Pages

Sabtu, 8 Ogos 2020

Bermalam di Cinta Villa Homestay Mesilau

 Mengapa pilih Cinta Villa Homestay Mesilau?

🚗 3 minutes from Desa Farm Cattle 🐄🐄

🚗2 minutes from Cat Village Mesilau

🚗8 to 10 minutes from Pekan Kundasang🏘

🚗 15 minutes from National Park🏔

🚗 5 to 8 minutes from Memorial War🏛

🚗 43 minutes to Poring Hot Spring🚿🏊🏻

🚗 45 minutes to Sabah Tea 🌿🍃

🚗 42 minutes to Tagal Luanti Ranau.🐠🐟

* Sekiranya tiada kesesakan kenderaan sepanjang laluan dari dan ke Pekan Kundasang.

Barangkali kebetulan pula pada hari kami tiba, berlaku kesesakan laluan ke Desa Cattle Diary Farm yang tidak dijangkakan, dan untuk tiba di homestay kami memerlukan masa beberapa minit lagi untuk sampai. Apa pun akhirnya selamat tiba ke Cinta Villa Homestay ini. Pada mulanya kami bercadang untuk menginap selama 3 malam di sini, tetapi rezeki kami hanya dapat 1 malam sahaja, iaitu malam terakhir di Kundasang.  Menurut tuan homestay kami di Nulu Dumpiring, ada pengunjung ke Kundasang terpaksa tidur di tepi jalan kerana tidak dapat tempat penginapan! Kawan-kawan Amie yang menginap di Kundasang pun terpaksa berpindah randah, satu malam di hotel lain, dan satu malam di hotel lain pula. Barangkali setelah 3 hingga 4 bulan berkurung akibat wabak Covid-19, kini tiba masanya ingin keluar mencari angin baru.

Tepat pukul 2 petang, kami daftar masuk ke CVH.
Cinta Villa Homestay ini boleh memuatkan seramai 15 orang. 






Firdaus kata, dia tak mahu balik ke Lahad Datu.... hiks!



Petang itu Gunung Kinabalu berdiri gagah di belakang sanun!
Jom masuk ke dalam CVH.
Assalamualaikum!





Kami pilih bilik tidur bercadar ungu.


CVH menyediakan tiga buah bilik tidur dan 4 buah bilik air.


Firdaus abadikan kenangan di semua tempat tidur!


Jom kita masuk bilik tidur Fauruz pula.

Firdaus pura-pura tidur di sini pula!


Ini bilik tidur Fuad.

Bujang kecik ini pun nak ikut bergambar di sini juga!

Tengok tu!
Kalau tak diperhatikan dua kali memang katil nampak macam biasa. Bila renung sekali lagi, rupanya ada orang kecik di atasnya!

Ini ruang makan dan di sebelahnya ruang rehat.


Alat kelengkapan memasak turut disediakan di dapur.




Melihat ruang dapur dan peralatan memasak yang disediakan, tak sabar nak turun ke Pekan Kundasang untuk membeli bahan masakan. Fuad dan Fairuz ingin berBBQ lagi malam ini. Kita pun fikirkan juga nak masak sarapan apa untuk esok pagi.

Firdaus di homestay sajalah dengan Fuad dan Fairuz. Boleh berehat-rehat sambil menonton televisyen. Mommy dengan Baba akan turun ke Pekan Kundasang. 






Jika berminat dan mengetahui lebih lanjut tentang CVH bolehlah klik FB di bawah ini:

Kita tinggalkan dahulu CVH yang cantik ini.
Nanti kita jumpa lagi sebaik sahaja kembali dari Pekan Kundasang.

8 ulasan:

  1. Bestnya kak Amie jengjalan Sabah!
    Cantik dan nampak selesa sungguh homestay ni.. Suka laaa
    Kita save!

    BalasPadam
  2. Love it so much.
    www.rsrue.blogspot.com

    BalasPadam
  3. Suka tengok design homestaynya... cantik.

    BalasPadam
  4. Cantiklah Villa homestay ni. Suka tengok binaan dan dekorasi luar dalam. Nice dan selesa lah kalau menginap kat sini dengan family.

    BalasPadam
  5. Cantik homestaynya...nampak bersih dan kemas

    BalasPadam
  6. Lawa bangunan homestay tersebut. Tapi yang best sebab modelnya si firdaus. hehehehe

    BalasPadam
  7. tampak sangat3x selesa! mudah2an ada rezeki kami kembali ke sini lagi

    BalasPadam