Assalamualaikum.
Selamat Hari Raya buat semua pengunjung Amie's Little Kitchen yang dihargai. Mohon maaf zahir dan batin andainya ada salah silap, terkasar bahasa dan tersinggung rasa bila bertandang membaca coretan yang Amie paparkan.
Sambutan hari raya dalam PKP ini terasa lucu juga, boleh buat gelak-gelak sendiri. Apa tidaknya! Masak. Makan. Layan tamu sekejap. Tidur. Sudah dua hari begini keadaannya. Namun tetap rasa sepi di mana-mana. Hari raya pertama kami terima kunjungan keluarga terdekat selepas Zohor dan sebelum waktu Asar, tetamu sudah pulang. Itu sahaja.
Selebihnya layan video call Abang Farid dan Fuad.
Sayu juga rasa hati bila Farid kata, kawan serumahnya balik kampung. Dia buka puasa seorang diri. Malam raya seorang diri. Pagi raya makan KFC. Seorang diri lagi.
Fuad pula, adalah juga beberapa orang kawan dari Sabah yang tinggal di blok asramanya. Malam raya katanya, dapat makan sate. Selebihnya, dah tak tahu nak buat apa. Tidur sajalah.
Hari terakhir berpuasa, Encik Suami minta Amie buatkan nasi berkat. Katanya nak bawa ke kampung, ada doa selamat pada sebelah petang selepas Asar. Pada mulanya Amie tak mahu buatkan sebab masa sudah suntuk. Ikutkan nasi berkat kaumnya, ada beza serunding dan lauk-pauknya. Tapi rasa kasihan pula. Amie tanya, kalau buat nasi ambeng bolehkah? Boleh jew, kata Encik Suami. Kebetulan pula masih ada serunding kelapa yang Amie buat sebelum puasa. Masih elok sempurna, dan itulah yang menjadi lauk kegemaran Firdaus ketika bersahur.
Jadinya, Encik Suami pun bawa dua talam kecil nasi ambeng orang Jawa ke majlis doa kesyukuran orang Cocos! Amie bubuh sajalah lauk-pauk yang mudah disediakan:
- Ayam Goreng.
- Serunding Kelapa.
- Sambal Goreng Jawa.
- Mee Goreng.
- Ikan Tuna Goreng.
- Udang Harimau Goreng.
Senang saja lauk-pauknya. Goreng-goreng saja.
Seronok sangat Encik Suami dapat bawa nasi ambeng ke kampung!
Amie pula agak berdebar kerana inilah kali pertama keluarga sebelah Encik Suami akan mencicipi nasi ambeng!
Alhamdulillah. Encik Suami kata mereka teruja mencuba lauk-pauk nasi ambeng sewaktu berbuka puasa. Amie tak ikut ke kampung. Amie berbuka puasa dengan Firdaus di rumah.
Kelmarin, sewaktu ipar duai dan anak buah beraya di rumah, biras Amie (keturunan Bugis) berkata: Saya nak belajar buat nasi ambeng dengan kakak. Anak-anak buah pun berminat untuk mengetahui lebih lanjut resipi-resipi lauk-pauk sepertii sambal goreng jawa. Seronoknya kita dengar! Selepas ini, kalau ada majlis kenduri di rumah sendiri, Amie akan hidangkan menu nasi ambeng pula! Sudah agak lama tak buat bacaan Yasin pada hari Khamis malam Jumaat di rumah bersama-sama mereka semenjak PKP ini.
Nasi Ambeng : Tak kenal maka tak cinta. Tak diperkenalkan, macamana orang nak kenal budaya kita.... ahaks! Nasi Ambeng: Moga erat silaturahim di antara keluarga kami. In shaa Allah.
Sejak PKP ni dah tak ada kenduri
BalasPadamjarang2lah dapat ngadap nasi ambeng sedulang macam ni.
Betul Wak. Tak boleh kumpul ramai-ramai.
PadamSelamat Hari raya Aidilfitri. Maaf zahir batin ye.
BalasPadamJemput mai rumah tak boleh so jemput mai blog ja la. hehe
Selamat hari raya juga. Mohon maaf zahir dan batin.
PadamNanti saya kunjung ziarah ke blog ye.
tak pernah lagi makan nasi ambeng ni. nasi dia nasi putih je ke ataupun nasi yg telah diolah samada digoreng ke dikukus ke? food presentation yang nampak saja dah tau sedap dgn pelbagai lauk pauk. slmt hari raya sis amie 😍
BalasPadamNasi putih. Nasi ambeng ni lambang budaya tradisi masyarakat Jawa.
PadamTahun nie x dapat makan nasi ambeng, selalu kami beli kat bazar ramadhan...memang sedap nasi ambeng dia... nak mencari sampai ke tanjung karang macam jauh sangat pula.
BalasPadamMusim PKP memang tak dapat nak beli di luar. Kenalah buat sendiri kalau teringin hihihiii.
PadamWaduh meriahnya Nasi ambeng tu melingkar udangnya
BalasPadamMemang meriah lauk nasi ambeng, ada macam-macam.
PadamSelamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin buat Amie
BalasPadam