Pages

Selasa, 4 Ogos 2020

Sarapan Nasi Goreng di Pagi Aidil Adha

Kami merancang untuk bercuti santai-santai sahaja selama 3 malam bersama anak-anak di Kundasang, menikmati kedinginan dan keindahan sekitar di kaki Gunung Kinabalu. Tidak ada rancangan untuk berjalan ke sana ke mari atau melawat kawasan tertentu. Oleh kerana ada kemudahan dapur di homestay jadi kami membawa serba sedikit bahan asas untuk memasak. Kalau ada yang kurang, kami akan beli di pasar raya berhampiran. Sayur-sayuran pula, sudah tentulah tak cukup mata untuk memilihnya di sepanjang gerai di Pekan Kundasang! Nak masak untuk sarapan, makan tengahari, minum petang dan makan malam memang tidak jadi masalah. Yang penting jika ada keinginan semuanya menjadi!



Encik Suami ajak anak-anak tunaikan solat sunat Aidil Adha di Masjid Pekan Kundasang yang terletak berhampiran jalan raya utama. Perjalanan dari homestay kami hanya memakan masa di antara 3 hingga 4 minit sahaja. Oleh kerana homestay kami terletak di atas bukit, jadi kena berhati-hati ketika memandu naik atau menuruni bukit yang curam.

Pemandangan di pagi Aidil Adha. Gunung Kinabalu yang tersergam di hadapan homestay kami masih berselimut kabus di bahagian puncaknya. Rasa sejuk sangat!

Kononnya ingin sediakan sarapan pagi, tapi bila memikirkan makanan akan menjadi sejuk sebelum Encik Suami pulang dari masjid, hasrat itu diurungkan seketika.

Tangkap gambar buah markisa yang bergantungan di pokok.


Dari semalam Firdaus tidak mahu menukar baju. Tidur malam pun tidak mahu berselimut walaupun sejuknya mencucuk tulang!

Homestay kami di kawasan kampung, jadi pagi-pagi lagi memang terdengar bunyi kokokan ayam. Firdaus bukan main seronok dapat mengejar ayam kampung!

Banyak kali ditegur supaya duduk elok-elok dalam bilik, tetapi perasaan ingin tahu persektiran di situ membuatkan kakinya terus melangkah ke sana dan ke mari. Tidak lama kemudian terdengar Firdaus bersembang dengan tuan rumah. Dari celah tingkap dapur kelihatan tuan rumah melayan Firdaus menggunakan treadmill yang terletak di hadapan rumahnya. 

Tidak lama kemudian Firdaus berlari pulang dan duduk di atas tangga lalu menarik bajunya menutup kepala. Katanya : Sejuk!

Ketika ini sudah mula kedengaran takbir hari raya dari masjid. 
Eloklah masuk ke dapur  untuk masak apa yang patut.

Sebenarnya sejak malam tadi sudah terbayang di kepala susunan sandwich inci corned beef dan bubur nasi!


Corned beef sudah ditumis bersama bawang Holland dan capsicum.
Melihat ada lebihan nasi baki makan malam tadi, tiba-tiba rasa nak goreng pula!

Amie tambahkan jagung, lobak merah, cendawan, capsicum merah dan hijau, serta telur.

Oleh kerana nasi beras Bario memang sedap, jadi rasa tak sabar pula untuk menjamah nasi goreng ini!

Tambahkan ikan bilis goreng dalam nasi goreng!
Dah siap masak nasi goreng, telinga terdengar Firdaus sedang bercakap-cakap. 
Rupanya sedang bersembang dengan kucing!




Budak yang kebal dengan sejuk ini masih terus bermain dengan kucing di hadapan pintu dapur.
Amie masuk semula ke dalam dapur.

Sekarang sandwich inti corned beef sudah siap untuk dihidangkan.

Ini pula bahan-bahan untuk dimakan bersama bubur nasi.
Ada telur masin dan egg century.

Sayup-sayup terdengar khutbah dari arah masjid.
Tidak lama lagi jemaah akan bersurai.
Eloklah mula sediakan hidangan sarapan kami.

Tidak ada ketupat dan rendang!

Juadah di pagi Aidil Adha kami:
Nasi goreng.
Bubur nasi berlauk.
Sandwich.
Jagung rebus.
Keledek rebus.
Air teh kosong.


Encik Suami terkejut sebaik sahaja pulang dari masjid.
Katanya: Banyaknya sarapan pagi! Bila masanya masak semuanya ini?

Menu awal yang dirancang hanyalah sandwich dan bubur nasi sahaja, tetapi bertambah menjadi banyak jenis pula.

Jom nikmati juadah di padi Aidil Adha.




Kata Encik Suami, kalau nak jalan-jalan eloklah selepas solat Jumaat. Fuad dan Fairuz pula lebih suka memerap dalam bilik! Jadi, kalau kami keluar nanti tak perlulah fikirkan perut mereka lagi sebab baki sarapan pagi pun masih banyak. Boleh panaskan semula kalau ingin makan.

Sekian.
Catatan hari kedua, dan pagi pertama berada di Kampung Dumpiring Atas, Kundasang.

Kabus tebal masih juga mengusap puncak Gunung Kinabalu.
Suhu dingin semakin berkurang, dan kehangatan pancaran matahari makin terasa!

8 ulasan:

  1. LAin dari yang lain hidangan pagi rayanye... tapi klau di kundasang tu semua macam sedap je di makan, sejukkan jadi cepat lapar.

    BalasPadam
  2. Masya Allah Amie...lokasi yang menarik dan juadah yang menyelerakan!
    Rindunya nak ke Kundasang lagi.

    BalasPadam
  3. Dapnya sarapan. Bekas makanan warna kuning tu cantik lah mana beli ya.

    BalasPadam
  4. Cantiknya hidangan pagi raya.. Set pinggan dibawa dari rumah ke? 😍😍😍

    BalasPadam
  5. Warisan Petani,
    jemput Wak.

    Nasa Mulia,
    betul tu... buka mata asyik nak cari makanan saja.... ahaks!

    BalasPadam
  6. Uji,
    Marilah ke sini. Kundasang yang kami baru kunjungi sangat sesak dengan deretan kenderaan, traffik jam!

    Notie,
    Tupperware tu... koleksi lama saya.

    Hakak Sepit,
    ya, bawa dari rumah.

    BalasPadam
  7. Tersusun cantik hidangan pagi raya. Best betul tengok view cantik macam ni. dengan pakej sejuk sekali. seronoknya.

    BalasPadam