Menjelang tengahari membawa ke petang, matahari menebarkan kepanasannya! Namun puncak Gunung Kinabalu masih diselubungi kabus. Oleh kerana Fairuz dan Fuad masih ingin berehat di bilik, hanya Amie, Encik Suami dan Firdaus sahaja yang keluar jalan-jalan. Jalan-jalan ke mana tu?
Mula-mula melihat-lihat gerai buah-buahan di Pekan Kundasang, dan kemudian terus ke Ranau. Kononnya ingin berkunjung ke Ladang Teh. Menjelang petang, kami pulang semula ke homestay, dan sempat sediakan minum petang dengan hidangan durian goreng.
Sambil menjamu mata menikmati durian goreng, jom kita jalan-jalan sama ke gerai buah-buahan di Pekan Kundasang.
Kena pakai topi untuk lindung kepala dari panas terik.
Fuad dan Fairuz berebut nak tangkap gambar, sampai kami tak tahu nak pandang arah mana...hiks!
Walaupun Hari Raya Aidil Adha, tetapi banyak juga gerai yang dibuka.
Buah avocado.... ini semua orang kenal.
Buah kungkurad atau buah lemak manis.
Buah cinta.
Buah mentega atau epal baldu atau velvet apple.
Buah tarap.
Sekarang bukan musim strawberry. Menurut penjual buah di sini harga 1 kilogram strawberry mencecah RM100. Tak sampai hati pula nak beli 4 biji bersama coklat dengan harga RM20. Tapi disebabkan Firdaus asyik merengek, kami belikan juga.
Tidak banyak longgokan durian di sini. Musim durian di Sabah bermula setelah penghujung musim durian di Malaya. Kalau nak makan durian terutamanya durian dari Ranau, boleh singgah di gerai durian di tepi jalan. Di sini harga durian RM18 per/kg.
Selain durian, ada juga buah tarap.
Buah tarap ini berharga RM10-RM12 sebiji.
Kata penjual buah tarap, oleh kerana sekarang bukan musimnya jadi harganya pun melambung tinggi!
Nun di hujung buah tarap, ada pula buah cempedak tapi belum masak.
Buah rambutan di sini lebih murah dan berharga antara RM8-RM10.
Kalau yang sudah kelihatan layu berharga RM8, dan yang masih segar berharga RM10.
Kami belikan Firdaus 1 kg rambutan.
Suka sangat Firdaus dapat mengenali macam-macam buah-buahan di sini.
Kita pun tak cukup mulut melayan segala pertanyaannya... ahaks!
Di belakang rambutan itu ada serunding tuhau, jeruk tuhau, dan jeruk bambangan.
Ini dia buah velvet apple atau epal baldu. RM16 per/kg.
Pelbagai jenis madu pun ada dijual.
Di sebelah botol-botol madu itu bungkusan beras kampung atau padi huma. Setiap 1 kg beras kampung dijual dengan harga RM15. Ada beras bario, beras wangi, beras campuran, beras keladi wangi dan sebagainya.
Nampak kemas dan tersusun saja buah-buahan di sini.
Gambar di bawah, buah cinta berwarna jingga. Di Sumatera Barat buah cinta ini disebut buah terong peros atau terung Belanda. Peros itu mungkin merujuk kepada warna hijau ungu permata fairuz.
Menjelang petang, kami kembali ke homestay.
Puncak Kinabalu mula memperlihatkan dirinya, namun masih dilitupi kabus pada sebahagian permukaannya. Ketika ini suhu mula rendah, dan terasa sejuk!
Pinjam jug air dalam dapur untuk isi jambangan bunga ros pelbagai warna. Wangi kan Daus?
Tak pandai nak gubah bunga, jadi letak-letak sajalah begitu.
Jambangan ros ini Amie letakkan di atas meja kayu, tetapi menjelang malam disebabkan angin kuat, boleh pula jatuh rebah! Kuat betul tiupan angin pada malam itu.
Amie hidangkan durian goreng bersama teh halia panas.
Tak susah pun dah buat durian goreng.
Amie campurkan tepung gandum dengan serbuk eno, garam dan sedikit serbuk kunyit.
Celupkan ulas durian dengan bijinya sekali.
Goreng hingga kuning keemasan.
Dah siap!
Bestnya
BalasPadammacam2 buah2an ada
Tak pernah pulak buat durian goreng.
Buat jemput2 durian pernahlah
Selamat malam apa kabar? Saya orang Brasil dan saya sedang mencari pengikut baru untuk blog saya. Dan saya akan mengikuti Anda dengan senang hati. Teman-teman baru juga dipersilakan, tidak peduli jarak.
BalasPadamhttps://viagenspelobrasilerio.blogspot.com/?m=1
seronoknya makan angin, teringin nak ke kundasang. yang bestnya sambil berjalan sambil nikmati keindahan ciptaan Allah. Dapat makan-makan pun terbaik jugak ;)
BalasPadamya Allah kak, bestnya... seronok nengok segala buah-buahan yang ada tu
BalasPadammacam-macam sangat lahai, yang siap kopek tu pun menggoda hati untuk dibeli tinggal nak ngap je...
buah lemak manis tu dana pernah makan, ada kawan jual... tapi dia panggil buah susu
kalau buah epal baldu tu, rasanya tempat dana kerja dulu di pangil buah mentega...tapi dana tak pernah pun rasa...
waduh geramnya tenguk banyak buah-buahan tempatan. Durian di goreng bijinya boleh makan kan macam biji nangka. Tempat sejuk perut asyik lapor je. hehehehehe
BalasPadamrare tu durian goreng.kena sangat dengan suasana kat sini dengan hidangan teh halia panas. seronoknya pergi membeli belah buah buahan tempatan yang segar.
BalasPadam