seminggu lebih awal (mulai 12 September 2020) Amie sudah 'cutikan' dari sekolah), kini kedua-duanya menyambung PKPD Secara Pentadbiran juga. Amie tidak terkecuali, juga sambung PKPD Secara Pentadbiran setelah menjalani kuarantin diri sejak 19 September.
Apabila semua berkumpul di rumah, banyaklah kisahnya yang hendak dikongsi terutamanya cerita dari dapur. Merasalah juga kita berehat dari bersilat di dapur walaupun bukan sepanjang hari.
Biasanya waktu sarapan pagi, Amie yang sediakan.
Farid paling awal muncul di dapur, membantu mana yang patut. Menyiapkan meja dan membancuh minuman panas.
Anak-anak suka makan mee hoon tapi tak berani goreng! Amie juga yang masuk dapur!
Kalau goreng telur memang anak-anak ringan tulang!
Ini hasil masakan Fairuz.
Dia masak sardin dalam tin.
Farid kata, sedap adik Fairuz masak sardin.
Katanya lagi, di rumah sewanya kalau dia masak sardin tak sesedap masakan Mommy!
Inilah rupa hasil masakan sayur bujang Fairuz! Dia campur sawi pahit dengan sosej. Lepas itu dia bubuh kicap pula!
Telur dadar ini menjadi lauk penyelamat dan juga lauk tambahan.
Farid pun tidak ketinggalan masuk dapur. Memang dia suka mengemas dapur dan cuci pinggan mangkuk, tetapi sesekali rajin juga masak. Dapatlah kami merasa spaghetti angel hair hasil air tangannya.
Ada satu hari, ketiga-tiga bujang kami masuk dapur. Katanya nak masak butter chicken. Kedengaranlah sibuknya Abang Farid mengarahkan adik-adiknya Fuad dan Fairuz sediakan itu dan ini. Cari daun kari, goreng ayam dan sebagainya. Setelah butter chicken di hidang atas meja, ketiga-tiganya dengan rendah diri berkata : Maaflah kalau butter chicken ni tak sedap ...ahaks!
Nampaknya memang beginilah gaya masakan sayur Fairuz. Dia suka tambah kicap!
Berkali-kali Fuad dan Farid sebut nak makan nasi kuning! Rindu nasi kuning. Jadi, kita pun turun ke dapur masakkan nasi kuning berlauk sambal ikan serta telur rebus untuk anak-anak. Dah makan nasi kuning, anak-anak kata : Esok Mommy masaklah nasi lemak pulak!
Bila asyik berkuarantin di rumah, lambatlah pula anak-anak turun ke dapur untuk sarapan pagi. Kadang-kadang bersama Encik Suami, kami sembang di dapur sambil menyudu oat dan juga cecah biskut ke dalam minuman.
Kalau rajin, rebus telur setengah masak.Sesekali, kami menikmati aroma durian dari minuman Musang King Durian White Coffee yang kami beli di Tenom Ogos lalu. Inilah rupa serbuk kopi durian musang king itu.
Teringin makan petai goreng dengan sambal bawang. Jadi, kita pun masuklah dapur juga. Kali ini tak mahu masak ayam. Jadi Amie keluarkan ikan.
Selera anak-anak dan selera kami agak berbeza. Anak-anak memang hanya sukakan ayam berbanding ikan. Hanya Fairuz seorang yang sudi bersihkan ikan dan masak ikan. Fuad hanya sanggup masak ikan setelah dibersihkan. Farid pula akan mengerutkan muka apabila terdengar perkataan 'ikan'! Bagaimanapun apabila ikan sudah masak tersedia di atas meja makan, kalau masakannya menepati selera memang cepatlah habisnya!
Sudah tahu selera anak-anak, jadi gorengkanlah beberapa ekor ikan, sebab kita nak makan ikan susu @ bolu masak asam rebus.
Dalam rasa tak suka makan ikan bolu rebus begini, akhirnya Firdaus pun makan sepotong! Begitu juga dengan abang-abangnya yang lain.
Encik Suami suka makan mee kering goreng seperti gambar di atas.
Anak-anak pula lebih sukakan mee hoon goreng.
Layankan sajalah selera kedua-duanya!
Menu begini biasanya untuk hidangan sarapan pagi.
Jadi, kitalah juga yang akan ke dapur kelentang kelentung seorang diri!
Fairuz, tukang sediakan jus buah!
Letak dua bekas waktu tengahari, menjelang petang licin!
Kita pula suka sediakan air detoks paling segar di dunia dengan campuran hirisan timun, lemon dan daun pudina. Yang ini anak-anak tak sentuh.
Terima kasih Fairuz sebab rajin sediakan minuman, dan paling sedap sudah tentulah air minuman koktel! kalau minum begini terasa seperti sedang berbuka puasa!
Ini resepi ayam goreng rendam susu. Amie cadangkan anak-anak olah ikut resepi dari blog Norhidana di sini:
RESEPI AYAM GORENG RENDAM SUSU Hasilnya berbeza sedikit dengan ayam goreng air tangan Dana sebab ada beberapa bahan yang diubahsuai. Selain rendam ayam dengan susu, kami tambahkan yogurt. Oleh kerana tidak ada simpanan tepung bestari, Amie cadangkan gunakan saja tepung jagung dengan sedikit tepung gandum.Setelah digoreng, nampaklah ayam yang gemuk-gemuk persis Fuad dan Fairuz... ahaks!
Melihat sayur bening begini, memang air tangan Amielah ini.
Ada satu hari, Farid selsema. Jadi Amie masakkan sup ayam. Bubuh halia dan lada putih. Amie katakan padanya, cuba hirup sup ayam yang Mommy masak, nanti keluar peluh. Keluarlah toksid dalam badan. Farid akur. Alhamdulillah, sehari dua ini tidak terdengar dia bersin atau mengesat hingus.
Ini yong tau foo ala-ala koboi!
Amie buatkan untuk anak-anak yang sukakannya!
Kadang-kadang anak-anak bujang rasa lapar menjelang malam. Kalau ada roti dan bahan-bahan yang lain, kami sama-sama buat sandwich. Koboi-koboi juga ni!
Burger ayam Pak Ramly ini hasil kerja Farid dan Fairuz.
Roti pharata pun anak-anak suka makan juga.
Bukan susah nak sediakan. Panaskan kuali, dan buka bungkusan roti pharata. biarkan hingga garing.
Boleh cecah dengan sambal sardin.
Dan juga kuah dhal. Sebenarnya bukan kacang dhal yang digunakan, tetapi kacang hijau. Saja jew buat begini, tak perlu masak sampai hancur sebab nak kunyah kacang hijau!
Di sebelah pinggan roti pharata itu, air halia panas.
Ini hasil masakan Fuad. Selalu sangat tanya macamana nak masak kari ayam yang Mommy selalu buat. Yang bubuh tomato. Yang kuah pekat. Kelmarin dia belajar bersungguh-sungguh untuk sediakan kari ayam. Sebelum ini Farid komen masakan Fuad di rumah sewanya di Perak : Rasa macam ayam masak tomato! Tetapi kelmarin, Farid kata: Sedapnya!
Beberapa hari lepas Encik Suami menyuarakan keinginan untuk makan nasi dagang. Pagi-pagi lagi sudah turun ke pasar dan membawa pulang 4 ekor ikan tongkol seberat 2 kilogram. Nampak sungguh Encik Suami nak makan nasi dagang! Jadi, Amie pun turun ke dapur.
Walaupun lebih sukakan ayam, tapi apabila dihidang nasi dagang gulai ikan tongkol, bersih licin satu kuali dikerjakan anak-anak!
Telatah anak anak Dan analysis ibu.
BalasPadamSayur sawi pahit sedap just asam rebus rencah ikan bilis Dan bawang merah.
Sedap. Ada ikan goreng stay ikan masin.
Pkpd pentadbiran Tu maksud apa ya?
🙏
baru jam 10.40 tapi perut dana dah berbunyi2 kak, berkeroncong lagu rock apa lah tu dek kerana nengok semua masakan akak
BalasPadamberuntung akak, walaupun anak semua lelaki tapi rajin turun ke dapur...
boleh memasak kira bonus juga tuh kan...
masakan akak pun semua memang nampak menyelerakan...
bestnya nengoknya kak.
geram nengok air buah dan air detoks akak tu
Meriahnya, macam-macam makanan. Sedap-sedap belaka nampaknya tu 😍
BalasPadamSemua masakan terlihat enak sedap....rupanya Ibu Ami seperti saye di bloger mulai tahun 2010
BalasPadamok succes selalu Ibu Ami.....
G,
BalasPadamPKPD Pentadbiran itu maksudnya Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Secara Pentadbiran.
Norhidana,
BalasPadamselera anak-anak lebih kepada masakan semasa, maklumlah bukan membesar dikelilingi dengan makanan tradisional. Syukurlah, ada juga yang rajin turun ke dapur sesekali gantikan ibunya. Kita pun dah bosan makan masakan sendiri...ahaks!
Puan Hazel,
BalasPadamterima kasih, jemput.
Detetea,
BalasPadambenar Pak. Dulu kita seangkatan dalam dunia blogging.
Seronoknya anak anak bujang pun rajin memasak tolong. okaylah tu kak style masing-masing masak. semua menu pun menyelerakan.
BalasPadamAshafizah,
PadamDapatlah mommy dia luruskan pinggang dan kaki sekejap hihihiii.