Assalamualaikum.
Selamat petang semua.
Moga sihat-sihat sahaja bersama keluarga dan yang tersayang.
Hari ini Amie hidangkan Daging Rusa Salai Masak Lemak Cili Padi dengan Kedondong.
Jom kita lihat resepeinya di bawah ini.
350 gram daging rusa salai - hiris tebal / tipis ikut saiz yang digemari
7 biji buah kedondong - kupas kulit - belah 4
250 gram pati santan - tambah 2 cawan air
2 batang serai - diketuk
garam / gula / perasa pilihan
Bahan kisar / tumbuk:
30 biji cili padi - hijau +merah
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
3 cm kunyit hidup
1 cm halia
P/S : Tak mahu bubuh bawang putih dan bawang merah pun ok. Amie memang nak bubuh.
Cara memasak:
- Masukkan santan ke dalam periuk bersama bahan kisar dan serai. Kacau.
- Kemudian masukkan daging rusa salai bersama buah kedondong. Gunakan api perlahan.
- Sentiasa kacau supaya tidak pecah minyak.
- Setelah kuah mendidih, daging salai dan buah kedondong masak, taburkan garam / gula / perasa pilihan secukupnya.
- Kacau beberapa kali dan padamkan api dapur.
Daging Rusa Salai Masak Lemak Cili Padi dengan Kedondong sedia untuk dinikmati!
ala ala ala...sedapnya.
BalasPadamRusalah pulak.. memang sedap nampaknya
BalasPadamYa Allah...mesti sedapppp sangat ni Amie.
BalasPadamPedas, lemak, masam sikit...daging pun eksotik.
Mesti sedap ni... teringin pula nak rasa daging rusa.
BalasPadam