Pages

Ahad, 9 Ogos 2020

Minum Petang & Makan Malam di Cinta Villa Homestay

Bercuti bersama anak-anak sudah semestinya menjadi memori terindah untuk dikenang. Walaupun tidak dapat berkumpul semua, sekurang-kurangnya ada kesempatan untuk bersama-sama menikmati suasana yang agak berbeza. Dalam sehari, lebih 4 atau 5 kali Encik Suami dan anak-anak bervideo call dengan Abang Farid di Perak. Mudah-mudahan pada masa yang lain kami dapat bersama sekeluarga.
Petang Sabtu, 1 Ogos 2020 yang lalu sekali lagi Amie sempat sediakan minum petang untuk keluarga. Seterusnya pada sebelah malamnya pula, atas permintaan Fuad dan Fairuz untuk panggang-panggang lagi, Encik Suami berusaha mencari bahan yang diperlukan di Pekan Kundasang.
Jom minum petang.
Di saat-saat begini memang terasa sangat ketiadaan Abang Farid. Bila melihat gurau senda Fuad dan Fairuz, terbayang bagaimana mereka 'buli' abang mereka! Abang Farid orangnya agak serius tetapi hatinya lembut dengan pujuk rayu adik-adiknya.Kalau boleh apa-apa permintaan adik-adiknya Abang Farid akan penuhi. 

Melayan anak-anak makan malam dengan hasil panggangan mereka. Sebelum itu marik kita imbas kembali suasana di laluan arah ke Pekan Kundasang pada sebelah petang tadi.
Untuk hilangkan kebosanan dalam perjalanan, tangkap dahulu gambar-gambar di sekitar. Rasanya kalau berjalan kaki, lama dah sampai ke Pekan Kundasang.
Lalauan arah ke Pekan Kundasang yang sangat sesak, manakala laluan dari Pekan Kundasang berjalan lancar. Kebanyakan kenderaan menuju ke Desa Cattle Diary Farm dan juga ke homestay di sekitar kampung di sini.
Kongsi gambar buah tarap dari entri yang lalu. Ini buah tarap yang sempurna, isinya penuh dan rasanya manis.
Selepas solat Maghrib, Fuad dan Fairuz mula sibuk dengan tugas masing-masing. Encik Suami penuhi permintaan Fuad yang ingin memanggang tongkeng ayam. Amie berehat sahaja di dalam bilik setelah merendam mee hoon. Fuad dan Fairuz menyiapkan kerja-kerja memerap bahan yang akan dipanggang malam nanti.


Sementara Encik Suami bersama anak-anak di luar memanggang bahan yang diperap, Amie masuk dapur semula untuk hidangan tambahan. Amie goreng mee hoon.
Juga goreng garam kunyit seekor ikan talapia merah. Ikan ini kami tidak pernah temui di LD. Barangkali bekalan ikan laut yang lebih dari mencukupi, jadi permintaan untuk bekalan ikan air tawar tidak diperlukan. Jangankan ikan talapia, ikan keli pun tak pernah kami temui di pasar ikan atau di pasar raya. Kadang-kadang bila rindu nak makan ikan air tawar, tahan sajalah hati menanti masa pulang ke Malaya!

Tambah lagi kentang goreng. Kentang ini kami beli di gerai sayur. Potong wedges, rebus setengah empuk, tambahkan perasa dan sedikit tepung. Goreng!

Lama tak makan jagung bakar!

9 ulasan:

  1. panjang betul jammed tu. Teringin betul rasa buah tarap tu. Harga boleh tahan juga tapi isi banyak okaylah. Makan malam bakar membakar tu yang best. sambil membakar boleh makan sekali. hihi

    BalasPadam
  2. Begitu mahal harga buah terap sekarang ya kak, dulu2 penat kumpulkan sebakul untuk di jual, pulangan nya sikit jer, iyelah harga baru seringgit dua sebiji.
    Bujang kecik akk tu macam suka nak diambil gambarnya, jd prop pun takpe asal ada dia dalam gambar.

    BalasPadam
  3. Seronoknya bercuti ke kundasang...bkn main panjang lg jemnya...saya ni entah bila nk smp sana

    BalasPadam
  4. Teringinnya cheq nak rasa buah tarap tu, aduhhh plan nak ke Sabah tahun ni kena cancel sebab COVID-19..😷😢

    BalasPadam
  5. pernah makan buah tarap, suka!

    mengimbau kenangan cuti di sini..Pekan Kundasang yg byk pilihan sayur2..

    BalasPadam
  6. jem macam di CH jugak ye kak... bila sejuk sesuai je nak masak bakar-bakar nih... rasa panas tu best je memanggang kan
    emak-emak memang gini, rindu bila seorang anak takde bila buat majlis jalan-jalan gini kan

    BalasPadam
  7. Buah tarap tu macam cempedak je. Haiiii firdaus kecik kecik lagi dah pakai spek. Naluri mak-mak kalau boleh nak anak semua depan mata.

    BalasPadam
  8. saya suka buah tarap tu. tapi bau dia mengalahkan durian lah kan.

    BalasPadam
  9. tengok buah tarap tu otomatik tingat kat arwah mak cik. ms dtg KK dulu beria dia cari buah ni sampai ke Kundasang. blk hotel, paksa kitorg mkn buah tu sbb dia nk bw balik biji utk tanam...sy x pasti pokok tu hidup ke tak or sempat ke tak mak cik merasa buah dari pokok tu...

    BalasPadam