Assalamualaikum.
Apa khabar semua?
Hari ini cuaca agak panas tetapi mendung pula di tengahari.
Alhamdulillah, masih diberi izin oleh-Nya untuk terus bernafas di atas muka bumi ini.
Cerita masak-masak dan kongsi resipi diteruskan lagi. Kali ini Amie kongsikan resipi istimewa keluarga sebelah Encik Suami iaitu sayur lodeh. Sayur lodeh mereka agak berbeza dengan sayur lodeh kita. Inilah yang dikatakan betapa mewahnya dunia masakan kita dengan pelbagai resipi yang diwarisi dari satu generasi ke satu generasi. Walaupun ada beberapa penggunaan bahan yang berbeza, namun nama 'sayur lodeh' masih tidak menyalahi maksud yang ditetapkan oleh Kamus Dewan iaitu sejenis masakan daripada berbagai-bagai jenis sayur yang dimasak dengan santan hingga empuk.
Apa yang Amie perhatikan dan pelajari sewaktu hayat MIL masih ada, MIL akan gabungkan bunga betik, pucuk betik, pucuk daun ubi dan juga jantung pisang. Ada ketikanya MIL akan masukkan sekeping dua ikan layar goreng ke dalam masakan sayur lodehnya. Kadang-kadang tidak. Apa yang Amie ingat sampai sekarang ialah, ketumbar biji wajib ada dalam perencah yang dikisar bersama cili kering dan bawang! Boleh klik di sini untuk cerita lanjut tentang sayur lodeh versi Cocos : Sayur Lodeh Cocos dan di sini: Sayur Lodeh Versi Cocos.
Dua hari lepas Encik Suami bawa pulang bunga betik pemberian salah seorang pekerjanya. Kelmarin baru sempat Amie masak. Bunga betiknya pun masih elok.
Teringat pula ada seekor ikan masin batu. Bolehlah masukkan dalam sayur lodeh bunga betik.
Ada petua untuk mengurangkan rasa pahit bunga betik. Dan sebenarnya, setelah dimasak memang tidak ada langsung rasa pahitnya! Ketika mencelur bunga betik, tambahkan asam keping atau asam gelugur. Amie gunakan dua keping sahaja asam gelugur.
Ini bunga betik yang sudah siap dicelur. Oleh kerana bunga betik agak banyak, jadi Amie masak separuh sahaja. Selebihnya Amie simpan dalam freezer, dan boleh masak pada hari yang lain pula.
Jom kita masak.
Bahan-bahan:
2 cawan bunga betik yang sudah dicelur
1 ekor ikan masin batu - bersihkan dan kerat 4
1/2 biji kelapa parut - kisar dengan 800 ml air
4 sudu besar minyak
garam / perasa pilihan
Bahan kisar:
10 tangkai cili kering
2 sudu besar ketumbar biji
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
2. Masukkan bunga betik. Gaul rata.
4. Seterusnya masukkan santan kelapa dan ikan masin batu. Masak hingga mendidih.
5. Perasakan dengan garam / perasa pilihan secukupnya.
6. Padamkan api dapur.
2. Masukkan bunga betik. Gaul rata.
4. Seterusnya masukkan santan kelapa dan ikan masin batu. Masak hingga mendidih.
5. Perasakan dengan garam / perasa pilihan secukupnya.
6. Padamkan api dapur.
Ketumbar biji adalah bahan wajib dalam masakan sayur lodeh orang Cocos.
Saya pernah makan kerabu bunga betik. Tapi sayur lodeh bunga betik belum pernah cuba. Bagus kak amie dokumentasikan di blog, boleh jadi rujukan.
BalasPadamResipi memang jauh sangat beza dgn kita kan Amie. Saya kalau celur bunga betik mesti pahit x boleh nk mkn hehe. Nnt lain kali boleh cuba letak asam keping pula
BalasPadamMenu ni tak pernah makan dan tak pernah tengok lagi. Baru tahu juga bunga betik boleh makan :)
BalasPadamPuan Hazel,
BalasPadamBoleh cuba sayur lodeh Cocos.
Rosa,
Ye, setengah orang suka kekalkan rasa pahitnya, setengahnya pula tak boleh makan yang pahit.
Azhafizah,
samalah dengan saya, dah kahwin baru tahu bunga betik boleh dibuat sayur.