Jumpa lagi dalam coretan kenangan di Kampung Dumpiring Atas. Hari ini, 1 Ogos 2020 bersamaan pagi Sabtu kami sempat menikmati sarapan di Nulu Dumpiring Homestay. Amie masak nasi lemak menggunakan beras wangi kampung. Anak-anak bujang sediakan minuman teh panas dan pinggan di atas meja. Lepas makan, kerja mereka sudah tentulah cuci pinggan. Terdengar beberapa kali keluhan Fuad dan Fairuz apabila tiba giliran mencuci pinggan mangkuk. Katanya, air di sini pelik sedikit. Pinggan tidak bersih walaupun gunakan banyak sabun. Sebenarnya air di sini bukan tidak bersih, tetapi sejuk! Apabila air sejuk bertemu dengan pinggan berminyak, sudah tentulah agak sukar nak bagi pinggan terus licin seperti sediakala!
Hidangan nasi lemak sedang menunggu untuk dijamah!
Sewaktu memasak nasi lemak di dapur, terdengar panggilan Firdaus dari halaman. Katanya sudah tidak ada kabus yang menutup puncak Gunung Kinabalu. Kita pun ambil gambar dari tingkap cermin dapur.
Rupa bentuk Gunung Kinabalu di pagi hari ketika tidak diselimuti kabus.
wah..menarik
BalasPadamBestnya dapat bersantai bersama keluarga ditempat yg nyaman dan dingin.
BalasPadamPuncak gunung Kinabalu dah berbeza dr dulu since gempa bumi tu kan.
BalasPadamSelain cuaca sejuk di pagi hari, sejuk juga mata memandang keindahan alam. cantik sungguh haihh tempat ni. boleh letak dalam wishlist cuti cuti di sabah.
BalasPadamwaduh tenguk hidangan nasi lemak amie bikin perut kita bergendang sayang lah pulak. makan kat tempat sejuk emmm mesti menambah-nambah lauknya. Sedapnya dan bestnya cuti di kundasang. Bila lah dapat jelajah bumi sabah ni. Insya Allah mudahan ada rezeki saya.
BalasPadamview cantik makanan sedap...fuhhhh nikmat Tuhan mana yang hendak didustakan.... alhamdulillah...
BalasPadamIt is best to eat with our family and friends in a comfortable and cool place. This place is looking so beautiful. can be a holiday wishlist in sabah.
BalasPadamWe've recently launched the site roferro.com; Roferro Crunchy Cornflakes is a healthy balanced breakfast with lot of nutrition benefits.
We noticed that you have lots of delicious recipes on your blog and would like to suggest you have a look at our site: https://roferro.com/
If you have any questions, don’t hesitate to contact us on digital@roferro.com . Hopefully your food blog will be up there in the top!
Warm regards,
Jyoshna