Pages

Jumaat, 1 Mei 2020

Resipi Kuih Ketayap Sedap Menggunakan Adunan 3 Jenis Tepung

Petang tadi, Encik Suami kata masak saja mee goreng untuk juadah berbuka puasa. Senang hati kita dengar sebab tak perlu masak lauk itu dan ini. Kalau masak mee goreng, kenalah tunggu waktu hampir berbuka sebab mee goreng masih panas ketika dihidangkan. Jadi, sementara itu bolehlah godek-godek tepung buat kuih. 
Nak buat kuih apa?
Tengok bahan dulu, apa yang ada. 
Kumpul-kumpul bahan yang ditemui, rasa-rasanya bolehlah buat kuih ketayap.

Resipi Kuih Ketayap Sedap Menggunakan Adunan 3 Jenis Tepung
Selain nama ketayap, kuih ini juga dipanggil kuih dadar atau kuih gulung. Di Sabah, kuih ini dikenali dengan nama kuih lenggang. Baik kuih ketayap, kuih dadar, kuih gulung atau kuih lenggang, ia membawa maksud yang sama kerana bahan dan cara pembuatannya juga sama.

Resipi Kuih Ketayap Sedap Menggunakan Adunan 3 Jenis Tepung
Amie cuba buat kuih ketayap dengan menggunakan 3 jenis tepung dalam satu adunan. Alhamdulillah, adunan ini menjadi kulit kuih ketayap dengan jayanya. Amie gunakan api yang paling kecil supaya kulit ketayap ini tidak menggerutu atau hangus, kerana Amie inginkan kuih ketayap yang halus, licin dan mulus... kahkahakah! 

Resipi Kuih Ketayap Sedap Menggunakan Adunan 3 Jenis Tepung
Mula-mula kita sediakan intinya terlebih dahulu.

Bahan-bahan:
2 cawan kelapa parut muda
150 gram gula melaka - larutkan bersama 60ml air
1 sudu besar
1/4 sudu kecil garam
1 sudu besar tepung jagung
sehelai daun pandan - disimpul

Cara:
1. Masukkan kelapa parut, gula pasir, garam, daun pandan dan larutan gula melaka ke dalam periuk.
2. Panaskan di atas api sederhana.
3. Masukkan tepung jagung dan kacau hingga semua bahan sebati dan menjadi melekit.
4. Tutup api dan ketepikan.

Resipi Kuih Ketayap Sedap Menggunakan Adunan 3 Jenis Tepung
Sekarang kita sediakan pula adunan kuih ketayap dengan menggunakan 3 jenis tepung seperti di bawah ini.

Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung beras
400 ml santan - boleh gantikan susu segar
2 biji telur
2 sudu besar minyak
2 helai daun pandan
tiga titik pewarna hijau epal
1 sudu kecil garam

Bahan lain:
sedikit minyak untuk disapu pada kuali (kalau gunakan kuali non-stick tak perlu sapu minyak)

Cara:
1. Satukan kesemua bahan di dalam pengisar. Kisar hingga halus dan kemudian tapiskan.
2. Panaskan kuali. Gunakan api kecil Sapukan sedikit minyak.
3. Bubuh setengah senduk adunan dan layangkan atau lenggangkan kuali untuk membentuk adunan menjadi bulat.
4. Biarkan masak di antara 2-3 minit.
5. Angkat dan letakkan di atas bekas lain. Teruskan dadar lagi satu kuih ketayap.
6. Sementara menunggu kuih ketayap yang kedua masak, bubuh inti di atas kuih ketayap yang pertama tadi, lipat kedua-dua belah tepi kulit, dan gulung.
7. Ulangi langkah 3-6 sehingga habis adunan.

Resipi Kuih Ketayap Sedap Menggunakan Adunan 3 Jenis Tepung
Membuat kuih ketayap ini nampak macam senang, tapi sebenarnya menguji tahap kesabaran juga. Amie jenis nak cepat siap, jadinya kuih ketayap pun macam orangnya juga, gemuk pendek....hiks! Kalau nak cantik buatlah yang kurus sikit, nampak langsing gitu... kah!
Selamat mencuba!

5 ulasan:

  1. sedap kuih ni, faberet sepanjang zaman 😍😍

    BalasPadam
  2. Dah lama tak ngadap lempeng lenggang ni

    BalasPadam
  3. wow, flawless kuih ketayap akak. Lawa teruk dan rasanya pasti sedap. Lama tak membuat kuih ketayap ni.

    BalasPadam
  4. Shirven,
    kan... dari dulu, kini dan selamanya.

    Warisan Petani,
    Jemput Wak.

    Rosa,
    heheee... mungkin gandingan 3 jenis tepung tu kot.

    Azhafizah,
    seronok rasanya dapat buat ketayap flawless hehehe.

    BalasPadam